Wednesday, February 2, 2011

Tuesday, February 1, 2011

Program Mento Mente 2011


Sek Keb Felda Bukit Senggeh telah mengadakan Majlis Perjumpaan Ibu Bapa/Penjaga Murid Tahun 6 Dan Program Mento Mente pada 31/1/2011. Majlis ini bertujuan untuk mendapatkan kecemerlangan dalam UPSR untuk tahun 2011. Selain itu, majlis ini diharap dapat mengeratkan hubungan antara murid tahun 6, ibu bapa dan guru-guru. Pelbagai program telah diaturkan oleh pihak sekolah untuk peningkatan UPSR tahun 2011.

Majlis ini juga meraikan Pengurus Felda Bukit Senggeh iaitu Encik Arshad Bin Ahmad yang akan bertukar ke Felda Chempelak, Labis. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau kerana banyak memberi sumbangan kepada pihak sekolah.