Thursday, June 24, 2010

" SaMbuTan 41 TaHuN InTErnEt "

Pada 2 September 1969, di University of California, Los Angeles, dua buah komputer telah berjaya diuji dapat berkomunikasi antara satu sama lain. Tahukah anda, kini sudah 41 tahun teknologi internet diperkenalkan pada kita semua.

first computer

" SysTeM EngInEEr MuDa "


Marko Calasan, seorang budak berumur 9 tahun yang berasal dari Macedonia, telah menjadi system engineer Microsoft yang diiktiraf pada bulan lalu.

Sebelum ini, pada usia 6 tahun beliau telah menjadi seorang system administrator untuk sebuah yayasan kebajikan yang membantu orang-orang cacat.

Marko yang mengaku menghabiskan waktu sekitar 4 jam sehari di depan komputer juga menjadi seorang guru. Beliau mengajar asas-asas berkomputer untuk anak-anak berumur 8 hingga 11 tahun. Lab komputernya ada di sebuah sekolah asas.

Berbicara mengenai sekolah, Marko diizinkan oleh pemerintah setempat untuk tidak pergi ke sekolah setiap hari demi projeknya dengan komputer. Tapi, Marko cuma diizinkan tidak perlu hadir ke sekolah hanya beberapa kali dalam sebulan.

Marko kini sedang membuat suatu projek yang berkaitan dengan jaringan. Beliau sedang mencari cara untuk mengirim isyarat televisyen berdefinisi tinggi melalui jaringan yang lambat. Untuk projeknya ini, sebuah perusahaan telekomunikasi Macedonia telah membenarkan Marko mengakses jaringan mereka. Marko berharap beliau dapat mendemonstrasikan projeknya ini pada pameran CeBit akhir tahun ini di Hannover, Jerman(tabloidpcplus.com).

Sumber: http://www.all-tnt.com/418.html

Tuesday, June 22, 2010

" MRAM: TeKnOlOgi TeRbArU MeMoRi KoMpuTer, 10 KaLi LeBih CePat DaRi RAM "

Kecepatan komputer selalu diinginkan oleh sesiapa saja. Pelbagai usaha dan penelitian terus dilakukan untuk meningkatkan kemampuan komputer. Kini giliran sebuah teknologi di bidang memory komputer.

Sebelumnya anda pasti pernah mendengar istilah RAM (Ramdom Access Memory) untuk menyebut memory komputer. Memory RAM ini memiliki pelbagai jenis mulai dari EDO RAM, DDR1, DDR2 dan beberapa jenis lainnya.

Namun ternyata RAM saja belum cukup untuk memuaskan keinginan manusia akan tuntutan kecepatan dan kepantasan. Oleh kerana itu, Ahli Fizik dan Jurutera Jerman mengembangkan sebuah jenis memory baru.

Memory tersebut diberi nama Magnetoresistive Random Access Memory (MRAM), memory ini bukan sahaja lebih cepat daripada RAM tetapi juga lebih jimat tenaga. Kehadiran MRAM sepertinya akan meningkatkan perkembangan mobile computing dan level penyimpanan dengan cara membalik arah kutub utara-selatan medan magnet.

IBM dan beberapa perusahaan pengembang yang lain berencana menggunakan MRAM, MRAM ini akan memutar elektron-elektron untuk mengganti kutub magnet. Hal ini juga dikenal sebagai spin-torque MRAM (Tork putaran MRAM). Teknologi inilah yang kini sedang dikembangkan oleh para Ahli Fizik dan JuruteraJerman.

Dengan membangunkan pilar-pilar kecil berukuran 165 nano meter, akan mengakibatkan magnet variabel pada atas lapisan akan mengakibatkan arus elektrik mengalir dari bawah ke atas dan akan memutar posisi elektron. Medan magnet ini akan berubah dan hanya memerlukan sedikit waktu untuk mengubah kutub medan magnet ini. Kemudian kutub utara dan selatan akan bertukar.

Yang pasti, kecepatan MRAM mencapai 10 kali ganda kecepatan RAM. KEcepatan ini masih boleh terus dikembangkan dimasa depan.

Wednesday, June 16, 2010

" PC aNDa PerLaHan? "

PC anda mungkin akan menjadi amat perlahan kerana beberapa sebab:

  • Masalah harddisk - Jika harddisk anda telah mempunyai sektor yang rosak, ini akan menyebabkan PC anda menjadi perlahan.
  • Virus - ‘Update’ antivirus anda dan jalankan imbasan.
  • Malware/Spyware - Antara punca PC anda menjadi perlahan juga ialah disebabkan oleh malware/spyware. Sepertimana perisian anti virus, anda perlu ‘update’ anti spyware anda dan jalankan imbasan.
  • Kurang RAM - Saya sering memberi cadangan kepada pengguna komputer agar memasang sekurang-kurangnya 512MB untuk XP dan 2GB untuk Vista. Tambahan pula harga RAM pada masa ini tidaklah membebankan sangat.
  • Fragmentasi sistem operasi - Seringkali pengguna PC alpa untuk melakukan defragmentasi OS mereka. Anda boleh menggunakan Disk Defragmenter ataupun muatturun lain-lain aplikasi.
  • Fail-fail sementara - Jika anda membiarkan PC anda dipenuhi dengan ‘temporary files’ seperti internet cache, *.tmp dan sebagainya, ia juga menyumbang kepada perlahannya PC anda disamping merugikan ruang harddisk! Untuk mengatasi masalah ini anda boleh menggunakan CCleaner dan/atau Glary Utilites.

Sumber asal: pcproblems.afraid.org

" P1 KiNi MemBanGunKan PuSat JaLur LeBar KoMuNiTi WiMAX "

Packet One Networks telah berjaya menyiapkan Pusat Jalur Lebar Komuniti WiMAX yang mana memperuntukkan perkhidmatan WiMAX kepada kira-kira 3,500 buah rumah dan lebih 21,000 peneroka di FELDA. Menariknya, projek ini berjaya diselesaikan seminggu sebelum daripada ianya dijadualkan.
Menurut Packet One Networks, ianya sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mencapai penembusan jalur lebar isi rumah nasional sebanyak 50 peratus menjelang penghujung tahun ini. Pada masa yang sama, Packet One menjangkakan yang mana lebih 25 daerah akan diliputi oleh kemudahan WiMAX menjelang penghujung tahun ini.

Buat masa ini, sebanyak sembilan Pusat Jalur Lebark Komuniti WiMAX yang mempunyai jalur lebar P1 W1MAX berada di kawasan luar bandar di Perak dan Kedah iaitu di Sungai Behrang, empat kawasan berbeza di Gunung Besout, Trolak Utara, Sungai Klah, dan Ijok di Perak serta satu zon di Gunung Bongsu di Kedah.
Melalui perjanjian bersama kerajaan, Packet One ditugaskan untuk menyediakan akses jalur lebar WiMAX bagi sekurang-kurangnya lebih lima tahun.


Sumber: http://amanz.my/2010/05/p1-kini-membangunkan-pusat-jalur-lebar-komuniti-wimax/

" TiPs MeNingKatkaN KaWaLan KeSelamaTan PadA BloG "

Seperti yang anda semua sedia maklum, akhir-akhir ini berlaku beberapa siri serangan ke atas laman-laman sesawang oleh penggodam-penggodam tegar. Justeru itu, di sini terdapat beberapa tips untuk mengetatkan kawalan keselamatan pada blog supaya blog anda menjadi satu perkara mustahil untuk digodam.
  • Jangan guna akaun admin untuk wordpress anda. Jika anda gunakan akaun admin, anda telah menyenangkan kerja-kerja penggodam tersebut untuk masuk dan mengubah beberapa ketetapan dalam blog atau lebih menyedihkan, blog anda mungkin dimusnahkan. Sila cipta akaun lain yang setaraf dengan admin untuk blog anda.

  • Tukar table prefix. Ini merupakan perkara yang agak terkehadapan untuk dilakukan oleh blogger-blogger newbie. Prefix table yang asal bagi wordpress ialah ‘wp_’. Dengan menggunakan kemahiran tambahan, tukarkan prefix table tersebut kepada bentuk yang lebih pelik dan kreatif seperti ‘nasik_’ atau ‘epal_’. Ini mengelakkan blog anda terkena serangan SQL Injeksi (SQL injection).


  • Menggunakan plugin yang istimewa. Adalah sangat digalakkan kepada anda semua untuk menggunakan plugin seperti Chap Secure Login, WP Security Scan dan Login LockDown. Chap Secure Login merupakan satu plugin yang berguna untuk mengelakkan password anda dihidu oleh penggodam dengan mengenkrip kata laluan (Password Encryption). WP Security Scan pula merupakan plugin yang memeriksa jika ada lubang keselamatan yang terbuka pada blog anda sekaligus menyediakan solusi untuk menutup lubang tersebut. Login LockDown pula merupakan plugin yang berguna bagi mengelakkan serangan penggodam yang mengaplikasikan Kamus Penggodam (dictionary hacker) ketika menggodam blog anda.

Adalah sangat digalakkan kepada anda supaya membaca terlebih dahulu setiap arahan-arahan plugin berkenaan bagi mengelakkan salah faham bagaimana plugin tersebut berfungsi. Satu lagi, kalau mampu, sila rahsiakan daripada pengetahuan orang lain mengenai versi wordpress yang anda pakai.

Sumber: http://amanz.my/2010/02/tingkatkan-kawalan-keselamatan-pada-blog

" MicRoSoFT OffiCE 2010 di lancarkan "

Setelah sekian lama ditunggu, akhirnya kini para pengguna sudah boleh mendapatkan aplikasi pejabat daripada Microsoft yang terkini, iaitu Office 2010. Sebelum ini, Microsoft telah pun memperkenalkan untuk para pengguna perniagaan, dan kini ianya dilancarkan untuk para pengguna persendirian.


Bagi Office 2010, Microsoft menggunakan cara pemasaran baru, dimana versi ringannya disertakan bersama kebanyakkan PC baru yang menggunakan Windows 7. Microsoft menjangkakan yang mana lebih daripada 100 juta PC akan didatangkan bersama-sama Office 2010 untuk tahun hadapan.


Selain membawakan pelbagai fungsi yang diperlukan untuk aplikasi pejabat, Office 2010 juga memperkenalkan fungsi pengintegrasian bersama-sama dengan web, sekaligus memudahkan para penggunanya berkolaborasi dan bekerjasama bersama rakan-rakan mereka yang lain dengan mudah.



Sumber: http://amanz.my/2010/06/microsoft-office-2010-di-lepaskan/

Wednesday, June 9, 2010

" 75 PeRaTus OrgAnIsAsI ALami SeRaNgAn SiBeR "

Kalau di rumah, kebanyakan pengguna mungkin berhati-hati menggunakan komputer peribadi (PC) bagi mengelakkan serangan virus yang tersebar secara berleluasa kerana ia mampu memusnahkan pelbagai data peribadi, malah lebih parah lagi menjahanamkan peranti mereka.

Adakah perkara sama dilakukan ketika pengguna berada di pejabat? Sudah tentu sama kerana data yang dimiliki lebih berharga dan sensitif.

Baru-baru ini, syarikat keselamatan enterpris, Symantec Corporation mendedahkan kandungan kajian Penemuan Global Negara 2010 mengenai keselamatan enterpris.

Hasilnya, penemuan mengejutkan apabila Symantec mendapati organisasi di peringkat global termasuk kajian di Malaysia menunjukkan masalah keselamatan berada di kedudukan teratas yang menjadi kerisauan pengguna komputer berbanding masalah lain.

Tambah mendukacitakan kajian mendapati 75 peratus organisasi global mengalami serangan siber sejak 12 bulan yang lalu manakala Malaysia mencatatkan angka 50 peratus. Lebih memburukkan keadaan, syarikat terbabit terpaksa mengeluarkan kos kira-kira RM6.8 juta setahun untuk mengatasi masalah terbabit yang pastinya merugikan. Perunding Utama Keselamatan Syarikat Symantec Malaysia, Paul Woo memaklumkan kajian menunjukkan kebocoran sistem yang mengundang virus banyak disebabkan kecuaian pekerja organisasi itu sendiri.

“Terdapat segelintir pekerja yang terlalu yakin dengan keupayaan keselamatan syarikat sehingga beranggapan mereka boleh berbuat apa saja termasuk pindah turun, membuka fail dan sebagainya dengan sewenang-wenangnya,” katanya.

Menurut Woo, pekerja syarikat perlu bertanggungjawab memelihara keselamatan teknologi maklumat (IT) organisasi kerana ia boleh merugikan mereka pada masa depan.
“Mereka perlu berhati-hati ketika melayari Internet dan tidak harus membuka fail yang diragui kesahihannya serta memeriksa kandungan pemacu mudah alih kerana ia mungkin mengandungi maklumat terdedah kepada virus,” katanya.

Tambahnya, syarikat disarankan menyediakan polisi IT yang jelas serta memberi pemahaman kepada pekerja bagi mendedahkan mereka kepada kesan virus dan kebocoran maklumat ke atas data syarikat.
Hakikatnya, akses terhadap penggunaan IT hanya diberikan bagi tujuan spesifik dan dihadkan kepada pengguna tertentu atas dasar read only saja. Ini bermakna akses pelayaran Internet atau komputer peribadi (PC) hanya diberikan sekiranya peranan atau fungsi pengguna yang memerlukan maklumat terbabit memiliki alasan kukuh.

Hak akses pengguna hanya diberi pada tahap set paling minimum iaitu untuk membaca atau melihat saja manakala kelulusan perlu diwujudkan yang membolehkan pengguna mencipta, menyimpan, mengemaskini, mengubah atau membatalkan maklumat.
Ia boleh dikaji dari masa ke semasa berdasarkan peranan dan tanggungjawab pengguna atau bidang tugas masing-masing.

Syarikat juga mempunyai pilihan melakukan pengauditan untuk mengenal pasti insiden berkaitan keselamatan atau keadaan yang mengancam keselamatan membabitkan pemeliharaan rekod berkaitan tindakan keselamatan. Menerusi langkah terbabit, aset IT seperti PC, pelayan, router, firewall dan rangkaian mampu ditentukan dengan bijak selain menyimpan log tindakan keselamatan.
“Masalah menyalin maklumat perniagaan untuk digunakan di luar turut memberi kesan kepada faktor keselamatan yang perlu dititik beratkan syarikat,” kata Woo.

Bagi organisasi, media storan perlu diberi perhatian khusus kerana ia berupaya menyimpan maklumat besar yang secara tidak langsung mengandungi jumlah data syarikat berganda.
Turut tidak terlepas dari kajian Symantec itu ialah keselamatan syarikat menjadi lebih sukar kerana kekurangan tenaga kerja yang berupaya mengawal kekuatan IT dalam organisasi.
“Melindungi maklumat sekarang lebih mencabar daripada sebelumnya,” kata Woo.
Katanya, syarikat perlu menyediakan blueprint yang melindungi keselamatan prasarana dan maklumat mereka, memeriksa dasar IT, dan mengatur sistem lebih cekap untuk perniagaan.
“Masalah menyalin maklumat perniagaan untuk digunakan di luar turut memberi kesan kepada faktor keselamatan yang perlu dititik beratkan syarikat,” kata Woo.

Katanya, syarikat perlu menyediakan blueprint yang melindungi keselamatan prasarana dan maklumat mereka, memeriksa dasar IT, dan mengatur sistem lebih cekap untuk perniagaan.
“Langkah terbabit mampu meningkatkan daya saing mereka di dunia yang memerlukan perniagaan berasaskan maklumat cekap ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Symantec Malaysia, Suzie Tan, berkata syarikat perlu bersedia dalam memelihara keselamatan IT kerana ia adalah tanggungjawab hidup mati yang membabitkan urusan perniagaan “Tidak hairan, kajian di Malaysia menunjukkan kebanyakan syarikat bimbang risiko keselamatan yang mampu menjejaskan perniagaan mereka.

“Ia menjadi keprihatinan utama melebihi masalah lain seperti bencana alam, keganasan dan kecurian,” katanya.
Mengukuhkan kenyataan terbabit, kajian dilakukan Symantec itu menunjukkan 100 peratus pegawai IT menumpukan usaha memantapkan keselamatan syarikat dengan menghabiskan masa untuk mengawalnya.
“Dari kaji selidik ke atas 1,780 enterpris di seluruh dunia pada tahun lalu, 100 peratus mengatakan mereka mengalami kerugian siber,” kata Tan.

Beliau mendedahkan syarikat terbabit turut mengalami kebocoran maklumat melalui pencurian harta intelektual, maklumat kad kredit pelanggan atau maklumat kewangan lain dan pencurian maklumat peribadi.
“Secara global, kerugian ini diterjemahkan melalui peningkatan kos kewangan, mengurangkan produktiviti, pendapatan dan kehilangan kepercayaan pelanggan,” katanya.

Di Malaysia, kerugian paling umum dilaporkan adalah kecurian maklumat kad kredit pelanggan, kecurian data peribadi pelanggan, kecurian maklumat kesihatan pelanggan, kecurian data syarikat lain atau kecurian identiti.
“Kecurian maklumat kesihatan pelanggan agak unik mungkin kerana faktor kesihatan penduduk di negara ini yang boleh menguntungkan pihak tertentu,” katanya.
“Bank Commercial Abu Dhabi adalah contoh yang baik dari aspek organisasi yang menempatkan strategi keselamatan berkesan dengan memberi penekanan kepada mengatasi masalah secara proaktif,” kata Woo pula.

Katanya, bank terbabit mempunyai penyelesaian lengkap dan perkhidmatan perlindungan yang beroperasi 24 jam, pemantauan ancaman serta tindak balas.
Symantec mencadangkan organisasi perlu melindungi prasarana mereka dengan melindungi sistem belakang dan memerhatikan persekitaran web.

Selain itu, organisasi perlu membela pelayan dan memulih serta memelihara data sepantas mungkin.
Pentadbir IT perlu melindungi maklumat secara proaktif dengan mengambil pendekatan serius untuk melindungi maklumat dan berinteraksi dengan cekap.
Dengan pendekatan kandungan yang mantap, ia mampu melindungi maklumat dengan mengetahui di mana maklumat sensitif yang mempunyai akses dan bagaimana ia datang atau meninggalkan organisasi anda.



Sumber: Harian Metro

Friday, June 4, 2010

" KeTaGiHan InTerNet "

Menurut satu kajian daripada Center For Online Addiction, terdapat pelbagai jenis ketagihan dan ianya boleh dikategorikan kepada lima kategori utama iaitu seperti berikut:

1. Ketagihan mendapatkan maklumat.
Ia merujuk kepada individu-individu yang menggunakan internet untuk mencari sesuatu
maklumat dengan kadar yang berlebihan.

2. Ketagihan menggunakan komputer.
Ia merujuk kepada individu-individu yang menggunakan komputer secara berlebihan
terutamanya mereka yang terlibat dalam pengaturcaraan dan permainan komputer

3. Ketagihan bahagian-bahagian tertentu dalam internet.
Ia merujuk kepada individu-individu yang gemar berkunjung ke bahagian-bahagian tertentu
dalam internet Misalnya ruangan perjudian, permainan online dan barangan lelong.

4. Ketagihan hubungan siber.
Ia merujuk kepada individu yang gemar menjalinkan hubungan secara online menerusi
ruangan bilik berbual seperti IRC, ICQ, forum dan kumpulan-kumpulan diskusi peribadi.

5. Ketagihan seksual siber.
Ia merujuk kepada individu-individu yang gemar meneroka ruangan
lucah serta ruangan berbual dewasa yang membincangkan hal-hal seperti seks secara
terbuka.

" TiPS MeMasTiKaN RAM BeNaR-BeNaR RoSaK "

Di bawah ini telah disediakan beberapa tips bagi memastikan RAM benar-benar rosak:

1. Kenalpasti masalah RAM. Cara mengenalpasti masalah RAM ; apabila keluar bunyi beep..
bunyi beep ni, dikeluarkan dari motheboard [papan induk] anda.. Bunyi ni dihasilkan apabila
BIOS [Basic Input Output System] mengesan masalah pada RAM anda, samada RAM rosak
atau RAM tidak dilletakkan dengan betul…Jadi periksa RAM, pastikan ia dipasang dengan
sempurna.

2. Cabut RAM anda daripada motherboard.. Gunakan pemadam pensel
gosok pada jejalur emas kat RAM tu, kemudian lapkan dengan kain kering… Sebab apa ?..
Satu faktor kerosakkan RAM adalah disebabkan kesan [cap jari @ sbgnya] atau habuk yang
melekat pada jejalur emas yang menggangu arus elektrik pada RAM tersebut.. Proses ni bagi
membersihkan kekotoran yang mungkin melekat pada RAM.

3. Berus Slot RAM. Sebelum anda memasang RAM, anda sapu slot RAM tu menggunakan berus
cat di mana proses nie bagi membuang habuk-habuk yang berada pada slot tersebut.

4. Pasang semula RAM anda. Anda boleh pasang semula RAM anda, jika ada masalah lagi, barulah
confirm RAM anda rosak.


Sumber artikel: http://www.azumass.com/blog/perkakasan/tips-memastikan-ram-benar-benar-rosak.html

Tuesday, June 1, 2010

" SeNaMan RiNGaN BagI PenGgUnA KoMpUTer "

Di sini disediakan satu kaedah senaman ringan bagi pengguna komputer. Lakukan senaman ini selama 4 minit, setiap 2 atau 3 jam selepas menggunakan komputer atau lakukannya sekiranya anda sudah berasa letih. Senaman ini boleh mencergaskan kembali diri anda, dan mengembalikan kesihatan anda, pengaliran darah menjadi lancar serta otot–otot menjadi longgar.


Insya’Allah anda tidak akan berada dalam keadaan stress dan akan lebih selesa.







Sumber artikel: http://www.azumass.com/blog/sembang2-petang/senaman-ringan-bagi-pengguna-komputer.html