Wednesday, July 28, 2010

" JeNis-JenIS PeriSiaN KomPutEr "

Terdapat 2 jenis perisian :

  1. Perisian Sistem (System Software)

  • mengandungi beberapa jenis perisian bekerjasama untuk membantu pengguna komputer menggunakan sistem komputer dengan efektif.

  • diperlukan oleh komputer untuk mengurus sumbernya

  • membenarkan CPU berkomunikasi dengan peralatan Input/Output

  • merupakan penghubung di antara sistem aplikasi dengan komputer

  • sebagai penterjemah bahasa supaya kod perisian aplikasi dapat difahami

  • contoh : sistem operasi (Windows, Linux)


system-software


2. Perisian Aplikasi (Application Software)

  • perisian yang direka untuk kegunaan pengguna

  • contoh : MS Office (Word, Excel, PowerPoint)

  • perisian freeware, shareware dan sumber terbuka termasuk dalam kategori ini juga


office2003

"ApA ItU JaLur LeBaR "

Jalur lebar (broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband); kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi. Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana ‘suara’ dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum (‘suara’ dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).

celcom_broadband

Kelebihan

Dengan menggunakan broadband, kita tidak perlu tunggu lama depan PC sehingga lima minit, semata-mata membuka e-mel apatah lagi hendak ‘download’ bahan. Ia membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps.

Dalam hal data eletronik pula, kesan yag sama boleh diperolehi dengan teknologi kabel yang maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia semakin berubah dengan pelbagai inovasi hasil sains dan teknologi.

Internet jalur lebar

Jalur lebar juga digunakan untuk merujuk kepada capaian Internet jalur lebar, di mana sambungan untuk capaian adalah lebih tinggi berbanding modem telefon (56 kbit/s). Istilah jalur lebar digunakan bagi merujuk kepada sambungan 512 kbit/s atau lebih tinggi, walaupun sesetengah Internet Service Provider (ISP) telah mengiklankan perkhidmatan dengan lebar jalur (bandwidth) yang kurang kerana tidak terdapat kadar bit (bitrate) yang ditakrifkan dalam industri komunikasi.

Multiplexing

Komunikasi boleh menggunakan beberapa saluran fizikal berlainan serentak; ini adalah multiplexer capaian pelbagai (multiplexing for multiple access). Saluran sedemikian boleh dibezakan setiap satunya melalui masa – multiplexer pembahagian masa (time division multiplexing) atau TDMA, dalam frekuensi pembawa – multiplexer pembahagian frekuensi (frequency division multiplexing) atau FDMA, atau multiplexer pembahagian panjang gelombang (wavelength division multiplexing) WDM, atau dalam kaedah capaian multiplexer pembahagian kod (code division multiplexing) atau CDMA. Setiap saluran yang mengambil bahagian dalam multiplexing exercise adalah dari segi takrifan merupakan jalur sempit (kerana tidak menggunakan seluruh lebar jalur medium), manakala jika seluruh saluran dilihat secara sekaligus dan digunakan untuk tujuan komunikasi yang sama, maka ia boleh dipanggil sebagai jalur lebar.

Sumber: http://www.in4ict.com/rangkaian/apa-itu-jalur-lebar-broadband.html

Monday, July 26, 2010

" PeRiSiAn DiSk DeFraGmeNter UnTuK KeLajUaN KoMpUteR "

Disk Defragmenter ialah utiliti yang didatangkan bersama – sama sistem pengoperasian Microsoft Windows. Tidak kira versi Window yang anda gunakan samada Windows 95, Windows 98, Windows Me, Windows XP, Windows Vista Windows terbaru Windows 7 mesti mempunyai sistem utiliti ini. Disk Defragmenter ini ditugaskan menyusun fail sistem komputer bagi membantu sistem pengoperasian Windows membaca dengan lancar dan laju.

3 Perisian Disk Defragment selain dari yang terdapat dalam Windows anda ialah:-


1. Diskeeper

Diskeeper merupakan perisian yang melakukan kerjanya di belakang bermaksud di sini ia akan melakukan proses Defrag ini secara Automatik tanpa anda sedari dan juga tidak mengganggu kerja anda. Anda pasti teruja sekiranya menggunakan perisian ini. Antaramukanya mudah digunakan.

Untuk keterangan lanjut sila layari http://www.diskeeper.com/diskeeper/home/diskeeper.aspx.


2. Auslogics Disk Defrag

Auslogics Disk Defrag ini sama fungsinya dengan yang lain. Ia dibangunkan untuk mengoptimumkan kelajuan cakera keras [hard disk] yang terdapat di pasaran pada masa sekarang. Ia mudah, senang untuk digunakan dan laju. Anda boleh defragment multiple disks atau memilih fail atau folder untuk di defrag. Ia juga mempunyai fungsi terpadam atau keluar sendiri apabila proses defrag itu selesai. Yang penting ianya PERCUMA.

Info lanjut:- http://www.auslogics.com/en/software/disk-defrag/overview


3. Defraggler

Defraggler perisian yang dibangunkan oleh syarikat yang membangunkan perisian paling laris iaitu CCleaner dan Recuva. Ia mudah untuk digunakan. Ia boleh defrag disk secara serentak, folder dan juga fail - fail secara pantas. Apabila Defraggler ini melakukan tugasnya ia akan memperlihatkan semua fail yang telah didefragkan dan membenarakan anda untuk memilih sama ada, perlu atau tidak cakera tersebut didefrag atau tidak. Seperti perisian mereka yang lain, ia didatangkan secara PERCUMA.

Keterangan Lanjut:- http://www.defraggler.com

" SinDrOm CaRpaL TuNneL "

Untuk semua orang yang bekerja sehari-hari dgn komputer. Kesalahan harian penggunaan papan kekunci (keyboard) dan tetikus (mouse) akan menyebabkan Sindrom Carpal Tunnel.

Sindrom Carpal Tunnel terjadi apabila saraf median pada pergelangan tangan tersepit. Ini disebabkan oleh terowong yang berada di bahagian tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi semakin sempit.


Terowong ini memberi laluan dan perlindungan kepada saraf median ke bahagian tangan dan sembilan tendon lain yang menggerakkan bahagian tangan.


Tekanan pada saraf median ini akan menyebabkannya tidak berfungsi dengan normal serta menimbulkan rasa sakit dan kebas, seterusnya melemahkan bahagian tangan.


Simptom Sindrom Carpal Tunnel bermula secara perlahan-lahan dengan rasa sakit pada bahagian pergelangan tangan yang boleh melarat ke bahagian tangan dan lengan.


Antara simptom yang biasanya terjadi adalah:


1.
Kebas - pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tetapi tidak pula berlaku pada jari kecil. Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutamanya semasa memandu, semasa memegang objek seperti telefon atau surat khabar atau semasa bangun dari tidur. Kebanyakan pesakit akan menggoyangkan tangan mereka untuk mengurangkan simptom tersebut.

2.
Kesakitan - yang terjadi pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.

3.
Rasa lemah - Berlaku pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang dipegang akan jatuh.

Mereka yang berisiko menghidap sindrom ini adalah golongan mengalami tekanan pada tangan atau penggunaan tangan yang berlebihan dalam pekerjaan, terutamanya melibatkan penggunaan tangan atau pergelangan tangan secara berlebihan, berulang-ulang dan dengan kuat.


Bagi pengguna komputer, diingatkan agar menggunakan mouse dan keyboard dengan betul.



--------------------------------------------------------




Langkah Pencegahan

Sentiasa amalkan senaman pada pergelangan tangan selepas beberapa tempoh masa menggunakan komputer.



Jika mengalami simptom yang tidak teruk, anda boleh mengurangkan rasa sakit dan kebas dengan mengambil lebih banyak masa untuk merehatkan tangan atau membuat "cold packs" (ais) untuk mengurangkan bengkak pada tangan.

" KeDudUkaN PosTuR BadAn SeMaSa MenGguNakAn KoMpuTer "

Adakah memiliki postur yang baik penting? Jawapannya, ya. Dekan Klinik-klinik di Universiti Sains Kesihatan Kebangsaan di Lombard, Jeffrey Bergin pernah berkata, kedudukan postur yang teruk boleh menyebabkan tulang terbentuk secara abnormal.

Mereka yang tidak mempunyai postur yang baik akan mengalami kesakitan kronik pada tangan, leher dan bahu serta kecederaan gerakan berulang seperti sindrom carpal tunnel.


Sebahagian besar penyakit ini boleh dicegah dan disingkirkan jika perhatian diberikan kepada kedudukan postur yang baik, penggunaan beg galas yang betul dan bagaimana serta berapa lama anda patut menghabiskan masa di hadapan komputer.


"Kedudukan postur yang baik dapat memastikan tekanan pada otot dan ligamen dikurangkan," kata Bergin.


Menurut laman web Spine Universe.com, kedudukan postur yang baik boleh mencegah keletihan otot dan sakit belakang, mengurangkan kehausan pada sendi, ligamen, tulang serta dapat menyumbang kepada penampilan yang lebih menawan.


Jadi, apakah itu kedudukan postur yang baik?


Postur adalah kedudukan tubuh seseorang baik sewaktu berdiri mahupun duduk atau berbaring. Ia memerlukan keseimbangan otot dengan tulang belakang, fleksibiliti otot dan gerakan normal pada bahagian sendi.


Mereka yang memiliki kedudukan postur yang baik sedar apabila sebarang berlaku perubahan pada postur itu. Postur terbentuk daripada satu kombinasi kawalan otot yang baik, kekuatan dan keyakinan diri. Mereka yang mempunyai kedudukan postur yang baik duduk dengan tegak dan kepala mendongak.


Apakah jenis-jenis kedudukan postur yang bermasalah?


Penggunaan beg galas yang tidak betul boleh mengakibatkan pelbagai masalah belakang dalam kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang menghabiskan banyak masa di hadapan komputer, menonton televisyen dan bermain permainan video lazimnya memiliki kedudukan postur yang lemah. Membongkokkan tubuh sewaktu berjalan atau makan juga masalah biasa.


Bagaimana jika anda membongkok ketika menggunakan komputer?


Sekiranya anda membongkok ketika menggunakan komputer, penggunaan meja dan kerusi yang betul boleh memperbetulkan kedudukan posturnya. Kaki mereka sepatutnya menyentuh lantai. Paling tidak, letakkan bantal di belakang tubuh atas kerusi untuk memberi sokongan yang diperlukan.


Jika pengguna kanak-kanak menggunakan kerusi orang dewasa, pastikan bangku kecil diletakkan agar terdapat sokongan pada kakinya.


Seorang profesor dari Jabatan Ortopedik Universiti Temple, Dr. Kritine Fortuna turut mengesyorkan tumpuan masa yang dihabiskan di hadapan permainan video atau televisyen dihadkan kepada 20 minit setiap sesi.


Apakah kedudukan postur yang baik semasa menggunakan komputer?



Amalkan duduk pada kedudukan postur yang betul. Ini akan mengurangkan kesakitan sendi, otot dan bahagian belakang badan anda.

Sumber: http://puassmksb.blogspot.com/