Thursday, April 29, 2010

" TipS MeMberSiHKan PerKaKasAn kOmPuTer "

Membersihkan Papan Kekunci

Tanggalkan papan kekunci daripada Central Prosesor Unit (CPU) dan letakkan di tempat yang bersih. Anda boleh menggunakan vakum biasa untuk menyedut sebarang benda asing yang terdapat di celah kekunci.

Gunakan tin udara atau vakum untuk menyembur habuk keluar dari celah kekunci.

Gunakan kain dan sedikit cecair pembersih yang bersesuaian seperti alkohol pembersih dan lapkan perlahan-lahan kepada papan kekunci.

Selain itu anda juga boleh menggunakan kapas untuk membersihkan celah-celah kekunci.


Membersihkan Tetikus

Tanggalkan tetikus dari CPU.

Pusingkan bahagian bawah tetikus dan cabut penutup bebola tetikus. Keluarkan bebola tetikus.

Gunakan kapas dan cecair yang bersesuaian seperti alkohol pembersih.

Bersihkan bahagian dalaman roller tetikus tersebut.

Jika anda menggunakan tetikus optikal, bersihkan bahagian luar dan tepi tetikus daripada habuk yang tersangkut.


Membersihkan Monitor

Tanggalkan monitor daripada CPU dan gunakan vakum untuk menyedut habuk terutamanya di bahagian belakang dan bawah monitor.

Gunakan tisu atau kain lembut untuk mengelap dan membuang habuk-habuk.

Gosok perlahan-lahan bagi menggelakkan kewujudan statik.

Gunakan cecair yang bersesuaian seperti pencuci cermin dan sembur ke atas kain pengelap dan lapkan pada monitor perlahan-lahan.


Terima kasih: http://socolatajuz.blogspot.com/

" FaKTa MenGenAI IntErnEt "

Carian Yang Merbahaya

Dangerous Searches terjadi apabila enjin carian Google menyenaraikan hasil carian pengguna yang dipaut terus ke laman-laman web penceroboh atau laman web yang mengandungi malware dan virus. Di antara kata kunci yang perlu dielakkan adalah:
victoria’s secret (menyebabkan jangkitan trojan fake codec), pokemon ruby gamesharks, blue book (menyebabkan jangkitan mdac exploit), bulletin boards dari norwich, muzik! (serangan webattacker 2 atau mpack), IBM stock, pallet fire, Nigerian economic and financial crimes, who’s a rat, atlas mountains country, rotweiller rescue, North Padre Island (serangan WebAttacker 2 or Mpack), arches national park (serangan WebAttacker 2 or MPack), canyonlands national park, the mass lottery, air disasters in Florida,cd key windows xp profesional dan batmobile for sale.

Gabungan Google + Yahoo

Google terhasil dari perkataan Googol. Ia diilhamkan oleh Larry Page, inventor dan pengasas bersama Google Inc. 1 Googol bersamaan dengan digit 10 dikuasakan 100. Menurut kamus berbahasa Inggeris ia disebut ten duotrigintillion atau ten thousand sexdecillion.

Yahoo merupakan singkatan nama bagi “Yet Another Hierarchical Object Organizer”. Perkataan ini digunakan oleh pengasasnya Jerry Yang dan David Filo untuk menggambarkan diri mereka yang periang.


Enjin Pencari

Enjin pencari internet atau internet search engine pertama di dunia telah dicipta oleh Alan Emtage, seorang pelajar di University McGill, Montreal, Kanada pada tahun 1990. Enjin pencari internet ini dinamakan Archie. Fungsi asalnya adalah sebagai direktori elektronik yang mencari senarai index daripada komputer-komputer pelayan FTP di seluruh dunia. Seterusnya, ia membenarkan para pengguna mengambil maklumat dari komputer-komputer pelayan FTP tersebut. Sehingga kini terdapat pelbagai versi enjin pencari dengan fungsi-fungsi tambahan dipertingkatkan seperti carian dalam bahasa berlainan, penggunaan mesin kira, carian kata kunci dan sebagainya. Di antara enjin pencari internet yang popular adalah Google dan Yahoo.


Pelayar Web

Tim Berners-Lee adalah inventor kepada pelayar web atau web browser yang pertama di dunia.Pelayar web ini direkacipta semasa beliau bertugas sebagai saintis di CERN (European Organization for Nuclear Research) pada tahun 1991. Berners-Lee menamakannya sebagai WorldWideWeb.Pelayar web WorldWideWeb ini dibina pada komputer teknologi tinggi NeXTcube menggunakan hypertext antaramuka pengguna yang berkonsepkan WYSIWYG (What You See Is What You Get) dan HTML. Pada tahun 1992, Pei-Yuan Wei - pelajar di Universiti California, Berkeley telah membangunkan pelayar web ViolaWWW. Pelayar web ini pula menggunakan konsep hypercard iaitu gabungan aplikasi pangkalan data dan grafik.Teknologi pelayar web terus berkembang dan menghasilkan beberapa pelayar yang popular seperti Mosaic, Netscape Navigator dan Communicator, Internet Explorer, Opera dan Mozilla.


Terima kasih: http://socolatajuz.blogspot.com/

Saturday, April 24, 2010

"ViRUs KoMpUteR"

Pengenalan

Michealangelo, Stoned, Junkie, Stealth Boot, Die Hard, Cascade, DarkAvenger, Jerusalem, Imposter, Yankee Doodle, Anthrax, Peacekeeper, Diablo, Disk Killer, Natas dan Telefonica bukan nama-nama kumpulan rock atau heavy metal tetapi nama-nama virus komputer. Virus komputer merosakkan komputer dengan cara menghapuskan perisian dan mengganggu sistem pengoperasian. Virus komputer adalah sebuah aturcara yang mempunyai keupayaan yang canggih dalam penjangkitan dan merosakkan fail. Virus mampu menukar dan membiak dengan sendirinya. Virus komputer biasanya dihasilkan dengan bahasa komputer seperti C atau C++ dan Bahasa Perhimpunan (Assembly Language). Malah kini terdapat perisian yang mampu menghasilkan virus secara automatik setelah memberikan ciri-ciri yang dikehendaki oleh penciptanya, perisian ini disebut sebagai Enjin Virus (Virus Engine) contohnya SMEG. Virus menjangkiti fail-fail yang berfungsi seperti .EXE dan .COM tetapi baru-baru ini terdapat virus yang mengganggu fail .INI bagi merosakkan sistem perisian. Fail-fail .EXE dan .COM menjadi kegemaran kerana segala kegiatan sesebuah perisian berkisar di dalam fail-fail ini.


Jenis-jenis virus


Virus dibahagikan menurut cara ia berjangkit dan merosakkan sistem atau fail serta jumlah kerosakan yang dihasilkan oleh virus. Walaupun setiap dari virus itu berjenis-jenis dan menghasilkan kerosakan yang berlainan tetapi ia tetap membahayakan dan mampu merosakkan data atau maklumat yang penting. Jenis-jenis virus ialah virus sektor boot, virus fail TSR, virus fail tidak TSR, virus Pasangan, virus Penukar, virus Multipartit dan virus Pelbagai Jangkit. Virus ini menjangkiti fail-fail dengan cara berikut :

  • Ia menjangkiti fail .EXE dan .COM yang berpasangan. Jika ada fail .COM yang menggunakan fail .EXE sebagai pasangan fail ketika dijalankan. Virus akan menjangkiti fail .COM tanpa disedari dan mencipta fail lain seakan fail .EXE iaitu pasangan kepada fail .COM tersebut.
  • Ia akan menukar sebahagian daripada fail dengan program virus dan menyebabkan fail tersebut tidak dapat berfungsi.
  • Ia menjangkiti pelbagai objek sekaligus, ia menjangkiti fail EXE kemudian rekod boot utama, menjadi TSR dan seterusnya menjangkiti fail-fail .EXE dan .COM yang lain. Contoh Tequila dan Anticad.
  • Ia menjangkiti fail .OBJ (fail untuk penghasilan aturcara) dan seterusnya ia menukar fail tersebut kepada bentuk lain seperti .DBR. Contoh : Starship dan DIR II.
  • Virus yang biasa didapati dalam komputer di mana ia samada menjangkiti sektor boot disket, rekod boot utama atau rekod boot DOS dalam cakera keras. Contoh : Form dan Stoned.
  • TSR (Terminated Stay Resident) atau virus tetap residen. Ia tinggal dalam ingatan dan menjangkiti fail .COM dan .EXE. Ia mudah merebak jika fail yang dijangkiti digunakan. Contoh : Dark Avenger dan Green Caterpillar.
  • Ia menjangkiti fail .COM dan .EXE tetapi tidak duduk dalam ingatan. Contoh : Vienna.

Ciri-ciri virus

  • Pertama, ia laju dalam jangkitan. Sesetengah virus menjangkit dengan cepat dan melakukan kerosakan dalam masa yang singkat mungkin tidak sampai 1 seminit. Ia mampu merosakkan fail yang penting sahaja tetapi dalam bilangan yang kecil.
  • Kedua, jangkitan perlahan. Terdapat juga virus yang menjangkit secara perlahan dengan tujuan supaya tidak dikesan oleh pengguna komputer. Ia mampu merosakkan banyak fail kerana ia merebak dengan perlahan dan apabila dikesan mungkin sudah terlambat.
  • Ketiga, bersembunyi. Ia menjangkit secara senyap-senyap dan menduduki bahagian baca/tulis cakera pada pemacu. Ia juga mampu menyamar dan ia tidak mengubah saiz fail sebelumnya. Contoh Frodo dan Brain.
  • Keempat, polimorfisma. Virus yang boleh mengubah dirinya kepada bentuk virus lain tanpa mempunyai bentuk saiz yang sama.

" SeKiLAs PaNDaNG "


Pusat Akses SKFBS







Tuesday, April 13, 2010

" KeYBoaRD ShoRtCuTs "

Tujuan utama menggunakan keyboard shortcut adalah untuk mempercepatkan kita melakukan sesuatu tugas tanpa bergantung sepenuhnya kepada tetikus. Selain itu, ia mampu melatih kita untuk menaip dengan lebih pantas dan cepat. Jadi tugas yang dilakukan akan cepat siap dan menjimatkan masa. Berikut merupakan beberapa shortcut yang sering digunakan. Simbol ‘+’ menggambarkan kekunci pada keyboard ditekan serentak:


  1. Alt + F4 menutup pelayar (browser) pada skrin komputer
  2. Alt + Tab menukar pelayar ke pelayar yang lain. Misalnya jika anda membuka banyak Internet Explorer gunakan kekunci ini untuk mencepatkan anda menukar pelayar
  3. Ctrl + A memilih keseluruhan ayat. Biasa untuk Microsoft Word & Power Point
  4. Ctrl + B menebalkan saiz perkataan/ayat (bold)
  5. Ctrl + C menyalin perkataan/ayat (copy)
  6. Ctrl + D menukar jenis perkataan
  7. Ctrl + S menyimpan (save) seseatu fail misalnya Microsof Word dan laman web
  8. Ctrl + Z undur ke belakang dan sering dilakukan dalam Microsoft Word
  9. Ctrl + I mencondongkan tulisan.
  10. Ctrl + V meletakkan semula ayat yang disalin dari Ctrl + C
  11. Ctrl + Alt + Delete Membuka Task Manager. Selau digunakan untuk menghentikan proses yang terlalu berat hingga menyebabkan komputer menjadi kaku (hang)
  12. F1 kebanyakkan untuk bantuan mengenai sesuatu perisian (software)
  13. Start + E membuka explorer My Computer

" PeRaTuRaN PeNgGuNaaN PuSaT AkSes "

  1. Pelajar dibenarkan masuk ke dalam pusat akses pada waktu tertentu sahaja.
  2. Tidak dibenarkan membawa masuk beg dan kasut ke pusat akses.
  3. Tidak dibenarkan membawa masuk makanan dan minuman ke dalam pusat akses.
  4. Jika perlu, tandatangan buku log sebaik sahaja masuk ke dalam pusat akses.
  5. Gunakan komputer yang dibenarkan sahaja.
  6. "Scan" cakera liut anda terlebih dahulu untuk mengesan virus.
  7. Jangan keluarkan mana-mana dawai atau kabel sambungan sistem komputer tanpa keizinan guru yang bertugas.
  8. Jika ada masalah, dapatkan bantuan guru, juruteknik makmal atau orang yang berkenaan.
  9. Jaga ketenteraman di dalam makmal. Jangan membuat bising dan jangan menggangu rakan lain di dalam pusat akses.
  10. Jangan berjalan-jalan ke komputer lain untuk melihat apa rakan anda buat kecuali dibenarkan.
  11. Jaga kebersihan makmal. Bersihkan tempat anda sebelum meninggalkannya.
  12. Jangan bawa keluar apa-apa barangan kepunyaan pusat akses tanpa keizinan.
  13. Pastikan tiada yang ganjil berlaku pada perkakasan komputer.
  14. Sekiranya anda pengguna terakhir, pastikan segala suis, lampu & alat hawa dingin dipadamkan mengikut peraturan tertentu.
  15. Pastikan pusat akses tidak ditinggalkan kosong tanpa berkunci.

Monday, April 12, 2010

" ViSi, MiSi & ObJeKtIf "

Visi:
- Memastikan setiap pelajar celik & pintar IT
- Membentuk pusat akses sebagai gerbang ilmu dalam kecemerlangan pendidikan IT
menjelang tahun 2020


Misi:
- Memberi pendedahan kepada pelajar, guru dan warga sekolah tentang kepentingan
IT pada masa kini
- Melahirkan pelajar yang celik IT
- Mewujudkan persekitaran pembelajaran berkonsepkan IT
- Menyediakan kemudahan yang lengkap untuk pembelajaran IT


Objektif:
- Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat
- Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri
dengan lebih berkesan
- Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pengajaran
dan pembelajaran

" SeLaMaT DaTAnG "

Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung blog pusat akses SK Felda Bukit Senggeh, Asahan Melaka. Kehadiran anda semua sangat-sangat dialu-alukan. Sebarang pandangan ataupun pendapat boleh dikemukakan melalui emel yang telah disediakan.


Salam ceria.



En Suji

fs_mba1075@yahoo.com