- Jangan letakkan laptop anda di atas katil, karpet atau permukaan yang lembut yang boleh menyebabkan aliran udara kipas laptop anda tertutup.Ini akan menyebabkan laptop anda akan menjadi overheating.
- Jangan letak laptop anda di pangkuan anda (di paha anda).
- Untuk menjadikan bateri lebih tahan lama,buka bateri laptop anda ketika ia telah penuh di cas. Hanya sambungkan kabel kuasa untuk memastikan laptop anda berfungsi tanpa memerlukan bateri.
- Jangan letak laptop anda di kawasan yang basah dan juga minuman anda. Kebanyakan orang suka meletak minuman mereka di sebelah laptop mereka ketika menggunakan laptop.
- Jangan biarkan laptop anda berjemur di bawah matahari yang terik ataupun di dalam kereta ketika parking di bawah matahari.
- Pastikan laptop anda diletakkan di kawasan yang rata. Laptop yang terjatuh atau terhempap akan menyebabkan perkakasan dalam laptop tersebut terjejas.
- Seboleh-bolehnya jauhkan laptop anda dari magnet.
- Pastikan laptop anda diberi rehat, jangan dibiarkan ianya dipasang hampir sehari setiap hari (ketahanan laptop berbeza dengan PC biasa).
Monday, May 24, 2010
" TipS mEnJaGA LapToP "
Tuesday, May 11, 2010
" PoRtAL EduWeb Tv UnTuK SeMuA "

" KoMuNiTi ScHooLzOnE "


Portal ini bertujuan untuk menggalakkan para guru sebagai pendidik generasi muda di sekolah rendah dan menengah untuk mengguna dan memanfaatkan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Bagi pelajar pula, portal ini menggabungkan pendidikan dengan hiburan bagi meningkatkan inspirasi dan motivasi mereka dengan suasana belajar yang berbeza yang komprehensif dan menarik.
" WiKiPeDia EnSiKloPeDia BeBas "

Selamat datang ke Wikipedia sebuah ensiklopedia bebas.
Wikipedia merupakan sebuah ensiklopedia bebas yang dimulakan pada tahun 2001 (versi Bahasa Melayu dimulakan pada tahun 2003). Rencana-rencana di dalam Wikipedia ini adalah hasil sumbangan dari penyumbang-penyumbang dari seluruh dunia.
Wikipedia dimulakan pada 15 Januari 2001 oleh Jimmy Wales, Larry Sanger dan beberapa penyumbang laman Wikipedia Bahasa Inggeris. Kini terdapat 13,000 penyumbang aktif seluruh dunia yang menyumbangkan 7,000,000 rencana dalam lebih 260 bahasa. Ketika ini tedapat 63,795 rencana bahasa melayu terdapat dalam wikipedia ini.
Semua teks dan gambar-gambar di dalam wikipedia dilindungi oleh Lesen Dokumentasi Bebas GNU (GFDL).
Thursday, May 6, 2010
" FaKtA MeNgENai KomPuTeR "
Sir Harold Thomas Flower. Dia adalah pencipta komputer elektronik pertama di dunia pada tahun 1941 yang bernama Colossus dan digunakan oleh Unit Risikan Tentera Inggeris untuk memecahkan kod transmisi radio NAZI.
NAMA KOMPUTER KOMERSIL PERTAMA DIDUNIA
ENIAC (Electronic Numerator Intregrator Analyzer and Komputer) adalah komputer komersil pertama didunia. Komputer ini mempunyai berat 60,000 pound dan saiz yang sangat besar. ENIAC selesai dibuat pada tahun 1945. ENIAC awalnya dibuat untuk keperluan tentera. Komputer ini tidak mampu menyimpan data.
WEB SITE PERTAMA
Sir Timithy John “Tim” Berners-Lee adalah orang pertama yang menciptakan world wide web pada Ogos 1991. Laman webnye adalah http://nxoc01.cern.ch.
WEB SITE KOMERSIL PERTAMA
Pada bulan Oktober 1994 HotWired mulai berfikir untuk menerima pemasangan iklan di internet kerana internet sekarang sudah digunakan oleh masyarakat seluruh dunia. AT&T memasang banner bersaiz 468 x 60 di HotWired web. Ini adalah keuntungan pertama dari internet bagi mereka. Pada tahun 1993 Dale Dougherty menghasilkan Global Network Navigator, yang dibeli AOL pada tahun 1995, inilah yang dianggap sebagai web site komersil pertama di dunia.
