Saturday, April 24, 2010

"ViRUs KoMpUteR"

Pengenalan

Michealangelo, Stoned, Junkie, Stealth Boot, Die Hard, Cascade, DarkAvenger, Jerusalem, Imposter, Yankee Doodle, Anthrax, Peacekeeper, Diablo, Disk Killer, Natas dan Telefonica bukan nama-nama kumpulan rock atau heavy metal tetapi nama-nama virus komputer. Virus komputer merosakkan komputer dengan cara menghapuskan perisian dan mengganggu sistem pengoperasian. Virus komputer adalah sebuah aturcara yang mempunyai keupayaan yang canggih dalam penjangkitan dan merosakkan fail. Virus mampu menukar dan membiak dengan sendirinya. Virus komputer biasanya dihasilkan dengan bahasa komputer seperti C atau C++ dan Bahasa Perhimpunan (Assembly Language). Malah kini terdapat perisian yang mampu menghasilkan virus secara automatik setelah memberikan ciri-ciri yang dikehendaki oleh penciptanya, perisian ini disebut sebagai Enjin Virus (Virus Engine) contohnya SMEG. Virus menjangkiti fail-fail yang berfungsi seperti .EXE dan .COM tetapi baru-baru ini terdapat virus yang mengganggu fail .INI bagi merosakkan sistem perisian. Fail-fail .EXE dan .COM menjadi kegemaran kerana segala kegiatan sesebuah perisian berkisar di dalam fail-fail ini.


Jenis-jenis virus


Virus dibahagikan menurut cara ia berjangkit dan merosakkan sistem atau fail serta jumlah kerosakan yang dihasilkan oleh virus. Walaupun setiap dari virus itu berjenis-jenis dan menghasilkan kerosakan yang berlainan tetapi ia tetap membahayakan dan mampu merosakkan data atau maklumat yang penting. Jenis-jenis virus ialah virus sektor boot, virus fail TSR, virus fail tidak TSR, virus Pasangan, virus Penukar, virus Multipartit dan virus Pelbagai Jangkit. Virus ini menjangkiti fail-fail dengan cara berikut :

  • Ia menjangkiti fail .EXE dan .COM yang berpasangan. Jika ada fail .COM yang menggunakan fail .EXE sebagai pasangan fail ketika dijalankan. Virus akan menjangkiti fail .COM tanpa disedari dan mencipta fail lain seakan fail .EXE iaitu pasangan kepada fail .COM tersebut.
  • Ia akan menukar sebahagian daripada fail dengan program virus dan menyebabkan fail tersebut tidak dapat berfungsi.
  • Ia menjangkiti pelbagai objek sekaligus, ia menjangkiti fail EXE kemudian rekod boot utama, menjadi TSR dan seterusnya menjangkiti fail-fail .EXE dan .COM yang lain. Contoh Tequila dan Anticad.
  • Ia menjangkiti fail .OBJ (fail untuk penghasilan aturcara) dan seterusnya ia menukar fail tersebut kepada bentuk lain seperti .DBR. Contoh : Starship dan DIR II.
  • Virus yang biasa didapati dalam komputer di mana ia samada menjangkiti sektor boot disket, rekod boot utama atau rekod boot DOS dalam cakera keras. Contoh : Form dan Stoned.
  • TSR (Terminated Stay Resident) atau virus tetap residen. Ia tinggal dalam ingatan dan menjangkiti fail .COM dan .EXE. Ia mudah merebak jika fail yang dijangkiti digunakan. Contoh : Dark Avenger dan Green Caterpillar.
  • Ia menjangkiti fail .COM dan .EXE tetapi tidak duduk dalam ingatan. Contoh : Vienna.

Ciri-ciri virus

  • Pertama, ia laju dalam jangkitan. Sesetengah virus menjangkit dengan cepat dan melakukan kerosakan dalam masa yang singkat mungkin tidak sampai 1 seminit. Ia mampu merosakkan fail yang penting sahaja tetapi dalam bilangan yang kecil.
  • Kedua, jangkitan perlahan. Terdapat juga virus yang menjangkit secara perlahan dengan tujuan supaya tidak dikesan oleh pengguna komputer. Ia mampu merosakkan banyak fail kerana ia merebak dengan perlahan dan apabila dikesan mungkin sudah terlambat.
  • Ketiga, bersembunyi. Ia menjangkit secara senyap-senyap dan menduduki bahagian baca/tulis cakera pada pemacu. Ia juga mampu menyamar dan ia tidak mengubah saiz fail sebelumnya. Contoh Frodo dan Brain.
  • Keempat, polimorfisma. Virus yang boleh mengubah dirinya kepada bentuk virus lain tanpa mempunyai bentuk saiz yang sama.

No comments:

Post a Comment