Friday, September 3, 2010

" i-KitChEn veRsi DIY "


Seorang kaki pomen dari New Zealand ini telah memutuskan untuk membuat PC skrin sentuh di dapur untuk membolehkan isterinya membuat inventori makanan mereka, mencetak senarai belanja barang dapur, akses web, menonton TV dan juga menggunakannya sebagai PC biasa. Pada mulanya, beliau menemukan monitor skrin sentuh murah yang kemudiannya menjadi bahagian penting peranti. Monitor ini digunakan untuk vending machine di tempat-tempat awam di Jepun dan dibina supaya tahan lasak dan kalis air. Ia sangat sesuai untuk persekitaran dapur

Spesifikasi PC untuk projek ini, beliau memutuskan untuk membina satu dari barang-barang terbuang. Beliau mungkin boleh terus membinanya dari PC-PC terbuang yang boleh di dapati, tetapi beliau telah mengubahsuai mesin tersebut untuk hasil yang lebih baik. Spesifikasi yang terhasil dari kerja-kerja ubahsuai yang dilakukan adalah 4GB RAM, prosesor 3.20Ghz dan hard drive 800Gb. Ianya akan disimpan di dalam peti kecil berhampiran dengan tempat paparan akan dipasang untuk tujuan perlindungan. Pendawaian pula akan melalui celah-celah kabinet di dapur rumah beliau.


Setelah semuanya lengkap, antaramuka yang lebih baik daripada Windows yang biasa diperlukan. Beliau menggunakan sebuah program bernama Active Desktop yang memungkinkan beliau untuk meniru gaya menu iPhone. Untuk papan kekunci skrin sentuh, beliau menggunakan high program yang dinamakan sebagai Comfort On-Screen Keyboard yang memberikan pengalaman menaip yang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan papan kekunci yang terpapar melalui tetingkap pada skrin.



Disamping itu beliau turut menambah fungsi pengimbas kod bar untuk harga barang-barang dapur dan juga dimasukkan sekali TV Tuner untuk membolehkan bini beliau menonton rancangan masakan semasa bulan Ramadhan.

No comments:

Post a Comment