Tuesday, May 11, 2010

" KoMuNiTi ScHooLzOnE "



GITN Sdn Bhd (GSB), selaku syarikat yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan program Schoolnet di sekolah telah menyediakan sebuah portal yang dikenali sebagai SchoolZone yang disediakan untuk para pengguna Schoolnet.



Portal ini bertujuan untuk menggalakkan para guru sebagai pendidik generasi muda di sekolah rendah dan menengah untuk mengguna dan memanfaatkan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Bagi pelajar pula, portal ini menggabungkan pendidikan dengan hiburan bagi meningkatkan inspirasi dan motivasi mereka dengan suasana belajar yang berbeza yang komprehensif dan menarik.
Oleh yang demikian, portal ini berfungsi untuk menyediakan pengguna dengan maklumat mengenai aplikasi yang terkini, berkongsi pengetahuan dan sebagai medium untuk komunikasi dalaman dan luaran.
Meskipun terdapat beberapa portal online disediakan untuk masyarakat, SchoolZone mempunyai ciri-ciri yang unik dan memudahkan semua penggunanya. Dengan wujudnya portal SchoolZone ini, diharap dapat meningkatkan pengetahuan ICT di kalangan para pelajar di sekolah khususnya dan masyarakat amnya.

No comments:

Post a Comment