Tuesday, September 7, 2010

" Kelebihan & Kelemahan Apple iPaD"

Syarikat Apple (Apple Inc.) akhirnya telah melancarkan produk Tablet PC diberi nama iPad yang telah lama dinanti-nantikan oleh peminat produk jenama Apple. Sebelum iPad dilancarkan, peminat-peminat produk Apple berharap supaya iPad dapat menandingi iPhone sebagai gajet digital yang terbaik dalam kelasnya. Namun, selepas iPad dilancarkan, ramai orang yang berasa kecewa dan mengatakan bahawa hanyalah iPod Touch / iPhone versi besar; tiada sebarang kreativiti, keunggulan atau beza.

Sebelum ini terdapat banyak gambar yang diwar-warkan sebagai iPad dipaparkan di internet, sesetengah rekaan betul-betul serupa dengan iPhone tetapi dalam versi yang lebih besar. Apabila CEO Syarikat Apple, Steve Jobs menunjukkan identiti sebenar iPad, ia memang merupakan versi besar untuk iPhone 2G; tetapi badannya lebih nipis, dengan ketebalan hanya 13.4mm, jauh lebih nipis daripada netbook atau Tablet PC lain yang sedia ada di pasaran. Dengan ketebalan sebagitu, ia mudah dibawa kemana sahaja dan sesuai digunapakai tidak kira samada anda pelajar, ahli perniagaan, eksekutif mahupun suri rumah.

Penerapan skrin multi-sentuhan


Dari segi fungsi dan spesifikasi, iPad amat menyerupai iPhone. Misalnya, terdapat fungsi accelerometer, multi-sentuhan dan banyak lagi. Tetapi skrinnnya bukan sahaja sebesar 9.7 inci, malahan ia turut menyokong resolusi XGA (1024 x 768 piksel), menggunakan panel IPS (intrusion prevention system), serta sudut penglihatan (viewing angle) setinggi 178 darjah; dimana pengguna dapat memperoleh efek yang jelas tanpa perlu memandang skrin secara menegak.

Selain itu, permukaan skrinnya disaluti lapisan kalis minyak “Fingerprint Resistant Oleophobic Coating”, berfungsi bagi mengurangkan kesan cap jari pada skrin. Fungsi pelarasan kecerahan automatik pula memastikan iPad sentiasa memaparkan kualiti yang terbaik.

HD 3D terhandal


Bagi meningkatkan fungsi iPad, pihak Apple telah menghasilkan prosesor baru diberi nama Apple A4. Prosesor ini mempunyai struktur ARM, frekuensinya mencapai 1GHz. Walaupun tidak dipasang dengan sistem operasi Mac OSX atau Windows, dengan sistem operasi yang khas, ia mampu berfungsi dengan lancar seperti iPhone.

Core paparan yang terbina dalam prosesor menyokong penyiaran video H.264 HD 720p. Selain itu, ia menyokong Open L; jika digunakan untuk permainan 3D seperti Need For SpeedL SHIFT, SNowCross dan lain-lain, kualitinya akan mendahului iPhone sekarang dengan agak berbeza dan menghampiri tahap PSP. iPad menggunakan Flash memory untuk menyimpan data dan membekalkan 3 pilihan kapasiti iaitu 16GB, 32GB dan 64GB.

Kelemahan iPad

Setakat ini, iPad hanya menyokong 9 bahasa sahaja iaitu Inggeris, Perancis, Jerman, Jepun, Belanda, Itali, Sepanyol, Cina (Simplified) dan Russsia. Sistem operasinya tidak menyokong pengendalian multi-tugasan (multi-function); pengguna tidak dapat menggunakan dua perisian serentak dalam satu masa.

Fungsi sambungan iPad jugak agak terhad. Ia TIADA port sambungan USB, alat pembaca kad, port HDMI, mahupun webcam. Hanya terdapat satu port sambungan diberi nama Dock Connector.

No comments:

Post a Comment