Wednesday, July 28, 2010

" JeNis-JenIS PeriSiaN KomPutEr "

Terdapat 2 jenis perisian :

  1. Perisian Sistem (System Software)

  • mengandungi beberapa jenis perisian bekerjasama untuk membantu pengguna komputer menggunakan sistem komputer dengan efektif.

  • diperlukan oleh komputer untuk mengurus sumbernya

  • membenarkan CPU berkomunikasi dengan peralatan Input/Output

  • merupakan penghubung di antara sistem aplikasi dengan komputer

  • sebagai penterjemah bahasa supaya kod perisian aplikasi dapat difahami

  • contoh : sistem operasi (Windows, Linux)


system-software


2. Perisian Aplikasi (Application Software)

  • perisian yang direka untuk kegunaan pengguna

  • contoh : MS Office (Word, Excel, PowerPoint)

  • perisian freeware, shareware dan sumber terbuka termasuk dalam kategori ini juga


office2003

"ApA ItU JaLur LeBaR "

Jalur lebar (broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband); kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi. Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana ‘suara’ dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum (‘suara’ dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).

celcom_broadband

Kelebihan

Dengan menggunakan broadband, kita tidak perlu tunggu lama depan PC sehingga lima minit, semata-mata membuka e-mel apatah lagi hendak ‘download’ bahan. Ia membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps.

Dalam hal data eletronik pula, kesan yag sama boleh diperolehi dengan teknologi kabel yang maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia semakin berubah dengan pelbagai inovasi hasil sains dan teknologi.

Internet jalur lebar

Jalur lebar juga digunakan untuk merujuk kepada capaian Internet jalur lebar, di mana sambungan untuk capaian adalah lebih tinggi berbanding modem telefon (56 kbit/s). Istilah jalur lebar digunakan bagi merujuk kepada sambungan 512 kbit/s atau lebih tinggi, walaupun sesetengah Internet Service Provider (ISP) telah mengiklankan perkhidmatan dengan lebar jalur (bandwidth) yang kurang kerana tidak terdapat kadar bit (bitrate) yang ditakrifkan dalam industri komunikasi.

Multiplexing

Komunikasi boleh menggunakan beberapa saluran fizikal berlainan serentak; ini adalah multiplexer capaian pelbagai (multiplexing for multiple access). Saluran sedemikian boleh dibezakan setiap satunya melalui masa – multiplexer pembahagian masa (time division multiplexing) atau TDMA, dalam frekuensi pembawa – multiplexer pembahagian frekuensi (frequency division multiplexing) atau FDMA, atau multiplexer pembahagian panjang gelombang (wavelength division multiplexing) WDM, atau dalam kaedah capaian multiplexer pembahagian kod (code division multiplexing) atau CDMA. Setiap saluran yang mengambil bahagian dalam multiplexing exercise adalah dari segi takrifan merupakan jalur sempit (kerana tidak menggunakan seluruh lebar jalur medium), manakala jika seluruh saluran dilihat secara sekaligus dan digunakan untuk tujuan komunikasi yang sama, maka ia boleh dipanggil sebagai jalur lebar.

Sumber: http://www.in4ict.com/rangkaian/apa-itu-jalur-lebar-broadband.html

Monday, July 26, 2010

" PeRiSiAn DiSk DeFraGmeNter UnTuK KeLajUaN KoMpUteR "

Disk Defragmenter ialah utiliti yang didatangkan bersama – sama sistem pengoperasian Microsoft Windows. Tidak kira versi Window yang anda gunakan samada Windows 95, Windows 98, Windows Me, Windows XP, Windows Vista Windows terbaru Windows 7 mesti mempunyai sistem utiliti ini. Disk Defragmenter ini ditugaskan menyusun fail sistem komputer bagi membantu sistem pengoperasian Windows membaca dengan lancar dan laju.

3 Perisian Disk Defragment selain dari yang terdapat dalam Windows anda ialah:-


1. Diskeeper

Diskeeper merupakan perisian yang melakukan kerjanya di belakang bermaksud di sini ia akan melakukan proses Defrag ini secara Automatik tanpa anda sedari dan juga tidak mengganggu kerja anda. Anda pasti teruja sekiranya menggunakan perisian ini. Antaramukanya mudah digunakan.

Untuk keterangan lanjut sila layari http://www.diskeeper.com/diskeeper/home/diskeeper.aspx.


2. Auslogics Disk Defrag

Auslogics Disk Defrag ini sama fungsinya dengan yang lain. Ia dibangunkan untuk mengoptimumkan kelajuan cakera keras [hard disk] yang terdapat di pasaran pada masa sekarang. Ia mudah, senang untuk digunakan dan laju. Anda boleh defragment multiple disks atau memilih fail atau folder untuk di defrag. Ia juga mempunyai fungsi terpadam atau keluar sendiri apabila proses defrag itu selesai. Yang penting ianya PERCUMA.

Info lanjut:- http://www.auslogics.com/en/software/disk-defrag/overview


3. Defraggler

Defraggler perisian yang dibangunkan oleh syarikat yang membangunkan perisian paling laris iaitu CCleaner dan Recuva. Ia mudah untuk digunakan. Ia boleh defrag disk secara serentak, folder dan juga fail - fail secara pantas. Apabila Defraggler ini melakukan tugasnya ia akan memperlihatkan semua fail yang telah didefragkan dan membenarakan anda untuk memilih sama ada, perlu atau tidak cakera tersebut didefrag atau tidak. Seperti perisian mereka yang lain, ia didatangkan secara PERCUMA.

Keterangan Lanjut:- http://www.defraggler.com

" SinDrOm CaRpaL TuNneL "

Untuk semua orang yang bekerja sehari-hari dgn komputer. Kesalahan harian penggunaan papan kekunci (keyboard) dan tetikus (mouse) akan menyebabkan Sindrom Carpal Tunnel.

Sindrom Carpal Tunnel terjadi apabila saraf median pada pergelangan tangan tersepit. Ini disebabkan oleh terowong yang berada di bahagian tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi semakin sempit.


Terowong ini memberi laluan dan perlindungan kepada saraf median ke bahagian tangan dan sembilan tendon lain yang menggerakkan bahagian tangan.


Tekanan pada saraf median ini akan menyebabkannya tidak berfungsi dengan normal serta menimbulkan rasa sakit dan kebas, seterusnya melemahkan bahagian tangan.


Simptom Sindrom Carpal Tunnel bermula secara perlahan-lahan dengan rasa sakit pada bahagian pergelangan tangan yang boleh melarat ke bahagian tangan dan lengan.


Antara simptom yang biasanya terjadi adalah:


1.
Kebas - pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tetapi tidak pula berlaku pada jari kecil. Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutamanya semasa memandu, semasa memegang objek seperti telefon atau surat khabar atau semasa bangun dari tidur. Kebanyakan pesakit akan menggoyangkan tangan mereka untuk mengurangkan simptom tersebut.

2.
Kesakitan - yang terjadi pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.

3.
Rasa lemah - Berlaku pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang dipegang akan jatuh.

Mereka yang berisiko menghidap sindrom ini adalah golongan mengalami tekanan pada tangan atau penggunaan tangan yang berlebihan dalam pekerjaan, terutamanya melibatkan penggunaan tangan atau pergelangan tangan secara berlebihan, berulang-ulang dan dengan kuat.


Bagi pengguna komputer, diingatkan agar menggunakan mouse dan keyboard dengan betul.



--------------------------------------------------------




Langkah Pencegahan

Sentiasa amalkan senaman pada pergelangan tangan selepas beberapa tempoh masa menggunakan komputer.



Jika mengalami simptom yang tidak teruk, anda boleh mengurangkan rasa sakit dan kebas dengan mengambil lebih banyak masa untuk merehatkan tangan atau membuat "cold packs" (ais) untuk mengurangkan bengkak pada tangan.

" KeDudUkaN PosTuR BadAn SeMaSa MenGguNakAn KoMpuTer "

Adakah memiliki postur yang baik penting? Jawapannya, ya. Dekan Klinik-klinik di Universiti Sains Kesihatan Kebangsaan di Lombard, Jeffrey Bergin pernah berkata, kedudukan postur yang teruk boleh menyebabkan tulang terbentuk secara abnormal.

Mereka yang tidak mempunyai postur yang baik akan mengalami kesakitan kronik pada tangan, leher dan bahu serta kecederaan gerakan berulang seperti sindrom carpal tunnel.


Sebahagian besar penyakit ini boleh dicegah dan disingkirkan jika perhatian diberikan kepada kedudukan postur yang baik, penggunaan beg galas yang betul dan bagaimana serta berapa lama anda patut menghabiskan masa di hadapan komputer.


"Kedudukan postur yang baik dapat memastikan tekanan pada otot dan ligamen dikurangkan," kata Bergin.


Menurut laman web Spine Universe.com, kedudukan postur yang baik boleh mencegah keletihan otot dan sakit belakang, mengurangkan kehausan pada sendi, ligamen, tulang serta dapat menyumbang kepada penampilan yang lebih menawan.


Jadi, apakah itu kedudukan postur yang baik?


Postur adalah kedudukan tubuh seseorang baik sewaktu berdiri mahupun duduk atau berbaring. Ia memerlukan keseimbangan otot dengan tulang belakang, fleksibiliti otot dan gerakan normal pada bahagian sendi.


Mereka yang memiliki kedudukan postur yang baik sedar apabila sebarang berlaku perubahan pada postur itu. Postur terbentuk daripada satu kombinasi kawalan otot yang baik, kekuatan dan keyakinan diri. Mereka yang mempunyai kedudukan postur yang baik duduk dengan tegak dan kepala mendongak.


Apakah jenis-jenis kedudukan postur yang bermasalah?


Penggunaan beg galas yang tidak betul boleh mengakibatkan pelbagai masalah belakang dalam kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang menghabiskan banyak masa di hadapan komputer, menonton televisyen dan bermain permainan video lazimnya memiliki kedudukan postur yang lemah. Membongkokkan tubuh sewaktu berjalan atau makan juga masalah biasa.


Bagaimana jika anda membongkok ketika menggunakan komputer?


Sekiranya anda membongkok ketika menggunakan komputer, penggunaan meja dan kerusi yang betul boleh memperbetulkan kedudukan posturnya. Kaki mereka sepatutnya menyentuh lantai. Paling tidak, letakkan bantal di belakang tubuh atas kerusi untuk memberi sokongan yang diperlukan.


Jika pengguna kanak-kanak menggunakan kerusi orang dewasa, pastikan bangku kecil diletakkan agar terdapat sokongan pada kakinya.


Seorang profesor dari Jabatan Ortopedik Universiti Temple, Dr. Kritine Fortuna turut mengesyorkan tumpuan masa yang dihabiskan di hadapan permainan video atau televisyen dihadkan kepada 20 minit setiap sesi.


Apakah kedudukan postur yang baik semasa menggunakan komputer?



Amalkan duduk pada kedudukan postur yang betul. Ini akan mengurangkan kesakitan sendi, otot dan bahagian belakang badan anda.

Sumber: http://puassmksb.blogspot.com/

Wednesday, July 21, 2010

" BrAziL SuMbEr Tr0jAn PeRbaNkaN TeRbeSaR "

Serangan gaya “Brazilian” terhadap institusi perbankan untuk mencuri wang mangsa.
Sesiapa yang pernah menganalisi rekaan Malware pencuri data perbankan talian akan dipersetuju bahawa Brazil merupakan salah satu Negara dengan sumber Trojan perbankan terbesar di dunia. Kenapa Brazil dan siapa yang bertanggungjawab terhadap perkara ini telah dikupas menerusi penyelidikan Kaspersky dan mereka mempunyai rumusanya.

Kenapa Brazil?

Brazil merupakan Negara terbesar di Amerika Latin dan populasi 200 juta penduduk. Sebanyak 70% daripada jumlah ini merupakan pengguna internet dan semakin meningkat dari hari ke hari. Struktur social penduduk di sini pula agak terhimpit untuk melakukan aktiviti tidak sah seperti mencuri atau menulis program berniat jahat bagi mencuri data perbankan secara talian. Desakan hidup dan kemahiran IT digabungkan untuk melakukan aktiviti ini bagi mencari wang cara mudah.
Fakta bahawa system perbankan talian digunakan dengan meluas di Brazil juga membuatkan aktiviti jenayah siber semakin manjadi-jadi. Tambah buruk Brazil tidak mempunyai undang-undang efektif untuk menentang jenayah siber dan membuatkan lebih ramai oengguna menjadi mangsa setiap hari. Bank terbesar di Brazil seperti Banco do Brazil mempunyai 7.9 juta pelanggan talian aktif. Bradesco 9.6 juta dan Caiza 3.69 juta. Angka ini cukup besar untuk dijadikan motivasi oleh penjenayah siber. Meskipon jumlah serangan Berjaya adalah sedikit. Namun hasilnya tetap boleh menguntungkan mereka.

Sasaran

Di Brazil, program Malicious mencuri wang akaun pelanggan banyak dikesan di bank Bradesco, Caiza, Banco do Brazil dan Itau. Penjenayah mensasarkan bank dengan jumlah pengguna terbanyak untuk membuat serangan. Selain jumlah pengguna, penjenayah siber juga berminat dengan pendekatan keselamatan yang dilaksanakan sesebuah institusi perbankan. Bagi bank dengan hanya satu cirri keselamatan, mereka menjadi sasaran mereka.
Malangnya, kebanyakan bank di Brazil hanya menjalankan satu sahaja pendekatan keselamatan pada system mereka. Plug-in G-Buster, ciri keselamatan tambahan pada kad ATM atau system token sahaja tidak boleh menjamin perbankan talian yang selamat. Secara teorinya, mekanisma ini hanyha sesuai melindungi pengguna dan praktis namun kurang efektif. Pelanggan pula suka mengambil alternative mudah namun menjerat diri sendiri kerana tidak ‘terikut’ dengan polisi bank. Ini yang menyebabkan mereka semakin terdedah dengan serangan penjenayah siber yang selalunya dibuat secara besar-besaran.

Serangan Gaya ‘Brazilian’
Penyelidikan juga mengenalpasti serangan ‘gaya brazilian’ dimana Trojan tidak disebarkan sebagai fail berasingan dan proses jangkitan biasanyamelibatkan pemasangan keseluruhan program nerniat jahat pada computer mangsa. Ia juga tidak hanya focus kepada mencuri maklumat perbankan kerana turut menjalankan serangan kompleks. Terdapat satu Trojan khas pada pelayan yang ditugasnya untuk memuat turun dan memasang program berniat jahat lain pada computer pengguna. Ia mengawal Trojan-trojan lain, membahagikan tugas dan mengumpul maklumat yang diperlukan pada satu tempat.

Bentuk Trojan
Trojan perbankan tipikal Brazil mrmpunyai beberapa ciri yang jelas. Antaranya saiz fail yang besar dan String portugis pada kodnya. Sekali melihatnya, Trojan ini tidak banyak bezanya dengan Trojan perbankan yang lain. Namus setelah dikaji secara mendalam, didapati perbezaan dari segi saiz fail yang dioptimumkan, bahasa dan data yang dicuri dipindahkan menerusi saluran selamat.

Monday, July 19, 2010

" TiPs PeNjaGaaN PerSeKitAraN KoMpuTer "

Tips ini adalah untuk penjagaan persekitaran komputer anda. Jika anda berjaya melakukan 4 tips ini, komputer anda boleh bertahan lama.

1. Debu
Musuh komputer yang utama adalah debu/habuk. Jangan letak komputer anda di bahagian yang sentiasa terdedah kepada habuk seperti berhampiran dapur. Jangan letakkan komputer anda dibahagian bawah atau berada dilantai, ia memudahkan lagi habuk merosakkan komputer anda. Sekiranya anda membersihkan rumah, seperti menyapu, mengibas permaidani atau baju jauhi dari komputer anda. Seelok2nya sediakan bilik khas untuk komputer anda.

2. Minuman dan Makanan
Elakkan daripada minum atau makan ketika menggunakan komputer. Ia akan mendatangkan masalah sekiranya air atau makanan anda tertumpah pada keyboard atau perkakasan lain.

3. Merokok
Asap atau habuk rokok boleh menyebabkan kerosakan pada komputer. Habuk rokok mudah menyelinap masuk pada celah-celah keyboard.

4. Haba
Haba juga adalah salah satu musuh utama kerosakkan komputer. Gunakanlah komputer anda di tempat yang mempunyai aliran udara yang baik. Semakin lama anda menggunakan komputer semakin banyak haba dikeluarkan. Sekiranya haba terlampau panas, ia boleh menyebabkan kerosakkan pada komponen komputer. Seelok-eloknya gunakan kipas atau penghawa dingin di persekitaran komputer anda.

" MeNguMpaN ManGsa YaNg LaLai "

SERING kita digemparkan dengan kes-kes jenayah siber membabitkan penggodam profesional yang menceroboh laman-laman web kerajaan dan bank-bank bertaraf antarabangsa.

Perbuatan itu mengakibatkan kerugian dan kerosakan, termasuk pindahan wang bernilai jutaan ringgit. Akhirnya, kes-kes berkenaan dilupakan begitu sahaja.

Kes sedemikian seakan-akan tiada kesan jangka panjang kepada sesiapa pun, sedangkan masyarakat seharusnya berasa bimbang. Semua itu boleh bermula dengan pembabitan akaun e-mel peribadi yang sering dilihat sebagai tidak mempunyai nilai.

Jarang kita mendengar laporan mengenai kecurian maklumat peribadi disiarkan media cetak dan elektronik. Isu ini mungkin kecil tetapi kesannya kepada individu amat besar kerana kecurian maklumat peribadi yang dimanipulasi ibarat kecurian maruah yang tidak dapat dikembalikan.

"Akaun peribadi kawan saya diceroboh seseorang dan ia digunakan untuk menghantar e-mel berbentuk lucah kepada teman-teman, rakan sekerja, klien-klien dan majikan kawan saya.

"Kesannya, kawan saya dibuang kerja kerana dituduh sebagai individu tidak beretika dan memalukan organisasi tempatnya bekerja," ujar Ketua Perunding Pengurusan Perkhidmatan dan Perundingan, HeiTech Managed Services, Kavitha Muthy yang turut menerima e-mel lucah tersebut.

Menurut Kavitha, penggodam tidak semestinya di kalangan mereka yang profesional dan mempunyai pengetahuan teknikal dalam teknologi maklumat. Sesiapa sahaja boleh menjadi penggodam demi melaksanakan niat jahatnya apabila terdesak.

"Hari ini, seorang kanak-kanak juga boleh menjadi penggodam kerana ia sangat mudah dilakukan. Tambahan pula, maklumat mengenai teknik menggodam begitu mudah didapati di Internet.

"Masyarakat juga perlu tahu, jenayah siber bukan sahaja membabitkan penggodaman komputer, tetapi ia hadir dalam banyak bentuk iaitu penipuan, pencurian identiti, spam, phishing, pencurian data, spyware, malware dan sebagainya," katanya.

Jelas Kavitha, mangsa boleh terdiri daripada individu mahupun organisasi kecil dan besar. Jejak jenayah itu pula sukar dikesan malah rumit dihentikan setelah terjadi. Ia sekali gus memberikan impak negatif jangka panjang kepada mangsa.

"Penjenayah siber sering memilih laman web yang meniti populariti seperti laman web membeli belah, perbankan, serta laman-laman lain yang sering meminta data peribadi dan maklumat kewangan dengan tujuan menipu pengguna.

"Selain itu, dengan populariti diraih laman web Facebook dan Twitter, risiko untuk berlaku kecurian maklumat peribadi, gambar-gambar dan video amat tinggi apatah lagi penggunanya dilihat amat mudah mendedahkan maklumat masing-masing," katanya.


Etika siber

"Untuk mengelakkan diri menjadi mangsa, terlebih dahulu kita perlu faham apakah jenayah siber, dan bagaimana ia mampu memperdayakan kita.

"Dalam erti kata lain, seseorang itu mesti mempunyai etika siber kerana melaluinya, kita mampu meminimumkan kesannya dengan mengajar diri sendiri dan orang lain mengenai penggunaan Internet secara selamat dan bertanggungjawab," jelas Kavitha.

Menurut Kavitha, setiap pengguna Internet mesti melaksanakan etika siber yang baik termasuk memahami risiko perlakuan tidak bertanggungjawab dan mempelajari kaedah melindungi diri sendiri dan pengguna lain daripada terjebak.

"Kita sering melihat permasalahan akibat jenayah siber yang dilakukan individu tertentu yang paling kita percayai.

"Kepercayaan hanya boleh wujud melalui perkahwinan, politik, perniagaan dan persahabatan tetapi tidak melalui Internet. Pastikan sumber yang diperolehi disiasat dan disahkan sebelum kita memberi apa-apa maklumat," tegasnya.

Selain itu katanya, pengguna juga perlu melabur untuk membeli program antivirus yang baik, mengemas kini kata laluan, belajar untuk membuat kata laluan yang selamat serta tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada individu tidak dikenali serta meletakkan firewall.

"Pilihan perisian keselamatan terlalu banyak di pasaran tetapi itu tidak menghapuskan risiko digodam. Seperti produk-produk pengguna lain, perisian antivirus ada yang baik, sederhana dan kurang bagus.

"Pengguna mesti bijak memilih sesuatu produk daripada pelbagai penyedia program sama ada dikenali, kurang dikenali atau baru dalam pasaran mengikut keperluan masing-masing," katanya.

Tambahnya, program antivirus sahaja tidak cukup kerana pengguna mesti meletakkan keselamatan pada satu tahap lebih tinggi, iaitu dengan meletakkan firewall, perlindungan identiti dan sebagainya.

"Keselamatan siber bermula dari rumah dan kesedaran itu mengikut kita ke mana-mana sahaja termasuk di tempat kerja. Ia adalah tanggungjawab setiap orang yang menyentuh papan kekunci," katanya.

Laporan kes

Menurut CyberSecurity Malaysia, sebanyak 4,000 kes jenayah siber dilaporkan di Malaysia sejak dua tahun lalu.

Pada 23 Februari lalu, ZDNet Asia pula melaporkan 75 peratus responden di rantau ini mengatakan sistem mereka diceroboh penjenayah siber pada tahun 2009.

Ia didahului oleh New Zealand dengan 100 peratus responden dimengaku diceroboh, diikuti Australia (82 peratus), Jepun (76 peratus), Hong Kong (75 peratus), Singapura (66 peratus) dan Malaysia (50 peratus), berdasarkan kes yang dilaporkan.

Dalam pada itu, maklumat terkini melalui MyCert.org.my, orang ramai diminta berwaspada dengan kemungkinan penggodam memuat turun dan memasang perisian yang tidak sah kepada sistem pengguna yang menggunakan Adobe Download Manager.

Ia dilakukan dengan menipu pengguna supaya mengikut tautan tertentu atau melawat laman web 'jahat'. Majoriti perisian Adobe Acrobat dan Adobe Reader terdedah kepada risiko berkenaan.

Statistik mengenai jenayah siber serta maklumat terkini berkaitan isu keselamatan siber boleh dilihat melalui laman web MyCert.org.my.


Sumber : KOSMO Online

Wednesday, July 14, 2010

" BiJaK GuNa IT SeIrInG TunTutaN IsLam "

DALAM era Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) yang pesat berkembang kini, pelbagai maklumat dan berita boleh didapatkan dengan segera dan kemudian disebarkan kepada umum melalui berbagai-bagai saluran seperti panggilan telefon, sistem pesanan ringkas dan internet.

Namun, sejauh manakah kita mengaplikasikan ajaran Islam dalam kehidupan kita dalam era ini?Apabila kita berkata mengenai teknologi maklumat, sudah pasti pelbagai maklumat dan berita terkini boleh kita dapatkan daripada pelbagai sumber. Namun isunya sekarang, sejauh manakah kebenaran maklumat dan berita tersebut dapat dipastikan?

Di dalam al-Quran ada tertulis dalam Surah al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu mengenainya - sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.


Dalam konteks masyarakat sekarang yang dimudahkan dengan pelbagai saluran untuk mendapatkan maklumat, sesuatu perkara boleh disebarkan ke seluruh dunia hanya dalam beberapa saat selepas sesuatu kejadian berlaku. Dengan pelbagai jaringan sosial interaktif seperti Facebook dan Twitter, sesuatu perkara boleh diperkatakan dan disebarkan kepada umum dalam masa yang singkat. Namun begitu, amalan memeriksa kesahihan sesuatu berita masih lagi perlu dilakukan.

Sebagai contoh, jangan keluarkan kenyataan di Twitter mengenai sesuatu perkara yang belum dapat dipastikan kebenarannya. Ini kerana jika berita yang disampaikan sebenarnya tidak benar, ia sudah pasti akan menzalimi orang yang berkenaan yang kesannya sudah pasti tidak dingini oleh pihak-pihak yang terlibat baik untuk jangka masa panjang mahupun pendek.

Selain itu, ada sesetengah daripada kita yang gemar memanjangkan e-mel kepada orang lain. Hanya dengan beberapa klik, maklumat yang terkandung di dalam e-mel tersebut boleh dibaca oleh penerima-penerima e-mel lain yang seterusnya mungkin akan memanjangkan kepada penerima-penerima e-mel yang lain pula. Isu pokoknya ialah, sebelum sesuatu e-mel dipanjangkan kepada mana-mana pihak, sejauh mana isi kandungan e-mel tersebut sudah diperiksa akan kesahihannya?


Jika kita tidak pasti ataupun tiada cara untuk mendapatkan kepastian, kita boleh mengambil jalan selamat dengan berdiam diri dan bukannya menokok tambah dan menghangatkan lagi spekulasi ataupun gosip tersebut. Selain itu, dalam kelimpahan pelbagai jaringan sosial interaktif, bermacam-macam aplikasi yang dimuatkan di dalamnya sangat menarik perhatian dan minat untuk mencuba. Seperti di dalam Facebook, terdapat banyak permainan atas talian, kuiz dan pautan yang biasanya menyeronokkan dan menghiburkan hati malah boleh dikongsikan bersama-sama rakan-rakan di dalam jaringan sosial tersebut.

Namun begitu, kita perlu bijak memilih aplikasi tertentu yang lebih banyak membawa kebaikan dan mengelak daripada menggunakan aplikasi yang melalaikan, membuang masa dan tidak berfaedah. Elakkan daripada menggunakan aplikasi yang boleh menjatuhkan maruah diri, memberikan imej yang tidak baik kepada si pengguna mahupun mengganggu hak kebersendirian orang lain.

Apatah lagi jika aplikasi tersebut dianggap boleh menghakis akidah penggunanya seperti dalam aplikasi Tok Nujum, kuiz bertajuk "Bila kamu akan mati?" dan sebagainya. Itu belum lagi dibincangkan mengenai permainan atas talian yang mengandungi unsur-unsur ganas, tahyul, kezaliman dan ketidaksopanan yang tidak lain hanya membazirkan masa, tidak mendatangkan banyak faedah malah mencemarkan nilai-nilai murni.

Selain itu, memang tidak dinafikan terdapat banyak laman sesawang dan blog yang pada zahirnya seperti ditulis seiring dengan tuntutan dan ajaran agama. Namun begitu, kita perlu berhati-hati dalam memilih dan menerima maklumat yang disampaikan apatah lagi yang melibatkan fatwa, tafsiran ayat-ayat al-Quran dan hadis, dan sebagainya.

Oleh sebab keterbukaan dunia teknologi maklumat, musuh-musuh agama bebas untuk menggunakan saluran tersebut untuk menyelewengkan akidah dan pegangan umat Islam. Kita sebagai pengguna internet pula seharusnya perlu menyelidik latar belakang penulis laman sesawang dan blog tersebut sebelum menerima apa-apa yang tertera dan dibincangkan dalam saluran tersebut.

Justeru, teknologi maklumat sememangnya boleh dijadikan saluran untuk mendapatkan perkembangan terbaharu dunia, namun begitu, kita harus bijak menggunakan teknologi tersebut dan tidak mudah terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini.

" TiPS meMbELi LapTop "


Komputer Riba atau lebih dikenali sebagai ‘laptop’ kini sudah bukan lagi menjadi satu lambang kemewahan. Seseorang yang sentiasa bergerak ke sana ke mari, pasti memilih laptop sebagai ‘teman sejati’ yang akan menemani setiap pekerjaan mereka kemanapun mereka pergi.

Namun apabila tiba sahaja saat ingin membeli laptop, pasti ramai yang kebingungan kerana takut tersalah beli atau spesifikasi tak power atau apa sahaja yang mungkin tak kena memandangkan laptop bukanlah suatu barang yang murah.

Lebih-labih lagi di zaman yang serba moden ini, cepat sahaja muncul pelbagai jenis laptop dengan beragam spesifikasi dan jenama serta harganya. Syarikat-syarikat pengeluar komputer dan perisian berlumba-lumba memperkenalkan model terbaru selang hanya beberapa bulan.

Mungkin terdapat ramai pengguna yang membeli laptop dengan spesifikasi yang paling canggih tanpa memikirkan kegunaannya. Penggunaan laptop hanya untuk memeriksa email dan membaca suratkhabar online sahaja, tetapi specifikasi laptopnya mencapai sehingga 3GHz processor, 1GB RAM, 120 GB Harddisk. Pasti harga bagi laptop begini begitu mahal.

Bagaimana memilih laptop yang sesuai dengan keperluan? Saya kongsikan beberapa tips singkat seperti berikut:

Kegunaan
Tentukan duhulu kegunaannya, apakah laptop akan dipakai untuk kegunaan pejabat, kegunaan biasa dirumah (Email, News, Microsoft Office), design, gaming, blogging, pembangunan sistem, download movies dan mp3, mobile atau kesemua yang dinyatakan.

Jika laptop hanya dipakai untuk kegunaan biasa dirumah seperti email, membaca berita, melayari internet, menaip surat dsbnya, kelajuan processor, Kapasiti RAM (Random Access Memory), Harddisk dan Graphic Card (VGA Card - Video Graphics Array) tidak perlu tinggi. Spesifikasi yang sederhana sudah lebih dari mencukupi. Jika membeli laptop dengan spesifikasi yang sederhana boleh menjimatkan wang anda.

Jika laptop anda dipakai untuk tujuan design dan gaming, sebaiknya anda memilih spesifikasi laptop dengan menitikberatkan pada VGA Card dan memori yang tinggi. Jika anda ingin laptop dengan kemampuan lebih tinggi, memilih teknologi multi-core dan processor 64-bit sangat disarankan.

Laptop dengan VGA yang tinggi kekuatannya dan memori yang besar akan membuatkan design serta permainan game anda terasa lebih ‘ringan’. Card VGA sendiri berguna untuk menterjemahkan output komputer ke monitor. Sedangkan memori (RAM) merupakan satu alat penyimpan data digital sementara yang biasanya mempunyai ukuran kapasiti berdasarkan standard bit digital seperti 16MB, 32MB,64MB, 128MB, 256MB, 520MB, 1064MB dan seterusnya.

Untuk system developing, anda boleh memilih laptop dengan mempertimbangkan prosesor dan memori yang mempunyai spesifikasi tinggi agar mampu mengimbangi perkembangan developing tools. Teknologi multi-core dan processor architecture 64-bit juga disarankan.

Bagi seseorang yang bergerak kemana-mana, anda boleh menekankan pilihan pada jangka hayat bateri, berat laptop, ukuran screen serta beberapa feature internal connectivity seperti wifi, bluetooth, IrDA, NetworkCard, Modem dsbnya.

Layout
Selepas anda menentukan kegunaan laptop bagi diri anda, perkara lain yang harus dipertimbangkan sebelum membeli laptop adalah tentang saiz screen, berat laptop dan jangka hayat bateri. Jika anda sering membawa laptop kemana-mana, sebaiknya pilih laptop yang ringan, dengan ukuran screen yang tidak terlalu besar agar tidak susah membawanya.

Jangka hayat bateri juga penting. Ada sesetengah bateri laptop tidak mampu bertahan 2 hingga 3 jam tanpa disambungkan ke soket. Jadi, titikberatkan jangka hanyat bateri jika anda seorang yang ‘mobile’. Jika anda ingin menjimatkan penggunaan bateri, matikan fungsi connectivity seperti Wifi atau Bluetooth kerana fungsi tersebut akan banyak menggunakan tenaga dari bateri.

Service yang disediakan dan alatganti
Ketika hendak membeli laptop, jangan lupa untuk mempertimbangkan service yang disediakan oleh syarikat pengeluar laptop tersebut seperti warranty dsbnya. Terdapat syarikat pengeluar yang menyediakan khidmat servis dan pembaikian dirumah. Mereka juga ada yang menyediakan khidmat ‘home collection’ and ‘home delivery’ sewaktu kita mahu membuat warranty claim. Dan satu perkara lagi, jangan memilih laptop yang alatgantinya amat susah untuk dicari.

Sumber: http://www.amzanimokhtar.com/

Wednesday, July 7, 2010

" PeNandA LamAN dI InteRnEt "

Semua maklumat penandaan boleh diakses dimana sahaja
www.familiazam.com
Untuk menandakan mukasurat yang terakhir didalam pembacaan, kita menggunakan alat penanda buku. Konsep penanda buku untuk mengingatkan mukasurat yang penting didalam proses pembacaan telah diterjemahkan kedalam proses penandaan laman web yang dikenali sebagai Bookmarking. Ianya juga dikenali sebagai Favourites pada Internet Explorer. Untuk menandakan laman web yang telah kita lawati untuk rujukan masa hadapan kita hanya perlu menekan butang Add, dan skrin Add Favourite akan tertera. Kita hanya perlu menekan butang Ok, atau memilih folder yang bersesuaian untuk kita simpan alamat laman web.

Proses penandaan ini akan menyimpan alamat laman web tersebut didalam browser yang kita gunakan. Oleh kerana penyimpanan ini dilakukan pada komputer tersebut, kita tidak dapat mengaksesnya apabila kita berada dikomputer lain. Bukankah senangnya jika kita dapat mengakses maklumat penandaan ini dimana sahaja kita berada?

Setiap masaalah pasti akan ada penyelesaiannya. Terdapat kemudahan yang boleh digunakan secara percuma di Internet yang boleh membantu kita menguruskan maklumat penandaan ini secara online. Dengan cara ini maklumat penandaan tidak disimpan didalam komputer tersebut tetapi terus di Internet.

Kemudahan ini boleh kita nikmati dengan melawat laman web www.savethis.com Proses yang pertama yang kita perlu lakukan ialah dengan mendaftar sebagai pengguna. Untuk mendaftar kita hanya perlu memberikan alamat email dan kata laluan sahaja, secara automatik akaun penandaan akan terus boleh digunakan.

Langkah seterusnya ialah memindahkan butang SaveThis daripada laman web tersebut ke ruang Link Bar di browser kita dengan cara drag and drop.

Setelah butang tersebut dipindahkan kepada Link Bar di browser kita, ianya akan sentiasa berada disitu tidak kira laman web apa yang kita lawati. Setiap kali apabila kita ingin menandakan laman web yang sedang kita lawati, kita hanya perlu menekan link SaveThis sahaja. Apa yang akan berlaku ialah; setiap kali kita menekan link SaveThis, alamat laman web yang sedang dipaparkan akan disimpan, tetapi bukan di dalam favourite di komputer kita, tetapi ianya disimpan dilaman web SaveThis.

Disebabkan maklumat penandaan ini disimpan dilaman web maka maklumat yang disimpan ini dapat digunakan dimana-mana komputer yang mempunyai kemudahan Internet. Dengan cara ini kita tidak perlu risau jika kita menggunakan komputer yang berlainan setiap kali kita melungsuri laman web kerana semua maklumat penandaan berada bersama-sama kita sepanjang masa.

Walaupun maklumat penandaan kita berada dilaman web mereka, kita tidak perlu bimbang kerana pengunjung ke laman web mereka tidak boleh melihat maklumat penandaan kita kerana ianya dilindungi dengan ID pengguna dan juga kata laluan.

Walaupun maklumat yang disimpan berbentuk persendirian kita boleh juga berkongsi maklumat penandaan kepada rakan-rakan kita, dengan ini mereka dapat mengetahui laman-laman web yang kita gunakan untuk sesuatu kajian. Kemudahan ini boleh juga kita gunakan jika kita ingin membantu anak kita membuat kajian menggunakan Internet. Kita bolehlah menggunakan akaun yang didaftarkan diatas nama anak kita dan mula melungsuri Internet. Setiap kali kita terjumpa maklumat yang penting yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan kita tekan sahaja diatas butang SaveThis.

Apabila anak kita kembali dari sekolah dia bolehlah membuka akaun
SaveThis mereka dan melihat laman-laman web yang berkenaan telah pun siap sedia untuk ditatapi. Ini akan memudahkan anak kita membuat ulangkaji tanpa mereka membuang masa mencari maklumat di Internet, kerana mungkin lain yang mereka cari lain pula yang mereka jumpa.

Selain daripada memberi kemudahan menyimpan maklumat penandaan, laman web ini juga memberi kemudahan penghantaran melalui kemudahan EmailThis. Dengan kemudahan EmailThis alamat laman web yang sedang kita layari itu boleh dihantar kepada sesiapa yang kita fikir boleh memanfaatkan maklumat yang terdapat di dalam laman web tersebut, walaupun laman web itu tidak mempunyai kemudahan untuk menghantar laman web kepada email.


Sumber: Azli Paat 2003 www.grabix.net/azli

" LinDuNgi jeJAk AndA dI InTerNet "

Terdapat pelbagai cara untuk menetapkan ciri keselamatan ketika menggunakan internet seperti mengenkrip e-mel, menutup perkongsian fail dan memasang firewall. Kesemua ini boleh mengagalkan sebarang percubaan untuk menyeludup masuk ke maklumat peribadi anda menerusi internet. Biasanya penceroboh melakukannya untuk cuba mendapatkan capaian lain kepada komputer yang dirangkaikan kepada anda. Anda boleh membuang sebarang pelayaran web anda bagi menyusahkan orang lain mengetahui di mana anda pernah pergi dalam internet.

Anda boleh sembunyikan PC anda dan anda juga tidak mahu orang lain mengetahui kepada anda pernah berlayar dalam internet. Sebabnya ialah untuk mengelakkan rahsia anda terbongkar contohnya rancangan percutian bersama keluarga. Atau anda juga sedang menyimpan maklumat penting syarikat yang ditugaskan kepada anda.

Berikut adalah beberapa petua untuk Internet Explorer 5.5, anda akan dapati beberapa persamaan dengan Netscape, Opera, atau versi IE yang lain. Tetapi pelayaran ini tidak boleh mengelakkan anda daripada dikesan oleh ISP anda seperti Jaring atau TMNet.


Jangan senarai diri anda

Setelah anda melayari internet anda dan jika anda akan meninggalkan PC anda buat sementara pastikan yang anda telah memutuskan pelayar web anda dengan sejarah pelayaran anda tadi. Senarai History IE adalah senarai laman-laman web yang telah anda lawati. Ia merupakan satu kaedah mudah untuk mendapatkan semula laman web yang pernah anda lawati tanpa menggunakan Favorites. Anda boleh mendapatkan laman-laman yang anda lawati sebelum ini menerusi Address Bar dan History akan menyenaraikan URL yang pernah anda lawati.

Fail History merupakan sebuah senjata serampang dua mata. Klik Tools, Internet Options, dan Clear History untuk membuangkan segala senarai laman-laman web yang telah anda lawati. Cara ini juga akan membuang senarai URL pada Address Bar. Anda boleh menukar jumlah hari atau jangkamasa URL boleh disimpan dalam History. Kurangkan jumlah hari untuk memendekkan jangka hayat URL dan tingkatkan jumlah hari untuk memanjangkan jangka hayat URL.

Jika anda mahu membaca fail History, klik Start, Find dan Files Or Folders. Taipkan History dalam medan Named. Dalam Look In, klik Local Hard Drives. Klik Find Now. Anda akan dapat mencari fail History file dalam C:WINDOWSHISTORY. Membuang bahagian tertentu dalam folder ini idak akan membuangkan sebarang maklumat yang terdapat pada Address Bar.

Satu lagi cara yang baik ialah untuk membuangkan cache IE atau fail Temporary Internet. IE dan pelayar web lain akan menyimpan salinan laman, foto dan grafik dalam folder berikut C:WINDOWSTEMPORARY INTERNET FILES semasa anda layari web. Jika anda tidak ia akan menyalin semua kandungan laman-laman web yang pernah anda kunjungi atau setiap kali anda kunjungi. Pada Internet Options General tab, klik Delete Files dan OK.


Bersihkan jejak anda

Kebanyakan laman web meletakkan fail kecil yang dinamakan cookies ke dalam PC anda. Cookies biasanya membantu laman web untuk mengingati anda dan sebarang spesifikasi peribadi anda semasa anda melayari laman web tertentu. Sesiapa sahaja boleh mencari sebarang maklumat atau sejarah pelayaran web anda jika mereka pergi ke C:WINDOWSCOOKIES atau C:WINDOWSTEMPORARY INTERNET FILES.

Anda boleh membuang sebarang cookies daripada folder anda satu-persatu. Cara yang mudah adalah untuk menutup ruang untuk cookies semasa anda melayari web. Pada Internet Options, pilih Security dan Custom Level, pergi ke Cookies dan klik Disable pada semua yang berkaitan dengan cookies.

Petua-petua ini adalah untuk pengguna di rumah sahaja. Jika anda menggunakan komputer di pejabat pastikan yang rangkaian anda telah mempunyai polisi rangkaian yang baik. Kini dengan pelbagai ancaman daripada dunia luar seperti internet, syarikat hendaklah pastikan bahawa rangkaian mereka selamat dan tidak bervirus!"

Sumber: http://www.lelangau.com

Thursday, July 1, 2010

" Apa Itu RSS? "

Anda tentu pernah lihat ikon RSS di laman-laman web. Ikon ini memberitahu anda atau pelawat dimana RSS Feed disediakan bagi laman web tersebut. Tapi Apa itu RSS?Apa Kegunaannya?…Macam Mana nak guna?…Pasti persolan ini bermain difikiran mereka yang tidak mengetahui atau tidak pernah menggunakan RSS ni..Tak kira apa pun rupa bentuk yang anda jumpa, ia tetap membawa kepada 1 tujuan yang sama….

Apa Itu RSS?

Sesetengah pelawat masih lagi tidak mengetahui kelebihan & kegunaan RSS Feed ini. RSS ialah singkatan bagi RDF Site Summary atau Rich Site Summary. RSS adalah sebuah format programming web berbasis XML yang dapat digunakan oleh pemilik web untuk melakukan ringkasan isi web…RSS feed ini dibaca samada menggunakan pelayar web anda atau menggunakan FeedReader

Apa Itu Kegunaannya ?

RSS ini digunakan untuk membolehkan dan memudahkan anda membaca artikel-artikel yang terbaru termasuk juga artikel-artikel yang lain pada sesuatu laman web tanpa mengunjungi atau melayari laman web tersebut…Ia menghantar artikel terus kepada anda…Anda akan dapat mengetahui ringkasan dari isi laman web, dan sekiranya anda ingin mengetahui keseluruhan isi pada artikel tersebut, anda hanya perlu mengklik pada link artikel tersebut..

Apa Kelebihannya ?

Ia boleh menjimatkan masa dan membolehkan anda membaca artikel-artikel dari laman web kegemaran anda dengan pantas…Anda juga tidak akan ketinggalan atau terlepas untuk menerima aritkel-artikel baru…Bayangkan anda mempunyai 50 laman web kegemaran, pahtu anda nak kene melayari satu per satu laman web, bagi melihat terdapat artikel baru.

" LCD atau CRT.....MaNa PeRkAkAsaN yaNg TeRbaIk "

Mana perkakasan komputer terbaik, CRT atau LCD ?..Kedua2 monitor ni ada kebaikan dan keburukan tersendiri…
Mari kita nilai berdasarkan kriteria yang ada

1. Resolusi [Resolution], kadar penglihatan
CRT mempunyai kadar resolusi yang bagus berbanding LCD…Kadar resolution bagi CRT adalah fleksibel boleh ditukar sehingga tahap maksimum 1600 x 1200, tetapi bagi LCD ia mempunyai kadar resolution tetap, ia dipanggil kadar resolution asli..LCD boleh ditukar melebihi kadar resolution yang ditetapkan, tetapi ia akan mengeluarkan hasil gambar yang kurang bagus & gambar yang bergetar..

CRT boleh memperlihatkan warna ( bright and vibrant color display ) melebihi had maksimum tetapi LCD tidak . Dari segi ketajaman imej, LCD hanya boleh memperlihatkan ketajaman imej/gambar yg baik apabila ia menggunakan resolution yang asal/ditetapkan.

CRT anda boleh tonton dari beberapa sudut, kiri ke kanan, 70 darjah ia takkan berubah gambar walaupun anda duduk dari sudut berbeza2, tetapi bagi LCD gambar akan berubah apabila anda melihat dari sudut yg berbeza, tepi atau berjauhan dgn LCD.

2. Kadar Segar Semua [Refresh Rate]
LCD tiada masalah dalam kadar segar semula dan ia bebas kerdipan (flicker-free), tetapi bagi CRT menimbulkan efek kedipan (flicker) yang mengganggu mata.

3. Saiz Skrin [Viewable]
Apabila anda membeli CRT 17-inci selalunya anda akan melihat saiz skrin penglihatan hanyalah 16.1-inci..Ini disebabkan oleh bingkai yang lebar…Tapi ia berpegang kepada syarikat pengeluar…Tetapi bila anda beli LCD 17-inci, anda akan dapat melihat dengan penuh saiz skrin penglihatan 17-inci atau dekat2 dengan 17-inci….Saiz skrin penglihatan dinilai berdasarkan [saiz monitor – saiz bingkai]

4. Saiz Fizikal
CRT mempunyai saiz yang besar dan berat..Dan ia juga memerlukan ruang yang besar bagi diletakkan di atas meja komputer…LCD mempunyai saiz yang kecil dan ringan, ia tidak memerlukan ruang yang besar untuk diletakkan di atas meja komputer. LCD mudah dibawa kemana2 kerana saiznya.

5. Harga
Dari segi harga, LCD mempunyai harga mahal dari CRT..
Tetapi walaupun LCD mahal, ia mempunyai jangka hayat yang panjang serta tidak banyak menggunakan kuasa elektrik… Jadi Anda boleh jimat disitu.

Jadi apa pilihan terbaik Anda???


Sumber: http://www.azumass.com/blog/komputer/lcd-vs-crt-mana-pilihan-terbaik-anda.html

" SmArT AnTivIruS 2009 "

Smart Antivirus 2009 boleh dikelaskan atau diketegorikan sebagai anti-spyware yang menipu..Smart antivirus 2009 ni sebenarnya malware yang boleh menyebabkan kerosakkan pada sistem komputer..SmartAntivirus 2009 memaparkan pop-up seberapa banyak memaksa pengguna PC untuk membeli perkhidmatan mereka…

Mereka memaksa dengan cara dengan memaparkan mesej keselamatan yang menakutkan dimana konon2 komputer anda dijangkiti virus atau spyware yang bahaya dan hanya mendownload SmartAntivirus 2009 sahaja yang mampu membantu anda membuangnya menggunakan versi percubaan mereka..

Setelah user mendownload perisian percubaan, ia akan scan komputer anda dan memaparkan beberapa error pada komputer anda…kemudian SmartAntivirus 2009 mempelawa anda untuk membeli full version bagi membaiki error tersebut…Sekiranya pengguna setuju untuk membeli. SmartAntivirus 2009 bukan sahaja tak baiki error tersebut, bahkan ia akan mengambil duit anda dan akan meng‘install’ spyware ke dalam komputer anda…

" 5 CaRa ViRuS, SpYwaRe, MaLwaRe SeRaNg KoMpuTeR "

1. E-mail
Dengan membuka email saja, komputer anda boleh diserang…Lagi2 email yang disertakan dengan attachment..Secara amnya, Virus, Spyware atau Malware tidak boleh serang dengan hanya kita membaca email sahaja..Ia akan menyerang menyelinap masuk ke komputer anda melalui attachment yang disertakan..Anda buka, masuklah dia… he333..Pastikan email tu penghantarnya dari orang yang anda kenali, kalau tak kenal delete jer….

2. Download
Anda yang gemar memuat turun perisian percuma, lagu2 mp3 percuma, permainan komputer percuma dan lain melalui Kazaa, Limewire, Warez atau laman2 web yang menyediakan perkhidmatan download berkemungkinan besar fail yang anda download tu mempunyai Virus, Spyware dan Malware..Pastikan fail yang anda download tu bukan lah dari 3 benda ini.

3. Klik Pada Iklan
Sekarang ni banyak iklan yang ada…Iklan yang membuatkan anda teruja akan mengklik pada iklan tersebut pun ada..Hati2, bukan semua iklan itu benar…Dengan hanya mengklik sahaja, komputer anda dalam bahaya..Contohnya SmartAntivirus 2009.

4. Install Program Yang Tidak Boleh Dipercayai
Memasang program seperti perisian aplikasi, games2 yang tidak tahu asal usulnya…Pastikan pengeluar program–program ini dari pengeluar–pengeluar yang boleh dipercayai…

5. Melayari Laman Web Porno

Selalunya kebanyakkan laman web Porno mengandungi banyak spyware.. Janganlah anda melayari laman web seperti ini.

" EnJin CaRiAn "

Enjin carian ialah sistem yang dibangunkan bagi membantu kita untuk mendapatkan maklumat dalam sebuah komputer, dalam sebuah jaringan besar seperti World Wide Web, rangkaian kecil seperti LAN atau dalam komputer peribadi..Tapi selalunya enjin carian ini dikaitkan dengan internet, mencari sesuatu maklumat dalam internet menggunakan enjin carian.

Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web, kata kunci atau frasa. Cara enjin carian ini berfungsi, apabila anda menaip kata kunci seperti “perniagaan” pada google, yahoo atau msn, maka enjin carian akan mencari maklumat berpandukan pada kata kunci yang dimasukkan. Semua laman web, yang menggunakan kata kunci “perniagaan” akan dipaparkan.

Tidak semua enjin carian adalah sama.. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja.

Anda jangan keliru, servis carian internet ini, terbahagi kepada 2 kategori
1. Directory [web directori]
2. Enjin pencarian

Web directori
Pangkalan data diselenggara oleh manusia. Pangkalan data bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia.

Enjin pencarian
Pangkalan data bagi enjin pencari pula dikompil melalui perisian robot yang dipanggil ’spiders’. Spiders digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web.

Contoh Enjin carian:
Google, Yahoo, Msn, Aol, Ask, Hotbot, AltaVista, Lycos, Kartoo & banyak lagi


Sumber: http://www.azumass.com/blog/internet/enjin-carian-search-engine.html