Tuesday, January 25, 2011

Lawatan Mr Adam Freeman ke SKFBS

Selamat datang diucapkan kepada Mr Adam Freeman ke SKFBS. Beliau akan mengajar Bahasa Inggeris 27/1/2011 untuk tahun 1 hingga 3...

Monday, January 17, 2011

Perlantikan Pengawas SKFBS 2011


Majlis perlantikan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas telah disempurnakan pada hari Isnin (17 Januari 2011), pukul 8.30 pagi di dewan SK Felda Bukit Senggeh.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Sarjan Rahmat Bin Khamis selaku Ketua Balai, Balai Polis Nyalas. Seramai 24 orang pengawas sekolah telah menerima sijil perlantikan dan tanda nama masing-masing. Manakala pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas masing-masing hanya menerima tanda nama sahaja. Pihak sekolah berharap semua murid yang telah dilantik ini akan dapat menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi selaras dengan hasrat kerajaan “murid-murid masa kini adalah merupakan pemimpin masa hadapan”.
























Wednesday, January 5, 2011

" RaKyaT MalAysIa BerBelaNja RM6000 daLam TaLiaN "

Rakyat Malaysia membelanjakan secara purata lebih daripada RM6,000 dalam talian sejak 12 bulan lalu, demikian menurut Pemantauan Pengguna eCommerce Visa 2010 mengenai tabiat membeli-belah dalam talian dan motivasi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Visa berkata kaji selidik itu menunjukkan yang rakyat Malaysia membeli tiket penerbangan dan penginapan pengembaraan secara dalam talian.

"Menurut kaji selidik itu, 82 peratus daripada responden Malaysia berkata mereka membeli tiket penerbangan di Internet sejak 12 bulan lepas sementara 72 peratus dilaporkan membeli penginapan pengembaraan dalam talian," katanya.

Pengurus negara Visa Malaysia, Stuart Tomlinson berkata, menempah tiket kapal terbang dan membeli perkhidmatan kewangan atau peranti elektrik telah kian meningkat.

"Malah, ramai pembeli Malaysia yang membeli secara dalam talian merasakan yang ia lebih selesa membeli-belah di Internet berbanding pergi ke kedai sebenar kerana mereka boleh membandingkan harga dengan mudah dan membeli pada masa yang sesuai," kata beliau.

Penemuan itu adalah berdasarkan kepada 3,516 temubual dalam talian dengan pengguna tetap Internet yang berusia 18 tahun dan ke atas di enam pasaran eCommerce yang pesat berkembang -- tanah besar China, India, Indonesia, Malaysia, Taiwan dan Thailand.

- Bernama