Monday, May 24, 2010

" TipS mEnJaGA LapToP "

Kali ini, anda akan diberi sedikit tips dan panduan untuk menjaga laptop. Pada masa kini, laptop adalah sangat popular kerana ia sangat mudah dan cepat bagi urusan tugas kita. Dari segi ketahanan pula, komputer peribadi dan laptop adalah berbeza. Laptop dikatakan lebih sensitif dan perlu lebih berhati-hati dalam penggunaan. Di bawah disediakan beberapa tips untuk penjagaan laptop:
  • Jangan letakkan laptop anda di atas katil, karpet atau permukaan yang lembut yang boleh menyebabkan aliran udara kipas laptop anda tertutup.Ini akan menyebabkan laptop anda akan menjadi overheating.
  • Jangan letak laptop anda di pangkuan anda (di paha anda).
  • Untuk menjadikan bateri lebih tahan lama,buka bateri laptop anda ketika ia telah penuh di cas. Hanya sambungkan kabel kuasa untuk memastikan laptop anda berfungsi tanpa memerlukan bateri.
  • Jangan letak laptop anda di kawasan yang basah dan juga minuman anda. Kebanyakan orang suka meletak minuman mereka di sebelah laptop mereka ketika menggunakan laptop.
  • Jangan biarkan laptop anda berjemur di bawah matahari yang terik ataupun di dalam kereta ketika parking di bawah matahari.
  • Pastikan laptop anda diletakkan di kawasan yang rata. Laptop yang terjatuh atau terhempap akan menyebabkan perkakasan dalam laptop tersebut terjejas.
  • Seboleh-bolehnya jauhkan laptop anda dari magnet.
  • Pastikan laptop anda diberi rehat, jangan dibiarkan ianya dipasang hampir sehari setiap hari (ketahanan laptop berbeza dengan PC biasa).

No comments:

Post a Comment