Tuesday, May 11, 2010

" PoRtAL EduWeb Tv UnTuK SeMuA "


Sejajar dengan perkembangan ICT terkini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengorak langkah untuk menyiarkan TV pendidikan melalui internet. Siaran TV pendidikan yang sebelum ini dipancarkan melalui saluran televisyen terestrial kini disalurkan melalui internet. Usaha ini adalah selari dengan usaha KPM untuk merapatkan jurang digital dalam bidang pendidikan.
KPM telah mewujudkan sebuah portal pendidikan interaktif berasaskan video yang boleh digunakan dalam proses pengajaran & pembelajaran (P&P) yang dikenali sebagai EduWeb TV pada 1 Mac 2008. Web ini boleh diakses oleh umum melalui portal www.eduwebtv.com pada bila-bila masa & dimana-mana sahaja. Pada ketika ini, EduWeb TV mencakupi pelbagai bidang yang boleh diakses melalui 8 saluran iaitu berita, akademik, wawancara, rencana, kurikulum, interaktif, siaran langsung & panduan.

No comments:

Post a Comment