Wednesday, July 7, 2010

" PeNandA LamAN dI InteRnEt "

Semua maklumat penandaan boleh diakses dimana sahaja
www.familiazam.com
Untuk menandakan mukasurat yang terakhir didalam pembacaan, kita menggunakan alat penanda buku. Konsep penanda buku untuk mengingatkan mukasurat yang penting didalam proses pembacaan telah diterjemahkan kedalam proses penandaan laman web yang dikenali sebagai Bookmarking. Ianya juga dikenali sebagai Favourites pada Internet Explorer. Untuk menandakan laman web yang telah kita lawati untuk rujukan masa hadapan kita hanya perlu menekan butang Add, dan skrin Add Favourite akan tertera. Kita hanya perlu menekan butang Ok, atau memilih folder yang bersesuaian untuk kita simpan alamat laman web.

Proses penandaan ini akan menyimpan alamat laman web tersebut didalam browser yang kita gunakan. Oleh kerana penyimpanan ini dilakukan pada komputer tersebut, kita tidak dapat mengaksesnya apabila kita berada dikomputer lain. Bukankah senangnya jika kita dapat mengakses maklumat penandaan ini dimana sahaja kita berada?

Setiap masaalah pasti akan ada penyelesaiannya. Terdapat kemudahan yang boleh digunakan secara percuma di Internet yang boleh membantu kita menguruskan maklumat penandaan ini secara online. Dengan cara ini maklumat penandaan tidak disimpan didalam komputer tersebut tetapi terus di Internet.

Kemudahan ini boleh kita nikmati dengan melawat laman web www.savethis.com Proses yang pertama yang kita perlu lakukan ialah dengan mendaftar sebagai pengguna. Untuk mendaftar kita hanya perlu memberikan alamat email dan kata laluan sahaja, secara automatik akaun penandaan akan terus boleh digunakan.

Langkah seterusnya ialah memindahkan butang SaveThis daripada laman web tersebut ke ruang Link Bar di browser kita dengan cara drag and drop.

Setelah butang tersebut dipindahkan kepada Link Bar di browser kita, ianya akan sentiasa berada disitu tidak kira laman web apa yang kita lawati. Setiap kali apabila kita ingin menandakan laman web yang sedang kita lawati, kita hanya perlu menekan link SaveThis sahaja. Apa yang akan berlaku ialah; setiap kali kita menekan link SaveThis, alamat laman web yang sedang dipaparkan akan disimpan, tetapi bukan di dalam favourite di komputer kita, tetapi ianya disimpan dilaman web SaveThis.

Disebabkan maklumat penandaan ini disimpan dilaman web maka maklumat yang disimpan ini dapat digunakan dimana-mana komputer yang mempunyai kemudahan Internet. Dengan cara ini kita tidak perlu risau jika kita menggunakan komputer yang berlainan setiap kali kita melungsuri laman web kerana semua maklumat penandaan berada bersama-sama kita sepanjang masa.

Walaupun maklumat penandaan kita berada dilaman web mereka, kita tidak perlu bimbang kerana pengunjung ke laman web mereka tidak boleh melihat maklumat penandaan kita kerana ianya dilindungi dengan ID pengguna dan juga kata laluan.

Walaupun maklumat yang disimpan berbentuk persendirian kita boleh juga berkongsi maklumat penandaan kepada rakan-rakan kita, dengan ini mereka dapat mengetahui laman-laman web yang kita gunakan untuk sesuatu kajian. Kemudahan ini boleh juga kita gunakan jika kita ingin membantu anak kita membuat kajian menggunakan Internet. Kita bolehlah menggunakan akaun yang didaftarkan diatas nama anak kita dan mula melungsuri Internet. Setiap kali kita terjumpa maklumat yang penting yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan kita tekan sahaja diatas butang SaveThis.

Apabila anak kita kembali dari sekolah dia bolehlah membuka akaun
SaveThis mereka dan melihat laman-laman web yang berkenaan telah pun siap sedia untuk ditatapi. Ini akan memudahkan anak kita membuat ulangkaji tanpa mereka membuang masa mencari maklumat di Internet, kerana mungkin lain yang mereka cari lain pula yang mereka jumpa.

Selain daripada memberi kemudahan menyimpan maklumat penandaan, laman web ini juga memberi kemudahan penghantaran melalui kemudahan EmailThis. Dengan kemudahan EmailThis alamat laman web yang sedang kita layari itu boleh dihantar kepada sesiapa yang kita fikir boleh memanfaatkan maklumat yang terdapat di dalam laman web tersebut, walaupun laman web itu tidak mempunyai kemudahan untuk menghantar laman web kepada email.


Sumber: Azli Paat 2003 www.grabix.net/azli

No comments:

Post a Comment