Apa Itu RSS?
Sesetengah pelawat masih lagi tidak mengetahui kelebihan & kegunaan RSS Feed ini. RSS ialah singkatan bagi RDF Site Summary atau Rich Site Summary. RSS adalah sebuah format programming web berbasis XML yang dapat digunakan oleh pemilik web untuk melakukan ringkasan isi web…RSS feed ini dibaca samada menggunakan pelayar web anda atau menggunakan FeedReader…
Apa Itu Kegunaannya ?
RSS ini digunakan untuk membolehkan dan memudahkan anda membaca artikel-artikel yang terbaru termasuk juga artikel-artikel yang lain pada sesuatu laman web tanpa mengunjungi atau melayari laman web tersebut…Ia menghantar artikel terus kepada anda…Anda akan dapat mengetahui ringkasan dari isi laman web, dan sekiranya anda ingin mengetahui keseluruhan isi pada artikel tersebut, anda hanya perlu mengklik pada link artikel tersebut..
Apa Kelebihannya ?
Ia boleh menjimatkan masa dan membolehkan anda membaca artikel-artikel dari laman web kegemaran anda dengan pantas…Anda juga tidak akan ketinggalan atau terlepas untuk menerima aritkel-artikel baru…Bayangkan anda mempunyai 50 laman web kegemaran, pahtu anda nak kene melayari satu per satu laman web, bagi melihat terdapat artikel baru.
No comments:
Post a Comment