Monday, July 26, 2010

" KeDudUkaN PosTuR BadAn SeMaSa MenGguNakAn KoMpuTer "

Adakah memiliki postur yang baik penting? Jawapannya, ya. Dekan Klinik-klinik di Universiti Sains Kesihatan Kebangsaan di Lombard, Jeffrey Bergin pernah berkata, kedudukan postur yang teruk boleh menyebabkan tulang terbentuk secara abnormal.

Mereka yang tidak mempunyai postur yang baik akan mengalami kesakitan kronik pada tangan, leher dan bahu serta kecederaan gerakan berulang seperti sindrom carpal tunnel.


Sebahagian besar penyakit ini boleh dicegah dan disingkirkan jika perhatian diberikan kepada kedudukan postur yang baik, penggunaan beg galas yang betul dan bagaimana serta berapa lama anda patut menghabiskan masa di hadapan komputer.


"Kedudukan postur yang baik dapat memastikan tekanan pada otot dan ligamen dikurangkan," kata Bergin.


Menurut laman web Spine Universe.com, kedudukan postur yang baik boleh mencegah keletihan otot dan sakit belakang, mengurangkan kehausan pada sendi, ligamen, tulang serta dapat menyumbang kepada penampilan yang lebih menawan.


Jadi, apakah itu kedudukan postur yang baik?


Postur adalah kedudukan tubuh seseorang baik sewaktu berdiri mahupun duduk atau berbaring. Ia memerlukan keseimbangan otot dengan tulang belakang, fleksibiliti otot dan gerakan normal pada bahagian sendi.


Mereka yang memiliki kedudukan postur yang baik sedar apabila sebarang berlaku perubahan pada postur itu. Postur terbentuk daripada satu kombinasi kawalan otot yang baik, kekuatan dan keyakinan diri. Mereka yang mempunyai kedudukan postur yang baik duduk dengan tegak dan kepala mendongak.


Apakah jenis-jenis kedudukan postur yang bermasalah?


Penggunaan beg galas yang tidak betul boleh mengakibatkan pelbagai masalah belakang dalam kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang menghabiskan banyak masa di hadapan komputer, menonton televisyen dan bermain permainan video lazimnya memiliki kedudukan postur yang lemah. Membongkokkan tubuh sewaktu berjalan atau makan juga masalah biasa.


Bagaimana jika anda membongkok ketika menggunakan komputer?


Sekiranya anda membongkok ketika menggunakan komputer, penggunaan meja dan kerusi yang betul boleh memperbetulkan kedudukan posturnya. Kaki mereka sepatutnya menyentuh lantai. Paling tidak, letakkan bantal di belakang tubuh atas kerusi untuk memberi sokongan yang diperlukan.


Jika pengguna kanak-kanak menggunakan kerusi orang dewasa, pastikan bangku kecil diletakkan agar terdapat sokongan pada kakinya.


Seorang profesor dari Jabatan Ortopedik Universiti Temple, Dr. Kritine Fortuna turut mengesyorkan tumpuan masa yang dihabiskan di hadapan permainan video atau televisyen dihadkan kepada 20 minit setiap sesi.


Apakah kedudukan postur yang baik semasa menggunakan komputer?



Amalkan duduk pada kedudukan postur yang betul. Ini akan mengurangkan kesakitan sendi, otot dan bahagian belakang badan anda.

Sumber: http://puassmksb.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment