Thursday, December 23, 2010

" PeNgGoDaM JuAl 1.5 JUta AkaUn FaCebOoK "

WASHINGTON: Seorang penggodam Russia bernama Kirllos menawarkan 1.5 juta akaun Facebook pada harga rendah, lapor firma komputer VeriSign’s iDefense.

Pembeli yang mempunyai kurang ‘10 sahabat’ dalam akaun laman web itu boleh membeli 1,000 akaun pada harga AS$25 (RM85) manakala pemilik lebih 10 sahabat boleh membelinya pada harga AS$45 (RM153).
Firma komputer itu menganggarkan Kirllos sudah mencuri satu setiap 300 pemilik akaun Facebook. Antara yang ditawarkan termasuk kod laluan. Apa yang tidak diketahui ialah sama ada alamat emel atau kod laluan itu sahih.

Data firma Symantec pula menyatakan, maklumat itu biasanya dijual pada harga AS$1 (RM3.40) hingga AS$20 (RM68). Sehingga ini, 700,000 akaun sudah dijual.

Semua kesan menunjukkan urusan jual beli akaun berkenaan juga sudah dilenyapkan.

Pengguna yang mendapati alamat emal dan kod laluan mereka digunakan menghadapi risiko identiti mereka dicuri serta menjadi sasaran penipuan lebih serius.

Awal tahun ini dia menawarkan 100,000 akaun kepada sesiapa yang berminat.


Agensi

" BaHayA InTerNet "

Ketagihan Internet

Adakah kehadiran teknologi maklumat dan internet dalam dunia ini telah menjadikan sesetengah kelompok individu menghidapi sejenis penyakit atau kecelaruan yang dikenali sebagai ketagihan internet (internet addiction disorder) atau pun ketagihan komputer? Adakah ia sejenis penyakit baru, yang sebelum ini tiada dalam istilah perubatan? Atau mungkinkah sejenis gangguan yang telah sedia ada dalam diri individu terbabit, sama seperti ketagihan dadah dan arak, tetapi ia berlaku disebabkan oleh komputer dan internet? Adakah komputer atau internet juga boleh menyebabkan ketagihan?

Ini merupakan satu aspek yang perlu diberi perhatian lebih-lebih lagi banyak laporan dan kajian memang mengakui terdapat individu mengalami ketagihan komputer dan internet. Apakah ketagihan internet? Persoalan yang amat sukar dijawab tetapi perlu dijawab berdasarkan kepada fakta dan kajian yang kukuh. Adakah ketagihan internet atau ketagihan komputer ini berbeza dari ketagihan yang lain seperti ketagihan dadah, arak, rokok dan sebagainya? Dan apakah kesan dari ketagihan internet? Perlu juga difikirkan.

Kajian sains mendapati manusia sebagai makhluk yang paling mudah mendapat ketagihan dalam kehidupan mereka, walaupun pada masa yang sama mereka amat takut menjadi seorang penagih. Sememangnya terdapat banyak perkara yang boleh mendatangkan ketagihan seperti makan, membeli belah, menonton, membaca dan lain-lain. Malah ada individu yang ketagih bekerja. Tetapi mengapa ada individu lain yang juga menonton, bekerja, makan dan membeli-belah, tetapi tidak mengalami ketagihan?

Dunia perkomputeran, teknologi maklumat dan internet juga sudah tentu boleh membuat seseorang menjadi ketagih. Mengapa? Ini kerana mereka semua mampu melayan segala macam keperluan yang diidami setiap individu, dari keperluan naluri seksual, mental, emosi dan intelek sehinggalah keperluan spiritual. Mereka umpama sahabat dan rakan kepada mereka. Malah ada individu yang menganggap komputer dan internet sebagai sebahagian dari diri dan kehidupan mereka dan mereka akan dirundung rindu resah dan gundah gulana sekiranya tidak berpeluang "melayan sahabat" mereka ini.

Kajian yang dijalankan oleh Netaddiction. com mendapati ada lima kategori bahan kandungan dunia siber yang berisiko tinggi menyebabkan ketagihan seperti berikut:

1. Ketagihan seks siber : cenderung melawati laman web porno, chatting room berkaitan seks dan lain-lain

2. Ketagihan hubungan siber : keinginan yang kuat untuk berhubung sama ada melalui email, chatting, diskusi dan sebagainya

3. Ketagihan maklumat : mudah dipengaruhi oleh laman-laman web berunsur ehwal semasa, pencarian maklumat dan pengkalan data

4. Ketagihan komputer : terpengaruh dengan peralatan teknologi perkomputeran, ciri-ciri komputer cip dan kad, sistem bunyi dan lain-lain

5. Ketagihan permainan komputer : mudah lalai akibat taksub bermain permainan komputer sehingga sukar berhenti


Sebenarnya bagi mengenal pasti samada penggunaan terhadap komputer dan internet menyebabkan ketagihan atau sebaliknya bergantung kepada cara dan konteks serta keperluan yang ada dalam diri seseorang individu. Di samping itu, perkara seperti berikut juga harus lah diberi perhatian bagi menilai tahap kebergantungan kepada komputer dan internet yang boleh menyebabkan ketagihan:

1. Lebih banyak menghabiskan masa di depan komputer berbanding biasa atau melebihi keperluan penggunaan yang sewajarnya

2. Masa untuk melayari internet semakin bertambah dan menjejaskan peranan sebagai seorang individu, pelajar, atau pekerja dan juga menjejaskan tahap produktiviti dan kesejahteraan hidup yang biasa

3. Berasa kurang yakin atau gagal untuk mengawal diri dari pengaruh internet

4. Semakin kurang tumpuan kepada penjagaan kesihatan diri dan pembahagian masa sewajarnya berbanding biasa

5. Muncul tekanan perasaan seperti marah, kecewa dan sedih yang berkaitan secara langsung dengan komputer dan internet dan mula mengasingkan diri dari masyarakat

6. Wujud rasa bosan atau bimbang dan cemas yang keterlaluan jika tidak melayari internet untuk jangka masa tertentu

7. Penggunaan internet yang mengakibatkan kemarahan atau gangguan kepada orang lain seperti ibu bapa, suami atau isteri dan boleh menyebabkan pertengkaran.


Seseorang yang ketagih internet dan komputer didapati gagal memberi tumpuan yang baik terhadap kehidupannya sepeti biasa. Kehidupan individu yang normal terjalin apabila ia dapat mengekalkan peranannya sebagai seorang manusia yang normal, mewujudkan perhubungan yang baik dan memelihara kesihatannya secara optimum. Bagi mereka yang ada ketagihan ini , peranan dan perhubungannya dengan individu lain dalam lingkungan hidupnya terjejas. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, strategi dn langkah berikut boleh lah diberi perhatian:

1. Tetapkan objektif dan matlamat sebelum melayari laman web atau menggunakan komputer dengan mengenalpasti tujuan-tujuan penggunaan mereka

2. Tetapkan melayari laman-laman web yang tertentu dan yang perlu sahaja, atau sekadar memenuhi keperluan yang dikehendaki agar tidak melebihi had dan bagi mengelakkan melayari laman yang tidak perlu

3. Hadkan atau tetapkan jangkamasa yang diperlukan ketika menggunakan komputer dan ketika melayari laman siber bagi mengelakkan pembaziran masa

4. Bahagikan masa yang sewajarnya antara kehidupan di dunia siber dan kehidupan di alam nyata supaya wujud keseimbangan

5. Jadikan ruang siber dan internet sebagai sumber pengetahuan untuk meningkatkan peranan menjadi seorang manusia yang sempurna dan untuk menambah kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan

Monday, December 20, 2010

" YES- IntErnEt 4G DeNgAn SuArA "


Apa itu YES??

YES merupakan satu lagi syarikat ISP rangkaian 4G selain daripada P1. YES menyediakan perkhidmatan 4G terpantas termasuk jalur lebar, suara dan juga mobiliti. YES menjanjikan sesuatu yang hebat dimana anda bebas berkomunikasi dalam apa-apa cara seperti bila-bila masa, di mana sahaja dan boleh digunakan pada pelbagai jenis alat (Device), YES membolehkan anda melayari video berkualiti tinggi pada telefon bimbit anda atau menghantar/menerima SMS pada komputer riba atau membuat panggilan dari salah satu darinya. YES telah dilancarkan pada 19 November 2010.



Kelebihan YES

“Say goodbye to multiple plans and expensive rates” .
YES menyediakan semua dalam satu (All in One plan) yang dapat membantu anda berjimat, tidak seperti kebanyakkan Syarikat penyedia yang mempunyai pelbagai jenis Plan seperti panggilan, SMS dan juga internet.


“Pay only for what you use”.
YES hanya akan cas untuk apa yang anda gunakan sahaja selain memberi anda kadar-kadar yang terendah.


“No string attached”.
Untuk mendapat kadar-kadar yang terendah, YES tidak mempunyai syarat kontrak yang sebegitu panjang atau penggunaan bulanan yang terlalu tinggi.


“Say no to expiry date”.
Dengan YES rebet dan kredit anda tidak mempunyai sebarang tempoh tamat. Anda boleh gunakan sepanjang rebet dan kredit anda masih ada.


“Goodbye SIM card. Hello YES ID! ".
Tiada lagi SIM card yang digunakan, YES memperkenal satu cara baru iaitu YES ID dan kata laluan yang selamat, anda boleh mengakses akaun pada mana-mana alat. Maklumat lanjut mengenai YES ID.


“No capping or throttling”.
Anda bebas menggunakan internet untuk melayari apa-apa sahaja termasuk menonton video, memuat-turun perisian tanpa perlu risau adanya Had Penggunaan.

Wednesday, December 15, 2010

" ProJeK KamPunG WiFi dIperLuas SeluRuh NegAra "

Berita Harian Online
2010/10/26

KERAJAAN akan memperluaskan lagi projek
Kampung Wifi, yang menyediakan kemudahan sambungan internet tanpa wayar, ke lebih 500 kampung terpilih di seluruh negara, bermula tahun depan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah meluluskan peruntukan bagi meneruskan projek itu dengan kos antara RM15,000 hingga RM20,000 setiap kampung. Katanya, walaupun semua kampung itu sudah dikenal pasti dan dalam perincian SKMM, syarikat telekomunikasi di alu-alukan menyumbangkan khidmat dan sokongan bagi menjayakan program itu ke kawasan luar bandar di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR).


“Kampung WiFi tidak memerlukan peruntukan tinggi dan mudah untuk disediakan, ia boleh dibangunkan di mana-mana kawasan yang mempunyai perkhidmatan telefon awam, cuma kalau menggunakan sambungan satelit mungkin kosnya tinggi sedikit.


“SKMM mungkin akan ke kampung Galas, lusa sebelum ke Batu Sapi bagi melihat potensi menyediakan perkhidmatan itu untuk kemudahan penduduk di sana,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Rangkaian Jalur Lebar U Mobile berkelajuan 42 Mega bit sesaat (Mbps) di Kuala Lumpur, semalam.


Turut hadir, Pengerusi U Mobile Sdn Bhd, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun dan Ketua Eksekutifnya, Dr Kaizad Heerjee.


Awal bulan lalu, Rais berkata, setakat Oktober sebanyak 11 mini CBC dibangunkan, dan tujuh kampung WiFi diwujudkan dengan terbaru di Sarawak pada bulan September.


Sementara itu, Rais berkata, dua syarikat telekomunikasi dijangka akan memperkenalkan teknologi tanpa wayar generasi keempat, 4G, dengan kelajuan capaian data 100 Mbps menjelang Mac tahun depan.


Enggan menyatakan nama syarikat terbabit, beliau berkata, kedua-dua syarikat itu sedang dalam pengujian sistem teknikal pemancaran gelombang 4G dan dijangka bersedia mencapai tahap kelajuan capaian data 100 Mbps tidak lama lagi.


“Negara kini mempunyai lebih lapan juta pengguna 3G dan sebahagian daripada mereka sudah pun bertukar kepada teknologi jalur lebar, maka pengenalan 4G adalah tambahan untuk pengguna seperti ini.


“Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga akan umumkan satu berita yang sangat baik yang amat berfaedah kepada negara,” katanya.

" KiTa paLiNg PoPulaR "

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Rakyat Malaysia merupakan orang yang paling popular dalam carian di Internet, sementara rakyat Jepun berada di tempat tercorot, berdasarkan kaji selidik global yang menunjukkan bagaimana budaya nasional mencerminkan kelakuan secara dalam talian.

Kajian Digital Life oleh firma penyelidikan global, TNS merumuskan rakyat Malaysia memenangi pertandingan populariti Internet dengan purata 233 rakan-rakan di rangkaian sosial mereka, berbanding 68 di China dan hanya 29 di Jepun.


Penemuan itu bukan merupakan satu kejutan bagi sebuah negara terdiri daripada pelbagai budaya yang suka berkawan dan mempunyai tradisi majlis 'rumah terbuka' di mana ia terbuka untuk semua serta membawa kepada pertemuan kenalan baru.


"Cara rakyat Malaysia ialah menjemput semua orang yang anda kenali.


"Dan orang-orang yang anda akan kenali dan mempertimbangkannya sebagai rakan merupakan satu konsep yang jauh lebih luas berbanding komuniti lain," kata pelakon dan penulis Malaysia, Chacko Vadaketh yang mempunyai 1,010 rakan-rakan yang mengagumkan dalam akaun facebooknya.


Malaysia juga mempunyai satu diaspora (kumpulan perantau) profesional besar yang cuba mencari peluang-peluang di luar negara, dalam satu 'penghijrahan cendiakawan' yang menjadikan laman rangkaian sosial sangat tinggi nilainya bagi mengekalkan hubungan dengan rakan-rakan jauh.


Vadaketh, yang berketurunan India dan Syria, menuntut di Britain, mempunyai keluarga dan rakan-rakan di beberapa benua serta kini menetap di Amerika Syarikat, bukan generasi Malaysia yang biasa.


"Saya menentang facebook untuk seketika tetapi saya tidak mempunyai pilihan kerana ia mendahului emel dalam beberapa cara.


''Saya tidak mahu ketinggalan dalam beberapa acara atau dijemput ke parti dan banyak perkara hanya diketahui menerusi facebook," katanya.


Pengarah wawasan digital dengan Nielsen's Online Division berkata, setiap negara yang diliputi dengan media sosial ditentukan oleh ciri-ciri kebangsaannya tersendiri.


''Jadi negara-negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia memberikan reaksi berbeza dengan budaya-budaya Asia Timur yang lebih konservatif seperti China, Jepun dan Korea Selatan,'' ujarnya.

Di Malaysia, di mana sebahagian besar media arus perdana dikawal oleh kerajaan telah menunjukkan perkembangan kewujudan portal berita bebas, blog-blog politik dan maklum balas prolifik Twitter berkenaan hal ehwal semasa.


Rakyat Malaysia juga tidak malu menggunakan laman-laman sosial seperti itu sebagai alat pemasaran dan rangkaian perhubungan untuk perniagaan kecil. - AFP


Sumber: Utusan Online

Monday, November 29, 2010

" 38% kaWaSaN suDah aDa WiFi "

MELAKA 9 Nov. - Lebih 38 peratus kawasan di negeri ini sudah dilengkapi kemudahan jalur lebar tanpa wayar bertujuan memberi liputan lebih komprehensif dan seterusnya membangunkan perkhidmatan WiFi kepada masyarakat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kemudahan tersebut dibangunkan oleh kerajaan negeri sendiri dan jalur lebar tanpa wayar oleh syarikat telekomunikasi swasta.


Menurutnya, lebih banyak kawasan akan dibangunkan dengan kemudahan WiFi melalui kerjasama agensi kerajaan negeri yang berkaitan dengan Mimos Bhd.


''Syarikat telekomunikasi negara, Telekom Malaysia Berhad (TM) telah membina 800 tapak di Melaka untuk kemudahan ini tetapi itu masih tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan rakyat Melaka," katanya di sini, baru-baru ini.


Menurutnya, ketika ini kerjasama diadakan antara Jabatan K-Ekonomi, Mimos dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka bagi membangunkan WiFi generasi baru dikenali WiWi.


Melalui program itu kata beliau, ia menyasarkan pembangunan 40 tapak WiWi di sekitar pusat bandar.


''Pembangunan teknologi ini akan digerakkan secara agresif di seluruh negeri bagi menyediakan manfaat penggunaan Internet kepada masyarakat apabila ia diperluaskan di semua tempat berbanding hanya 38 peratus lokasi ketika ini," kata beliau.


Katanya, perkhidmatan itu juga adalah sebahagian daripada matlamat kerajaan untuk memperluaskan sistem berkenaan ke seluruh negeri pada masa depan.


Menurutnya, perkhidmatan tersebut juga membolehkan penduduk yang tinggal di luar bandar turut dapat memanfaatkan kemudahan tersebut.


Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1110&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm&arc=hive

Friday, November 26, 2010

" ApA iTu AdwAre & SpyWarE "


Adware

Adware ialah program komputer atau perisian iklan tanpa sedar yang diselitkan ke dalam perisian di mana ia akan dimuatkan ke dalam memori apabila program tersebut dilancarkan. Wajarnya adware ialah seseorang pengaturcara itu boleh memasukkan iklan sebegini bagi menampung kos pembangunan sesebuah perisian yang dibangunkan. Adware akan dijadikan satu alternatif oleh pembangun untuk menggalakkan penggunanya supaya mendaftarkan perisian tersebut secara sah dengan membayar yuran pendaftaran bagi menghapuskan iklan-iklan tersebut. Biasanya adware di hasilkan dalam bentuk “pop-up” yang keluar pada desktop anda apabila sesuatu program itu ditutup atau dimulakan.

Spyware

Spyware pula merujuk kepada apa-apa perisian yang melaksanakan sesuatu tugas atau proses yang berjalan tanpa pengetahuan pengguna. Spyware amat merbahaya berbanding Adware kerana proses tersebut mungkin digunakan untuk mengumpul maklumat-maklumat sensitif yang terdapat di dalam komputer anda. Sebaik sahaja spyware terpasang di dalam komputer, program atau proses tersebut akan memantau pengguna di Internet dan menghantar maklumat-maklumat anda secara senyap kepada pemilik perisian tersebut atau kepada pihak ketiga. Anda perlu berhati-hati kerana spyware mampu mengumpul maklumat-maklumat sensitif seperti alamat email, kata laluan atau nombor kad kredit anda.

Spyware boleh dikategorikan sebagai perisian jahat dan ia biasanya digunakan oleh usahawan-usahawan internet yang menjalankan perniagaan secara online. Oleh itu anda perlu berhati-hati apabila menyertai sesuatu program atau memuat turun perisian yang tidak diketahui puncanya. Jika diteliti, spyware boleh juga disamakan dengan program-program Trojan Horse di mana ia akan dipasangkan ke dalam komputer tanpa persetujuan pengguna.

Cara Spyware bekerja sama seperti mana Adware. Sebaik sahaja dimuatkan ke dalam memori, spyware akan memantau aktiviti pengguna dan mengumpul maklumat anda dan menjualnya kepada pihak-pihak lain.

Oleh kerana spyware wujud dalam bentuk executable, ia boleh juga memantau 'keystroke', mencari sesuatu fail di dalam cakera keras, mengintip aplikasi lain seperti program chat dan Microsoft Word, memasang program tertentu, membaca cookies, menukar alamat Home Page dan banyak lagi perkara-perkara lain yang boleh berlaku tanpa disedari.

Terdapat beberapa langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan Spyware. Cara terbaik untuk menghalang spyware ialah dengan tidak melayari laman-laman web yang tidak diketahui umpamanya laman-laman web lucah dan juga biasakan diri anda untuk membaca 'License Agreement' sebelum memuat turun sesuatu program freeware atau shareware kerana syarikat-syarikat perisian komersial boleh juga memasang spyware dengan syarat ia dimaklumkan terlebih dahulu kepada pengguna melalui dokumen persetujuan lesen perisian tersebut.

Bagi mengesan kehadiran spyware, anda boleh melihat perubahan ketara pada sistem anda seperti berubahnya alamat Home Page pada pelayar web, dan juga anda boleh melihat beberapa toolbar ekstra yang muncul secara tiba-tiba pada pelayar web walaupun anda tidak pernah memasangnya sebelum ini. Penambahan pada senarai favorites juga salah satu tanda-tanda yang dimaksudkan. Selain itu jika skrin komputer anda menghasilkan 'pop-up' tetingkap secara tiba-tiba juga menunjukkan komputer anda telah dijangkiti Spyware.

Amat penting sekali bagi anda untuk memastikan komputer anda bebas dari Spyware lebih-lebih lagi jika komputer anda disambungkan ke Internet. Gunakan perisian anti-spyware yang terdapat di pasaran. Bagi pengguna di rumah anda boleh mencuba perisian Anti-Spyware seperti:

MicrosoftDefender
LavasoftAd-Aware

Bagi tujuan perniagaan, anda boleh menggunakan penyelesaian secara hardware dengan menggunakan:

FirewallBarracuda

Thursday, November 25, 2010

" JeRaT InTeRNet "

PENGGUNAAN Internet kian meningkat di kalangan penduduk negara ini dengan kebanyakan masyarakat di Malaysia mula mengenali kebaikan yang mampu mengubah kehidupan.

Apatah lagi dengan kemudahan rangkaian jalur lebar yang memudahkan akses kepada Internet rancak dipromosikan, syarikat telekomunikasi menawarkan pakej dengan harga semurah RM49 sebulan.

Di sebalik celik Internet di kalangan warganegara Malaysia, timbul pula persoalan moral yang dibangkitkan seperti buli siber, pencurian data dan sebagainya.

Salah satu agensi kerajaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang bertanggungjawab mengawasi keselamatan ‘online’ di negara ini iaitu Cybersecurity Malaysia melaporkan hampir 2,937 insiden online berlaku pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lt Kol (b) Husin Jazri, mendedahkannya sebagai meningkat 68 peratus berbanding tempoh sama iaitu Januari hingga Oktober pada tahun lalu.

“Ia satu angka yang serius dan mungkin lebih banyak kerana insiden yang kami ada berdasarkan laporan dibuat.

“Cuba bayangkan insiden yang tidak dilaporkan, ia mungkin lebih banyak daripada kaca mata kita,” katanya.

Husin berkata, perkataan insiden digunakan organisasinya kerana laporan yang diterima daripada orang awam mungkin boleh dijadikan kes atau tidak bergantung kepada masalah online dihadapi pengguna.

“Masalah keselamatan komputer pada masa kini lebih kompleks, ia bukan lagi berkaitan isu teknikal tapi sudah membabitkan isu moral dihadapi pengguna yang mengakses Internet,” katanya.

Malaysia akan bersama dunia pada 30 November ini bagi menyambut Hari Keselamatan Komputer, menunjukkan isu keamanan suasana perkomputeran perlu dititikberatkan dalam usaha memberikan kehidupan bahagia tanpa ancaman siber.

“Kita masih di peringkat awal dalam dunia Internet, namun perlu berhati-hati agar tidak terperangkap dengan jenayah siber yang boleh mengakibatkan kehidupan musnah hanya kerana satu klik,” katanya.

Menurutnya, jumlah 16.5 juta pengguna komputer peribadi (PC) di negara ini menunjukkan pelbagai transaksi berlaku sama ada perbankan, sosial dan sebagainya yang berupaya mengundang ancaman.

“Malah, aktiviti sosial di laman web seperti Facebook, MySpace dan banyak lagi memungkinkan gejala tidak sihat berlaku sekiranya tidak dikawal dengan baik,” kata Husin.

Beliau mendedahkan, laporan terkini menunjukkan pengguna Facebook di negara ini mencecah angka 2,619,040 pengguna dan diletakkan di tangga ke-18 di dunia sebagai negara yang aktif memperbaharui status masing-masing dalam laman web sosial itu.

“Ia angka yang bagus menunjukkan kadar celik teknologi maklumat (IT) di kalangan pengguna, namun pengguna juga perlu celik keselamatan kerana ia penting bagi memelihara identiti,” katanya.

Tambahnya,ini berikutan 2,937 insiden yang berlaku sehingga Oktober lalu membabitkan masalah menumpang identiti orang lain, perkhidmatan dinafikan, penipuan dan pemalsuan, terdedah kepada niat jahat, gangguan kandungan tidak senonoh, kod jahat atau ‘malicious’ dan gangguan sistem.

Malah, tidak terkecuali masalah kegiatan menyamar sebagai individu tertentu dengan tujuan mengaibkan atau mengaut keuntungan yang mula menular mencari mangsa untuk ditipu.

Ketua Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT), Adli Abd Wahid, memaklumkan hampir 151 kes membabitkan gangguan di Internet dilaporkan kepada pasukannya.

“Insiden tertinggi dilaporkan pada Februari lalu dengan 23 laporan manakala Julai mencatatkan angka kedua tertinggi iaitu 22 laporan,” katanya.

Beliau berkata, setiap insiden boleh disusuli dengan laporan polis memandangkan organisasinya tidak bertanggungjawab sebagai penguat kuasa.

“Gangguan di Internet boleh tergolong dalam kategori ‘cyberstalking’ atau ‘penghendap siber’,” kata Adli.

Penghendap siber didefinisikan sebagai penggunaan Internet atau saluran elektronik lain untuk menghendap orang lain dengan tujuan jahat sama ada sebagai individu atau organisasi.

Kelakuan ini termasuk tuduhan palsu, memfitnah, mengancam, mengeksploitasi seks, menyalahguna e-mel orang lain, mencuri identiti dan mengumpul maklumat orang lain yang bertujuan mengganggu individu terbabit.

Adli berkata, terdapat insiden dilaporkan menunjukkan e-mel mangsa diconteng pada dinding tandas yang mengatakan mangsa ingin menawarkan perkhidmatan seks.

“Pada kebiasaannya, pemangsa adalah individu mengenali mangsa seperti bekas teman lelaki atau suami yang mahu membalas dendam,” katanya.

Beliau berkata, pasangan kekasih atau suami isteri mengetahui data lengkap pasangan masing-masing dan membalas dendam dengan membocorkan maklumat peribadi sebaik mereka berpisah.

Dalam pada itu, Husin menambah, terdapat mangsa yang berada dalam keadaan trauma apabila identitinya dicuri dan didaftarkan sebagai pengguna palsu di laman web sosial selepas dia memutuskan hubungan.

“Maklumat mangsa didaftarkan ke akaun MySpace dengan menyatakan mangsa berminat untuk menawarkan khidmat seks,” katanya.

Tidak beberapa lama dulu, berlaku kes sama yang dihadapi pelakon terkenal tanah air, Haliza Misbun apabila identitinya dimuatkan dalam akaun Facebook.

Nama baik Haliza, 36, tercemar dengan perbuatan individu tidak bertanggungjawab yang menyamar dirinya, sekali gus, ‘melayan mesra’ peminat pelakon itu yang mendaftar masuk dalam senarai kenalan.

Haliza membuat dua laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur pada 11 September lalu dan Balai Polis Bukit Indah, Ampang, Selangor (12 September).

Selain itu, pelakon terbabit turut menghantar kedua-dua salinan aduannya kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya untuk tindakan susulan.

Berdasarkan laporan Harian Metro, Haliza memaklumkan dia malu dan kesal apabila ada individu tidak bertanggungjawab sanggup menipu peminat dengan menyamar sebagai dirinya di Facebook dan dianggap mencemarkan imejnya.

Baru-baru ini, terdapat laporan di San Francisco, Amerika Syarikat yang melaporkan lima pengguna Facebook menyaman rangkaian sosial Internet itu kerana membenarkan anggotanya berkongsi aspek kehidupan dalam laman web.

Tindakan undang-undang yang difailkan di sebuah mahkamah di selatan California menuduh Facebook menjadi ‘lombong’ data dan tidak menunaikan janji untuk memberikan pengguna kawalan ketat terhadap data yang dimasukkan ke dalam profil.

Saman itu menuntut bayaran ganti rugi, namun Facebook menolak saman itu dengan mendakwa ia tidak berasas.

Antara plaintif ialah seorang wanita yang menyertai Facebook pada fasa awalnya ketika keanggotaannya dihadkan kepada pelajar kolej.

Facebook dituduh mengkhianati wanita itu dengan menjadikan laman berkenaan rangkaian sosial terbuka yang hingga kini dianggotai 250 juta orang di seluruh dunia.

Laman web itu satu bentuk medium sosial media kerana lebih menghubungkan seseorang secara santai yang mungkin bertebaran jauh, merentas benua menerusi platform Internet.

Pengguna boleh meluahkan perasaan atau pandangan menerusinya dan pada masa sama sebagai platform untuk memperkenalkan diri dan menggambarkan identitinya yang sebenar.

Walau bagaimanapun, kita perlu berhati-hati ketika mendedahkan maklumat di laman sembang kerana Facebook dan laman sembang lain juga pernah dikaitkan dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA) milik Amerika Syarikat satu ketika dulu.

Kebimbangan mengenai keselamatan data mungkin timbul jika ada pengguna Facebook yang menyalahgunakan maklumat atau profil seseorang untuk tujuan tertentu dengan menjual maklumat itu kepada syarikat tertentu kerana dalam banyak keadaan, tidak ada sistem yang dijamin selamat.

Maklumat peribadi yang disimpan dalam laman sosial boleh digunakan sesiapa saja untuk menghantar virus atau spam menerusi e-mel kerana menerusi Internet, seseorang itu boleh menjadi sesiapa saja tanpa perlu menyalurkan maklumat sebenar.

Pengguna sendiri perlu menjadi penapis kepada semua maklumat yang mahu disiarkan.

Kalau dilihat senario semasa, tidak semua pengguna laman sembang mahu mendedahkan identiti sebenar dan lebih selesa menggunakan nama samaran yang bertujuan untuk berseronok semata-mata.

Menyentuh mengenai tindakan jika menjadi mangsa di laman web sosial, Husin berkata, pengguna boleh melaporkan kepada organisasinya kerana agensi terbabit lebih dikenali kerana di bawah pengawasan kerajaan.

“Sekiranya pengguna mengalami insiden akaun diceroboh tanpa kebenaran dan kecurian maklumat, bolehlah merujuk kepada kami menerusi perkhidmatan Cyber999,” katanya.

Tambahnya, jika mangsa melaporkan mengenai insiden mereka terus kepada pengurusan laman web sosial, ia mungkin sukar dipercayai namun jika menggunakan khidmat Cyber999 mungkin dapat mengukuhkan laporan terbabit.

Justeru, pengguna perlu bijak memelihara data peribadi agar nasi tidak menjadi bubur pada kemudian hari yang memberi kesan negatif kepada kehidupan.

Sumber: Hmetro

Wednesday, November 10, 2010

" Pelayar Web "

Tim Berners-Lee adalah inventor kepada pelayar web atau web browser yang pertama di dunia.

Pelayar web ini direkacipta semasa beliau bertugas sebagai saintis di CERN (European Organization for Nuclear Research) pada tahun 1991. Berners-Lee menamakannya sebagai WorldWideWeb.

Pelayar web WorldWideWeb ini dibina pada komputer teknologi tinggi NeXTcube menggunakan hypertext antaramuka pengguna yang berkonsepkan WYSIWYG (What You See Is What You Get) dan HTML.

Pada tahun 1992, Pei-Yuan Wei - pelajar di Universiti California, Berkeley telah membangunkan pelayar web ViolaWWW. Pelayar web ini pula menggunakan konsep hypercard iaitu gabungan aplikasi pangkalan data dan grafik.

Teknologi pelayar web terus berkembang dan menghasilkan beberapa pelayar yang popular seperti Mosaic, Netscape Navigator dan Communicator, Internet Explorer, Opera dan Mozilla.

" Enjin Carian "

Enjin pencari internet atau internet search engine pertama di dunia telah dicipta oleh Alan Emtage, seorang pelajar di University McGill, Montreal, Kanada pada tahun 1990.

Enjin pencari internet ini dinamakan Archie. Fungsi asalnya adalah sebagai direktori elektronik yang mencari senarai index daripada komputer-komputer pelayan FTP di seluruh dunia. Seterusnya, ia membenarkan para pengguna mengambil maklumat dari komputer-komputer pelayan FTP tersebut.

Sehingga kini terdapat pelbagai versi enjin pencari dengan fungsi-fungsi tambahan dipertingkatkan seperti carian dalam bahasa berlainan, penggunaan mesin kira, carian kata kunci dan sebagainya.

Di antara enjin pencari internet yang popular adalah Google dan Yahoo.

Tuesday, October 26, 2010

" KeCePataN BeRpiKiR OtaK LeBaH LebiH CePaT DaRi KomPuteR "

Jangan pernah meremehkan lebah. Mahluk kerdil berukuran satu ruas jari ini terbukti mampu menyelesaikan soalan matematik yang kompleks dengan pantas.

Dari penelitian Universiti of London, ilmuan mendapati bahawa lebah mampu menempuh jarak terdekat antara bunga yang berbeza. Ujian ini serupa dengan “Masalah Perjalanan Salesman” yang menuntut seseorang itu menemukan jalan tersingkat untuk mencapai lokasi-lokasi tertentu.

“Waktu berfikir lebah dalam menentukan rute mengalahkan komputer,” kata Nigel Raine, pakar biologi dari Royal Holloway Universitas London, seperti dikutip Guardian, Senin (25/10). Menurutnya, dengan otak yang hanya seukuran biji rumput, lebah mampu menentukan jarak terdekat setiap bepergian. “Mereka membutuhkan banyak tenaga saat terbang, sehingga harus mengambil jarak terdekat untuk menghemat tenaga,” katanya.

Kecepatan berpikir lebah dalam menentukan arah gerak jelas mengalahkan manusia, yang memerlukan bantuan alat-alat moden seperti informasi internet untuk mencari arah yang ingin dituju. “Meski otak lebah sangat kecil, mereka memiliki kemampuan luar biasa,” ujar Raine. “Kita harus mencari maklumat bagaimana lebah boleh memecahkan ‘Masalah Perjalanan Salesman’ tanpa menggunakan komputer.”

Wednesday, September 29, 2010

" BeRgAyA DaLaM KeLaSnYa "

Utusan Online
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

Bagi memenuhi keperluan pelanggan yang semakin mencabar, MSI melancarkan komputer riba 14 inci bergaya FX400.


Komputer riba berkenaan dilengkapi dengan pemprosesan Intel Core i5, kad grafik nVIDIA GeForce GT 325M (1GB memori paparan) DAN teknologi TDE.

Selain itu ia juga dilengkapi dengan teknologi boost GPU kepada mod kad grafik yang boleh diubah bagi mengoptimumkan keupayaan grafik dan pemprosesan.


Pengarah Pemasaran MSI, Sam Chern berkata, FX400 merupakan karya terhebat MSI terkini dengan lapisan luar yang menghalang calar menjadikannya lebih bergaya dalam kelasnya.


MSI yang berkerjasama erat dengan pereka sistem bunyi THX bagi mendapatkan bunyi persekitaran standard teater.


Sistem bunyi seakan pawagam dengan pembesar suara yang sesuai dengan jenis muzik dan frekuensi.


Teknologi Volum dan Teknologi Pintar memastikan bunyi yang jelas dan bersih bagi memaksimumkan pengalaman multimedia.


FX400 menggunakan pemprosesan multimedia berkuasa dan teknologi Cinema Pro MSI bagi grafik terbaik.


Sentuhan Cinema Pro hotkey meningkatkan mod filem kepada resolusi lebih tinggi dengan warna lebih mewah.


Ini memberikan pengguna pengalaman audio terbaik setanding dengan persembahan langsung, filem dan studio rakaman.


Lapisan eksklusif FX400 memberikan perlindungan daripada calar dan cap jari yang minimum.


Teknologi tepat MSI yang diaplikasikan pada FX400 secara terperinci bermula dengan papan kekunci, pembesar suara kelas pawagam THX kepada papan kekunci chiclet yang direka untuk keselesaan pengguna dan meningkatkan kegunaan pad sentuh,


Semuanya gabungan kejuruteraan berkualiti MSI dari segi seni, fesyen dan teknologi.


MSI FX400 datang dengan teknologi Turbo Drive engine (TDE) bagi meningkatkan keupayaan CPU dan sistem kelajuan dengan satu sentuhan Turbo (P1) hotkey yang terletak di atas papan kekunci.


Ini membolehkan FX400 memproses aplikasi bebanan tinggi seperti grafik tanpa mengabaikan yang lain.


Menggunakan kad grafik nVIDIA GeForce GT 325M dengan IGB GDDR3 paparan memori bagi keupayaan pemprosesan grafik tinggi.


Apabila FX400 perlu memproses aplikasi grafik, teknologi Boost GPU MSI berubah kepada mod kad grafik bagi keupayaan grafik lebih berkuasa bagi multimedia yang lebih ‘hidup’.


MSI FX400 boleh didapati daripada pengedar sah pada harga RM2,899.


Sebelum ini, syarikat terbabit, Micro Star International (MSI), mengumumkan kemunculan pad angin pada pameran Computex 2010.


Dengan ciri-ciri ketebalan 10 inci dan skrin kawalan sesentuh, dan nipis serta bergaya dalam reka bentuk, peralatan ini dioperasikan dengan unit pemprosesan berpusat (CPU) Intel.


Beroperasi dengan Microsoft Windows 7 serta android dan ciri-ciri aplikasi intuitif dan inovatif bagi meningkatkan penggunaan multimedia yang lebih canggih.


Dengan anggaran berat 800 gram (termasuk bateri) pad berkenaan yang dilengkapi teknologi 3G dan sambungan WiFi GPS, serta kamera web 1.3-megapiksel, pastinya pengguna lebih selesa menggunakannya.


MSI Wind Pad tersebut juga dilengkapi dengan pelabuh USB pembaca kad dan HDMI.

" 185 LaMaN WeB KeNa CerOboH "

PEMILIK laman web di Malaysia diminta berhati-hati dan mengemas kini sistem keselamatan mereka daripada diceroboh penggodam Internet berikutan insiden serangan terhadap laman web Malaysia baru-baru ini.

Pemilik laman web Malaysia perlu mengemas kini dan melindungi aplikasi serta pelayan mereka dengan perkhidmatan keselamatan bagi melindungi kelemahan tersembunyi.

“Ia perlu bagi mengelak sebarang ruang yang boleh dieksploitasikan penggodam untuk menjejaskan laman web mereka,” kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Dalam satu kenyataan akhbarnya, SKMM berkata insiden kali pertama dikesan pada 31 Ogos dan ia kini menjejaskan 125 laman web.

Insiden terbabit menyaksikan penggodam itu memasukkan halaman kandungan dengan ancaman ke laman web seterusnya mengumumkan kejayaan mereka melemahkan laman web itu.

Suruhanjaya itu berkata ia memantau situasi terbabit menerusi Pusat Keselamatan Rangkaian SKMM (SNSC) dan mengesan pelbagai komen yang dihantar penggodam berkaitan blog, forum dan laman web sosial.

Berdasarkan laporan daripada pemilik laman web yang digodam, tiada bukti menunjukkan kegiatan terbabit menjejaskan laman web mereka melainkan sisipan halaman baru dihantar penggodam.

SKMM giat bekerjasama dengan mereka dalam usaha membantu mengemas kini laman web yang digodam dengan pek perkhidmatan terbaru bagi membaiki masalah itu dan membuang laman web yang disisipkan.

Pemilik laman web dinasihatkan menghubungi SKMM jika mereka mengesan kegiatan tidak bermoral dalam laman web mereka.

Artikel: HMetro

" ViRuS GagAlkAn PrOgRaM ICT SeKoLaH "

Oleh WAHID HASHIM
pendidikan@utusan.com.my

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) perlu melihat semula keberkesanan program pelaksanaan program teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) setelah hampir 20 tahun ia menjadi aplikasi perdana koridor raya multimedia.


Penilaian peringkat kebangsaan perlu dilakukan semula terhadap keselesaan dan kesesuaian program yang dilakukan oleh bahagian atau jabatan di KPM, institusi latihan perguruan, Institut Aminuddin Baki (IAB), agensi-agensi yang dilantik serta pihak yang berkepentingan, yang nampaknya caca marba dan belum kesampaian.


Guru masih tidak tahu mencari bahan, mengintegrasikannya dalam satu mauduk rancangan dan sukatan mengajar seharian. Pengurus dan pentadbir sekolah juga masih gagal mengurus program ICT di sekolah dengan berkesan. Kesemua inilah yang dikhuatiri akan menjadi virus sehingga menggagalkan program ICT di sekolah untuk satu pusingan lagi.



Program kesedaran atau celik komputer sudah berlalu. Satu program pengintegrasian dalam amalan terbaik mengajar di sekolah adalah fokus program latihan sekarang.

Hal ini saya anggap kritikal kerana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu program pembestarian semua sekolah dilaksanakan segera - seperti mana yang beliau tegaskan semasa pelancaran program Cybersafe in School peringkat kebangsaan di Kota Marudu, Sabah, Jumaat lepas.


Kegagalan atau kejayaan program ICT di sekolah akan menentukan pelbagai perkara - misalnya bagaimanakah ia bakal menjejaskan kepercayaan terhadap program komputer rakyat - juga perlu diperhalusi.


Banyak program sangkutan ICT yang gagal - lihat sahaja Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI).


PPSMI adalah aspek yang kecil. Lebih besar lagi, ketidakcekapan pengurusan bakal menggagalkan keseluruhan sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah kalau harapan disandarkan secara membuta tuli kepada suasana dan keadaan semasa.


Bagi penulis, ia umpama filem Terminator, sebuah syarikat SkyNet hanya mencipta dan mempromosikan teknologi yang akhirnya menjadi 'monster' yang memakan diri sendiri.


Ia umpama virus yang sangat cepat tersebar kerana kesedaran untuk menggunakan komputer di sekolah secara umumnya semakin tinggi.


Program-program pengurusan perubahan yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) dengan kerjasama Portal Pendidikan Utusan Malaysia berjaya menyedarkan guru dan pengurus sekolah perihal kepentingan ICT dalam P&P.


Namun, virus itu perlu dimusnahkan terlebih dahulu.


"Komputer dihantar sebanyak dua kontena, tetapi jadi perhiasan sahaja di rumah," kata seorang bapa dalam dialog sempena program Jerayawara Pembestarian Sekolah Di Kota Marudu, Sabah, Jumaat lalu sempena pelancaran Cybersafe in School.


Malah tidak keterlaluan kalau penulis mengesyaki - atas kesedaran yang ikhlas itu - mungkin ada yang menjual komputer riba daripada program komputer rakyat ini, seperti mana ada yang menjual subsidi minyak diesel.


Kenapa program ICT di sekolah gagal? Kerana kebanyakan kita tidak tahu apa yang hendak dibuat dengan komputer.


Komputer dilihat sebagai alat. Latihan komputer kepada pentadbir dan pengurus di sekolah berkisar kepada melerai dan memasang semula komputer. Mereka tidak melihat potensi alat pengupaya itu dari luar kotak pemikiran bahawa komputer ialah ciptaan paling agung pada abad silam untuk membantu manusia pada zaman akan datang.


Perisian kursus yang diharap untuk membantu guru - yang dibangunkan kononnya untuk menjadi alat bantu mengajar - telah membunuh potensi sebenar komputer di sekolah.


Oleh itu, proses melihat semula keberkesanan semula program latihan komputer di sekolah sangat penting kerana dikatakan komputer di sekolah gagal dimanfaatkan sepenuhnya.


Integrasi


Penulis mendapati, sikap yang keterlaluan dalam mengikuti perkembangan teknologi terkini oleh 'jurujual', terlalu terikut-ikut negara seperti Korea Selatan, gagal untuk berubah, pengurusan ICT sekolah yang tidak cekap serta kelemahan dalam aspek integrasi dan interaksi P&P menjadikan program komputer di sekolah tidak mencapai maksudnya.


Keadaan semakin kusut apabila beberapa pihak di dalam KPM masih melihat ICT perlu diikat dengan perisian tertentu yang mereka sediakan, tanpa berpegang bahawa guru ialah kerjaya jiwa raga, dan ilmu diperoleh tanpa batasan.


Tanyalah. Adakah guru telah berjaya mengupayakan P&P mereka? Adakah murid semakin minat datang ke kelas? Adakah guru sudah menjadikan budaya mengakses maklumat dari Internet sebagai bahan tambahan mereka?


Kita jangan mendengar cerita manis sebagai halwa telinga daripada pihak yang kita tidak dapat mengesahkan kesahihannya.


Turunlah ke akar umbi. Penulis yang terlibat dengan program Jerayawara Pembestarian Sekolah sempena pelancaran Cybersafe in School di Kota Marudu, Sabah amat tertarik dengan komen peserta - terdiri daripada pentadbir, pengurus, guru dan ibu bapa - kerana rupa-rupanya ibu bapa di situ akhirnya setuju ICT sangat penting, tetapi mereka masih kabur dengan kegunaannya.


Setelah mengikuti program pengurusan perubahan oleh penasihat Portal Pendidikan Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain, ibu bapa mahu membantu sekolah, dan guru menyedari pengintegrasian adalah sesuatu yang sangat penting dalam kerjaya mereka.


Malangnya mereka kurang mendapat pendedahan dalam kursus-kursus yang mereka hadiri.


"Selama ini kami hanya mendapat komputer, mendapat latihan celik komputer dan program memasang dan melerai komputer sahaja," katanya.


Dalam satu polar sosial yang kurang diberikan perhatian - iaitu masyarakat setempat di Marudu - mereka bertanya kepada penulis tentang masa depan program komputer rakyat, pembudayaan ICT dan kesan politiknya.


Seorang ibu, menghampiri penulis dan bertanya, bagaimanakah untuk berminat dengan ICT kerana dia mempunyai perniagaan, mahu mengembangkannya tetapi tidak tahu potensi komputer - sedangkan kelima-lima anaknya mahir dalam komputer tetapi kurang membantu.


"Saya sangat tertarik dengan program pengurusan perubahan oleh MDeC ini kerana saya melihat ada kaum Orang Asli Mah Meri di Selangor menjual produk kraf tangan mereka sehingga ke Amerika Syarikat," kata ibu tersebut.


Hal ini menunjukkan pelaburan berbilion ringgit kerajaan dalam usaha menerapkan budaya ICT di sekolah sejak 20 tahun lalu memutikkan bunga kerana ia telah menyusup, membudaya dan kini mengakar umbi di segenap lapisan guru - termasuk sekolah di Sabah dan Sarawak.


Hal ini terbukti melalui reaksi peserta daripada program Jerayawara MDeC, yang menunjukkan usaha itu bukan sahaja telah berjaya memangkinkan penggunaan ICT di sekolah, malah tempiasnya telah dirasai oleh masyarakat sekitar.


Hal ini sekali gus membuktikan bahawa isu jurang digital telah berjaya ditangani, dan usaha susulan oleh kerajaan seperti memperkenalkan jalur lebar dan pemberian komputer riba dalam inisiatif satu komputer satu rakyat bolehlah diteruskan dan dapat di terima.


Buku teks


Di Kota Marudu atau Nabawan di Sabah, penerimaan terhadap teknologi yang pernah dianggap 'menyukarkan urusan' itu ternyata telah bertukar sifatnya sehingga 360 darjah.


Hal ini memungkinkan buku teks tidak lagi relevan pada satu hari kelak apabila kekangan sikap guru dan masyarakat dapat ditangani sepenuhnya.


Semasa program di SMK Tandek itu, pentadbir dan pengetua, tidak lagi menunjukkan reaksi penolakan atau teragak-agak dalam komitmen mereka untuk menjadikan sekolah masing- masing sebagai agen perubahan.


Program dikendalikan oleh Dr. Ismail Zain dan pegawai Unit Perkhidmatan ICT, BTPN, Sabah, Rodymond G. Omar.


Penolong Kanan SMK Tandek, Bonar Mayanglan berkata, asalkan guru berminat, usia bukan jadi penghalang.


"Lagipun, sebagai tenaga pengajar mereka perlu ada kreativiti, inovatif dan pengetahuan - rumus penting dalam pengintegrasian ICT dalam P&P."


Shaiffuddin Shaiddin dari Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian Pantai Barat Utara di Kota Belud sering mencabar guru muda menggunakan ICT ketika mengajar.


"Otak kita sama sahaja… Cuma sama ada kita mahu belajar atau tidak."


Satu tinjauan rambang dalam kalangan peserta mendapati rata-rata mempunyai akaun Facebook.


"Saya sudah berusia, tapi saya sedar bahawa saya tidak boleh bekerja tanpa bantuan ICT," kata Guru SK Ranau, Kota Marudu, Abd Aziz Dumang yang turut mencadangkan setiap guru melalui program perubahan sikap.


Pendidik mesti sedia terima perubahan. Kita perlu perubahan.


Katanya, banyak lagi cabaran di hadapan, teknologi begitu pantas.


Pendedahan Jerayawara ini sesuai untuk seorang guru. Ia dapat membuka mata semua golongan kalau dapat ubah sikap, ujar guru yang sudah 38 tahun mengajar itu.


"Bukan mudah untuk berubah. Diri kita sendiri perlu berubah," tambah Aziz.


Penolong Kanan 1, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Khoi Ming, Kota Marudu, Sooi Hai Soon berkata, pihak sekolah perlu membuka pintu kepada agensi luar untuk membantu pihak sekolah membangunkan program ICT.


Guru SMK Tandek, Kota Marudu, Joanes Miro berkata, semua guru sebenarnya sudah bersedia, tapi belum cukup latihan.


Dalam hal ini, Rodymond G. Omar berkata, latihan sudah diberi dan tindakan susulan akan dibuat.


Penolong Kanan (PK) 1, SMK Bengkongan, Kota Marudu, Miasin Gani juga mengakui program pengurusan perubahan MDeC berjaya mencapai matlamatnya.


Seorang lagi guru SK Tandek, Mastijah Madina berkata: "Namun begitu, dalam kalangan ibu bapa masih terdapat sedikit kegusaran tentang pelaksanaan berdasarkan pemerhatian terhadap anak-anak sendiri."


Pada sesi sebelah petang bersama ibu bapa, isu-isu seperti komputer yang tidak dapat digunakan kerana kurang kepakaran dan juruteknik yang mencukupi menjadi isu yang masih menghantui mereka.


Namun isu itu dilihat secara positif oleh ibu bapa yang memohon kerajaan bertindak lebih cepat menangani isu berkenan.


"Sayang sahaja duit kerajaan . . . akhirnya simpan sebagai komputer," kata seorang bapa.

Wednesday, September 22, 2010

" LaJuKaN KoMpuTeR : KuRanGkaN StaRt-uP PrOgrAm "

Semua orang ingin komputer berjalan selaju dan seoptima yang mungkin. Banyak yang ada boleh buat dengan membuat pengubahsuaian (tweak) dan setting konfigurasi yang sesuai kepada operating system Windows.

Berikut adalah langkan pertama yang mudah:


Tidak perlu buka perisian yang tidak perlukan sepanjang masa. Kemungkinan ada software yang akan on sendiri secara automatik setiap kali anda hidupkan komputer.
1. Lihat ikon-ikon pada sebelah kanan taskbar. Lihat berapa banyak applikasi yang on pada satu-satu masa. Atau
2. Tekan butang CTRL + ALT + DEL serentak . Tetingkap Task Manager akan keluar, lihat bahagian Applications. Berapa banyak applikasi yang tengah on?

Mungkin ada program tersebut yang tidak perlu on sepanjang masa. Ia akan memberatkan Windows anda kerana ia menggunakan RAM dan juga processor komputer. Ia juga melambatkan Windows untuk loading startup sepenuhnya. Anda boleh buka program tersebut dengan cara klik start menu atau shortcut di desktop anda apabila anda perlukan dan bukan tepasang automatik setiap kali komputer dihidupkan.

Cara supaya apllikasi software tersebut tidak terbuka dengan sendiri:


1. Tetapkan setting program tersebut. Buka program tersebut dan pilih option atau lain-lain butang konfigurasi. Biasanya ada pilihan sama ada untuk “start with Windows” atau tidak. Cuma jangan tick kotak “start with Windows” jika tidak mahu ia on dengan sendiri.

Atau

2. Guna utiliti Msconfig, Tekan start menu. Klik Run. Taip “msconfig” dalam ruang kotak..Tetingkap baru akan keluar (seperti gambar di bawah), pilih startup. Lihat senarai start up program yang ada. Buang tick untuk program yang anda tidak mahu terpasang automatik setiap kali anda hidupkan komputer. Klik “apply”. Kemudian “close” .Pilih untuk “Restart” atau Exit Restart”.

Selepas reboot, lihat program yang anda buang tick tidak lagi on dengan sendiri.

" MaLaYsiA InTeRneT BrOaDbanD: TeLcO DiSeRu TeTapKan KaDar MuRaH "

CYBERJAYA 13 Julai – Syarikat telekomunikasi (Telco) di negara ini diminta menetapkan kos terendah bagi perkhidmatan jalur lebar dalam usaha menggalakkan rakyat negara ini melanggan perkhidmatan tersebut.

Ini sekali gus mampu mencapai sasaran kadar penembusan isi rumah sebanyak 50 peratus menjelang akhir tahun ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, 37.7 peratus kadar itu sudah berjaya ditembusi dan ia memerlukan 12.3 peratus lagi bagi mencapai sasaran itu.

Katanya, kadar penembusan itu boleh boleh dicapai sekiranya 1.2 juta pengguna Internet secara ‘dial up’ dan 7.5 juta pelanggan 3G menukar perkhidmatan sedia ada kepada penggunaan jalur lebar.

“Syarikat-syarikat telekomunikasi sekarang ini sedang berurusan dengan pelanggan mereka supaya menukarkan perkhidmatan sedia ada seperti ‘dial up’ dan 3G kepada penggunaan jalur lebar.

“Bagaimanapun kita berharap syarikat telekomunikasi terbabit dapat menentukan kadar sederhana supaya rakyat mampu menggunakan perkhidmatan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kembara Jalur Lebar di perkarangan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) di sini hari ini.

Kembara ke lima zon seluruh negara itu dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penggunaan perkhidmatan tersebut.

Turut hadir timbalannya, Datuk Joseph Salang dan Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz serta Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Kamaruddin Siaraf dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Khalid Ramli.

Kembara Jalur Lebar bermula 15 Julai ini selama lebih empat bulan di 500 lokasi seluruh negara yang memberi tumpuan di kawasan-kawasan terpencil di mana kadar penembusan jalur lebar amat rendah.

Rais berkata, kadar liputan yang lebih baik perlu ditingkatkan dan diberi perhatian oleh SKMM supaya pengguna dapat menikmati perkhidmatan tersebut dengan mudah dan cepat.

“Apa yang penting kawasan liputan perlu ditingkatkan selain pemasangan ‘access point’ di setiap telefon awam yang mampu menjangkau dua kilometer kawasan liputan.

“Langkah ini mampu menggarap pendapatan lebih tinggi dalam industri ini sekali gus mengubah ketamadunan bangsa dan negara jika penggunaan jalur lebar dijadikan sebahagian daripada kehidupan,” katanya.

sumber: utusan online 14/07/10

Tuesday, September 21, 2010

" 5 SeBaB SaInS KoMpuTer PeRlU MeNjadI PiLihAn "

Di bawah adalah 5 sebab kenapa anda perlu menjadikan Bidang SAINS KOMPUTER sebagai bidang pilihan ANDA :

1. Komputer adalah sebahagian dari Hidup Kita

Umum mengetahui bahawa penggunaan komputer menjadi sebahagian dari hidup kita. Dari kenderaan yang kita pandu, medium pembelajaran seharian, pembayaran bil dan dalam urusan dengan perniagaan serta kerajaan. Telah menjadi satu ilmu wajib kepada seseorang pada abad ke-21 ini iaitu memahami penggunaan komputer. Sama ada anda mahu menjadi seorang penyelidik yang menggunakan mesin / jentera berteknologi tinggi, atau penggodam (hacker) atau anda hanya ingin mengetahui perkara benar tentang apa orang kata "computer made a mistake", oleh itu, mempelajari sains komputer adalah penyelesaian kepada semua bidang dan persoalan anda.

2. Kepakaran dalam Sains Komputer Membolehkan Anda Menyelesaikan Masalah Rumit dan Mencabar

Sains Komputer merupakan bidang disiplin ilmu yang menawarkan kemudahan dan penyelesaian kepada semua persoalan dalam semua lapangan. Oleh itu, pengkomputeran memerlukan kebolehan dalam menyelesaikan masalah secara mendalam, pelbagai dimensi imaginasi, dan mengenalpasti beberapa halangan dan cabaran.

3. Sains Komputer Membolehkan Anda Mengubah Dunia kepada Perspektif Lebih Positif

Pengkomputeran membawa anda kepada inovasi dalam bidang sains (projek gen manusia, penyelidikan vaksin AIDS, pengawalan alam sekitar dan mempertahankan beberapa masalah yang lain) dan dalam bidang kejuruteraan, perniagaan, hiburan dan pendidikan. Jika ANDA mahu mengubah dunia kepada lebih POSITIF, belajarlah bidang SAINS KOMPUTER.

4. Bidang Sains Komputer Menawarkan Kerja yang Paling Lumayan dan Paling Kompetitif

Pekerjaan sains komputer merupakan antara bidang kerja yang paling lumayan dan paling memuaskan di dunia [Sumber: MONEY Magazine & Salary.com]. Pekerjaan dalam bidang ini menawarkan ruang inovasi dan kreativi dalam semua lapangan. Pada masa-masa akan datang, pasaran bidang kerja ini akan menjadi paling kompetitif di dunia.

5. Sains Komputer Menawarkan Ruang Mencerlah Kreativiti dan Inovasi

Membangunkan aplikasi / sistem penyelesaian sama ada dalam bidang sains, matematik dan kejuruteraan merupakan salah satu inisiatif yang kreatif. Ini kerana anda akan berfikir secara logik dan pantas untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Sistem atau aplikasi yang dibangunkan akan nampak lebih elegan dan berkualiti tinggi jika kemahiran sains komputer diguna pakai.

Monday, September 20, 2010

" WiReLeSs MaNe LeBiH BaGuS? WEP? WPA? WPA2? "

WEP

WEP adalah security untuk wireless yang agak lama. Jenis seperti ini mudah untuk diceroboh oleh sesetengah pihak. WEP menggunakan 64bit dan 128bit. Ada 2 cara untuk memasukkan WEP key samada ditetapkan sendiri mahupun menggunakan passphrase. Passphrase akan generate secara automatik WEP key untuk anda bila anda masukkan abjad dan generate. Kepanjangan kekunci bergantung kepada jenis security anda iaitu 64 bit atau 128 bit. Jika 64 bit, anda harus memasukkan 10 key manakala untuk 128 bit, anda harus memasukkan 26 key.


WPA-PSK


WPA-PSK adalah security yang lebih update dari WEP. WPA-PSK mempunyai decryption yang ada pada WEP. WPA-PSK menambahkan security yang lebih pada wireless anda. WPA-PSK masih boleh diceroboh namun memakan masa yang panjang. Panjang key adalah dari 8-63.



WPA2-PSK

WPA2-PSK adalah security terbaru untuk wireless, malah lebih baik dari WEP dan WPA-PSK namun ia masih boleh diceroboh tetapi makan masa yang sangat lama. Dalam WPA2-PSK ada 2 jenis decryption iaitu Advanced Encryption Standard (AES) dan Temporal Key Intergrated Protocol (TKIP). TKIP lebih banyak kelemahan dari AES. Panjang key adalah 8-63, anda boleh memasukkan samada 64 hexadecimal atau ASCII seperti biasa.

Tuesday, September 7, 2010

" SMS PaLsU MeNggUnaKan NaMa SyAriKaT TeLeKoMuniKaSi "

Statistik terkini yang dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menunjukkan pelanggan telefon bimbit di negara ini berjumlah 30.3 juta pada akhir tahun lalu dengan kadar penembusan sebanyak 106.2 peratus.

Perkembangan itu membuktikan masyarakat bebas menggunakan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai satu kaedah berkomunikasi yang diakses menerusi peranti terbabit.

Sayangnya, ia turut mengundang jenayah siber yang cuba mengeksploitasi kemudahan terbabit untuk kepentingan kewangan dengan menghantar SMS palsu atau menipu menggunakan SMS yang dikirim kepada pengguna.

Lebih membimbangkan, masih ramai pula pengguna yang terpedaya berikutan kurangnya kesedaran mengenai masalah ini atau rambang mata dengan tawaran hadiah palsu mengujakan dihantar penyamun digital itu.

Mungkin anda pernah menerima SMS seperti disenaraikan di bawah. Antaranya ialah:

  • Dear valued customer. RM70 will be credited into your account. To activate type 7 and send to 10133440257. TQ
  • TAHNIAH! ANDA TERPILIH UTK MENERIMA RM50 KREDIT PANGGILAN PERCUMA DARI “CELCOM” SEMPENA (ULANG TAHUN’) SILA TAIP; 10 & HANTAR KE; 10199580629 (PERCUMA) TQ.
  • Penambahan baki akaun **** Mid Prepaid anda sebanyak RM5 akan diaktifkan akaun anda, dail 0193000910 atau taip 5 SEND ke 10199993064.TQ.
  • Anda mempunyai 9 pesanan suara. Untuk mendengar mesej bersuara ini sila taip 9 dan hantar ke 10132454709.

Senarai terbabit antara SMS yang tidak sah dan cuba mengaburi mata pengguna untuk membalasnya.

Malah, terdapat pengguna kehilangan kredit prabayar sebaik membalas SMS yang diterima mereka.

Salah satu teknik penipuan SMS dilakukan menerusi taktik ‘hoax’ yang mana penghantar SMS dengan sengaja menipu penerima agar percaya kepada sesuatu yang nyata padahal sebenarnya ia hanya khayalan semata-mata.

SMS hoax dilakukan menggunakan mesej sebenar, tetapi menipu dalam konteks atau perkataan yang dimuatkan dalam SMS terbabit.

Contohnya, pengguna akan menerima SMS yang meminta mereka menghantar maklumat kepada 10 orang lain bagi menerima ganjaran tertentu yang langsung tidak wujud.

Masalah penipuan SMS melalui taktik hoax tidak tertumpu di negara ini semata-mata, malah ia tersebar meluas di seluruh dunia terutama selepas peningkatan penggunaan telefon bimbit di kalangan masyarakat.

Gergasi telekomunikasi Australia, Telstra misalnya mengingatkan pengguna agar berhati-hati dengan mesej dalam SMS yang menjanjikan penghantaran SMS percuma kepada pelanggan mereka.

Ia berikutan gejala penghantaran e-mel palsu secara besar-besaran yang memberitahu penerima bahawa mereka akan menerima SMS percuma selama satu bulan sebagai ganjaran untuk menyampaikan mesej kepada lapan orang lain.

Malah tahun lalu, penipuan serupa berlaku di Vietnam apabila ribuan pelanggan sebuah syarikat telekomunikasi menerima SMS yang memberi harapan palsu bagi menerima 90 dong (mata wang Vietnam).

SMS hoax itu mirip dengan sejumlah e-mel hoax termasuk Siemens Giveaway Hoax yang meminta orang ramai meneruskan penghantaran e-mel kepada lapan orang untuk mendapatkan telefon Siemens baru pada suatu ketika dulu.

Satu lagi taktik menggunakan yang sering dikaitkan dengan jenayah SMS dihasilkan melalui kejuruteraan sosial yang menyamai teknik ‘Phishing’ iaitu ‘Smishing’.

Untuk makluman, Smishing diringkaskan daripada perkataan ‘SMS phishing’ yang dihantar kepada pengguna.

Seperti phishing, smishing menggunakan SMS pada telefon bimbit untuk memancing pengguna mendedahkan maklumat peribadi mereka bertujuan memerangkap individu yang tidak arif mengenai teknologi.

Kaedah yang digunakan untuk benar-benar ‘menangkap’ maklumat pengguna atau menghubungkan SMS yang dibuka ke laman web tertentu secara automatik sebelum ‘mengorek’ data pengguna.

Menyedari penipuan SMS masih belum berhenti dan semakin berleluasa di negara ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memulakan langkah tegas yang bertujuan mengekang penyebaran SMS palsu.

Kajian terbaru yang dikeluarkan Forum Pengguna Malaysia (CFM) menunjukkan SMS tidak dilanggan menguasai 69 peratus daripada sejumlah 97 aduan yang diterima berhubung penyalahgunaan SMS pada 2009.

Manakala penipuan SMS mencatatkan angka 13 peratus selain SMS tidak diundang serta SMS promosi masing-masing sebanyak tujuh peratus.

Lebih membimbangkan, jumlah purata bulanan kes sedemikian mencatatkan peningkatan 100 peratus dari lapan kes sebulan tahun lalu kepada 16 kes sebulan tahun ini.

CFM mendedahkan, pemantauan SMS meliputi mesej tidak dilanggan yang menawarkan pindah turun video lucah, mempromosikan ubat kuat seks lelaki, makluman memenangi sesuatu serta promosi menarik pindah turun masa berbual dengan menawarkan kredit masa berbual serta SMS yang bersifat samar-samar.

Selain itu, CFM turut mengesan SMS yang mempromosikan perkhidmatan pindah turun dengan caj tersembunyi dalam kebanyakan SMS biasa yang tidak diundang.

Tahun lalu, CFM menerima sejumlah 1,331 aduan tahun lalu di seluruh negara.

Mulai Julai ini, penyedia perkhidmatan aplikasi dan kandungan tidak akan terlepas jika mereka didapati bersalah menyalahgunakan teknologi SMS.

Menurut Pengarah Jabatan Pematuhan SKMM, Sharizan Abdul Aziz, tindakan undang-undang akan diambil ke atas syarikat terbabit sebaik saja Akta (Pindaan) Komunikasi dan Multimedia dikuatkuasakan.

“Buat masa ini, kami mendapati terdapat syarikat kecil yang menyalahgunakan perkhidmatan SMS,” katanya.

Beliau memaklumkan, antara hukuman dikenakan termasuk penjara yang mampu menjadi pencegah kepada syarikat kecil selain kemungkinan berhadapan dengan penutupan perniagaan.

“Tindakan tegas dilakukan turut menjejaskan reputasi syarikat terutama syarikat penyenaraian awam yang mungkin kehilangan keyakinan di kalangan pemegang saham dan pelabur mereka,” katanya.

Sharizan turut menasihatkan masyarakat agar lebih bijak menjadi pengguna dengan meneliti maklumat SMS diterima dan tidak mempercayainya bulat-bulat.

Bagi syarikat telekomunikasi pula, mereka mengambil langkah berjaga-jaga dengan memaklumkan kepada pengguna mengenai penipuan yang kerap berlaku di talian masing-masing.

Celcom Axiata Berhad (Celcom) menasihatkan ingin pelanggan untuk berhati-hati serta mengabaikan SMS yang menjanjikan ganjaran dan hadiah wang tunai.

  • Terdapat SMS yang menggunakan nama syarikat terbabit untuk mengaut keuntungan dan Celcom menyarankan pengguna tidak membalas SMS diterima seperti:
  • TAHNIAH. Simcard Anda Memenangi hadiah Cek Tunai RM20,000 dari peraduan CELCOM. Sila hubungi Call Centre : 006285656242229. Terima kasih
  • Pengumuman diri PETRONAS Mlys, TAHNIAH! Sim Card Anda tlh memenangi undian bertuah Cek tunai RM10000 Sila hubungi: 006281519347178 Terimakasih
  • TAHNIAH! Simcard anda telah memenangi hadiah cek tunai RM20,000. Plus reload kredit RM250 dari peraduan CELCOM. sila dail Call Center 00628565251247. terima kasih.

Dalam kenyataannya, Celcom mengingatkan pelanggan mereka untuk tidak melayan sebarang SMS yang menjanjikan wang tunai sebagai hadiah selain mengabaikan nombor telefon antarabangsa bermula dengan 00xxxxxxxxxxx.

Hanya SMS dari Celcom 12302 atau Xpax saja yang digunakan secara rasmi manakala pengguna yang mendapat SMS meragukan perlu menghubungi perkhidmatan pelanggan di talian 1-300-111-000.
Maxis Berhad (Maxis) pula melancarkan kempen ‘Do Not Disturb’ yang mengutamakan privasi pelanggan bagi menangani SMS ‘Spam’ yang diterima.

Syarikat terbabit memasang aplikasi Anti-Spam pada platform mereka yang bertindak sebagai ‘firewall’ menghalang spam berdasarkan kata kunci pengenalan.

Setiap aduan daripada pelanggan akan diselidiki dan berdasarkan penemuan kata kunci dari SMS spam terbabit, ia akan disekat daripada mengakses telefon pelanggan Maxis pada masa depan.

Menurut kenyataan Maxis, SMS Spam yang tidak dikenali biasanya bermesejkan pemasaran atau menawarkan hadiah wang palsu.

SMS spam akan dihantar keluar kepada ribuan pelanggan pada waktu tertentu.

Dalam kebanyakan kes, SMS spam akan dihantar tanpa kelulusan daripada salah satu pelanggan atau pembekal seperti mesej di bawah:

  • “Tahniah! Cek simcard anda Memenangi Tunai RM20, 000 Dari H0TLINK. Sila hubungi Call Centre: 006281388386555 www.hotlïnk.com.my”
  • “Selamat! Kad SIM anda telah memenangi hadiah wang tunai RM20, 000 daripada Hotlink. Sila hubungi Call Centre: 006281388386555 www.hotlïnk.com.my “

DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) pula menyenaraikan SMS yang dikategorikan palsu mengaitkan nama syarikat telekomunikasi itu untuk mendapatkan keuntungan. Antaranya:

  • “Tahniah simcard Anda telah menangi Cabutan bertuah daripada ‘DiGi’ wang tunai, RM17,000,00 sila_hub Office; 014.359-0874 terima kasih, Pengirim: DiGi”
  • “Tahniah SIM CARD ANDA MEMENANGI HADIAH CEK TUNAI RM9,000 CARI PERADUAN ‘DIGI’ SILA HUBUNGI KHIDMAT PELANGGAN : 006281904077791. TERIMA KASIH.
  • “Tahniah simcard anda memenangi hadiah Cek Tunai dari RM5000 dari AFM Akademi Fantasia Malaysia. Sila hubungi 006281334093111/ 00628133615011 .”
  • “congratulations!!! Anda memenangi CEK TUNAI RM11,000.00 dari DiGi. Info sila hubungi perkhidmatan DiGi 006281339662763. http://www.digi.com.my”
  • “You have just won RM9000! You just need to deposit RM1000 cash into this account and the RM9000 will be yours. Bank account xxxxxxxx.”
  • “Congratulations! SIM Card Anda Telah Berjaya Memenangi BONUS Cek Bertuah RM15,000 Dari PETRONAS, Sila Call Di Talian 006281319779888 Terima Kasih.”
  • “Forward from +60160000015 this is DiGi special gift for every DiGi user. Just send this message to another 10 DiGi user and you’ll get RM50 free automatic.”
  • “DiGi TELECOMMUNICATIONS SDN BHD, Tahniah!! Simcard Anda dapat bonus RM17,000, untuk keterengan lanjut sula dil telefon 00006285693774357. Terima kasih.” from +6281514324217
  • “My number Prepaid Anda dapat bonus RM 14.000. >From astro MLYS. Sila dail number office: 0062817705397 Terima kasih.”
  • “My Prepaid Anda berjaya Memenangi Cek, Rm14,000, From astro MALAYSIA. Sila dial number talian 0061817705397. Terimakasih”
  • “+60162999902 : DiGi is celebrating over 900,000 DiGi holder! Send this message to 9 DiGi holder, you’ll receive RM50 free into your cellphone!”
  • “Congratulation Anda dapat bonus RM17,000 from “KLCC COMMU” sila dail number office, 006285888288549. T’rimahkasih.” A number: +6281511014036
  • “TAHNIAH!! Sim Card, anda memenangi Peraduan, dari “AKADEMI-FANTASY”. Wang Tunai RM17,000 Information sila Call; 006285880300678 Terima kasih. Pengirim; DiGi”
  • “TAHNIAH.Simcard Anda Memenangi hadiah cek tunai RM20,000 plus Reload credit 250 dari peraduan DIGI. Sila hubungi Call Center : 006281342141555 Terima kasih.”
  • “TAHNIAH! Prepaid anda Berjaya memenangi cek RM17.000, – Dari ASTRO MALAYSIA Sila dial number talian office : 006285885788571 Terima Kasih. “
  • “Congratulations Sim-Card anda Telah Bertuah Memenangi Hadiah Utama wang tunai RM.30.000,00 dr “PETRONAS PRIMAS KLCC” Sila/call/tel 014 3593234 Terima Kasih.”
  • “Congratulations!!! Anda memenangi 1 buah kereta dari DiGi. Info sila hubungi perkhidmatan DiGi 006281399994933. http://www.digi.com.my.”
  • “*Happy New Year 2009* get a phone promo price by visit our 1st Melaka “Biz Phone Cafe”. http://www.number94u.com From:SOS Telecommunication (Bacang,Melaka)”

DiGi menasihatkan pengguna agar mengabaikan sebarang SMS yang menjanjikan hadiah wang tunai atau sebarang hadiah dari sumber tidak diketahui.

Ketua Perkhidmatan Pelanggannya, Christina Ng, mengatakan mesej terbabit tidak dihantar DiGi dan menyarankan pelanggan untuk melaporkan dan memadam mesej yang diterima.

“DiGi tidak mengiktiraf surat berantai dengan gaya mesej spam ini. Kami berharap pelanggan kami tidak mudah tertipu,” katanya.

Ng menambah, pelanggan DiGi boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan di talian 016-2211800 atau www.digi.com.my untuk mengesahkan dan melaporkan mesej mencurigakan yang diterima.

Bank Negara Malaysia (BNM) pula meminta orang ramai berwaspada apabila menerima SMS yang mendakwa dari BNM atau mana-mana bank perdagangan.

“BNM tidak pernah meminta sebarang maklumat perbankan peribadi daripada orang ramai sama ada melalui SMS mahupun panggilan telefon.

“Berdasarkan aduan yang diterima BNM kebelakangan ini, terdapat peningkatan kejadian panggilan telefon atau SMS palsu kepada orang ramai yang tidak mengetahui kegiatan ini bagi mendapatkan maklumat perbankan peribadi mereka dengan tujuan mengambil wang akaun mangsa,” katanya.

Orang ramai yang menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan tawaran hadiah lumayan diminta melaporkan segera ke Jabatan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Siber Malaysia (MyCERT) di talian 03-89926969 atau SMS 019-2813801.

Untuk menghindari penipuan SMS, anda harus berhati-hati mendedahkan nombor telefon anda walau di mana anda berada.

Apabila anda mengisi borang pendaftaran, pastikan membaca syarat dan terma sebelum mendedahkan nombor telefon anda.

Sebahagian besar syarikat terkemuka dan perkhidmatan rasmi akan meminta izin untuk mendedahkan butiran anda kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran.

Meskipun banyak pihak mengambil langkah berjaga-jaga dalam menangani masalah penipuan SMS ini, pengguna sendiri perlu mengambil langkah bijak dengan menyelidik SMS yang diterima selain memastikan keselamatan nombor telefon anda.

Sumber : Harian Metro