Monday, May 24, 2010

" CaRa MeNinGkaTkaN KesElAmaTan Pc "

Hari demi hari, peningkatan pengguna komputer dan internet di seluruh negara semakin meningkat. Hal ini amat baik selaras dengan perkembangan teknologi pada masa kini. Namun masalah seperti jenayah cyber, virus dan sebagainya kian menjadi-jadi. Mungkin ada di antara kita merasakan pc mereka adalah selamat kerana antivirus tidak mengesan sebarang virus walaupun telah dibuat pemeriksaan virus di komputer setiap hari. Sebenarnya virus pada hari ini semakin kecil dan ada juga yg sukar dikesan oleh antivirus. Walaupun anda update antivirus anda setiap hari adakah ia menjamin pc anda selamat 100%? Tentunya tidak..jangan yakin 100%.. Baiklah dibawah ada beberapa tip yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan lg keselamatan pc anda:

1 ) Update versi perisian keselamatan anda- Untuk meningkatkan lagi keselamatan Pc anda update perisian keselamatan yang anda gunakan. Selalunya versi perisian yang baru menambah beberapa ciri-ciri tambahan pada perisian tersebut.

2) Jangan Klik Sebarang Pautan- Bagi mereka yang masih baru dalam dunia internet ini,tentu kurang mengetahui banyak penipuan dalam internet ini..adalah lebih baik kita tidak membuka email dari mereka2 yang kita tidak kenali.

3) Berwaspada ketika muat turun dari sesebuah web- Banyak diluar sana memberi kita perisian2 yang menarik dan percuma...namun bukan semua diluar sana ikhlas tentu ada diluar sana mempunyai niat jahat jadi kita harus sentiasa berwaspada.

4) Tingkatkan perlindungan firewall pada komputer anda- Pastikan firewall anda aktif di komputer anda, jika komputer anda tidak mempunyai sebarang firewall atau anda inginkan lebih dari itu anda juga boleh menggunakan perisian lain seperti zonealarm. Anda juga boleh menggunakan perisian firewall yang lain.

5 ) Gunakan Antivirus yang terkini- Bagi komputer mereka yang tidak mempunyai sebarang antivirus, anda harus tahu kegunaan antivirus ini. Antivirus adalah sangat penting untuk kita..terdapat banyak antivirus pada masa kini, tetapi jangan tertipu dengan antivirus yang palsu. Antara antivirus yang anda boleh gunakan ialah saya sarankan anda menggunakan antivirus Kaspersky (namun akan melambatkan komputer anda sedikit bagi komputer yang mempunyai spec tinggi tentu tiada masalah)

6) Pastikan Komputer anda sentiasa dimatikan jika tidak digunakan- Hal ini kerana ia dapat mengelak komputer kita dari diceroboh oleh penggodam. Banyak yang penggodam boleh lakukan terhadap komputer kita termasuk mencuri data penting kita. Jadi untuk mengelakkan kejadian yg tidak diingini, matikan komputer anda jika tidak digunakan.

7) Jangan tinggalkan komputer anda bersama rakan anda- Mengapa kita tidak boleh meninggalkan komputer kita tanpa dikunci walaupun bersama dengan orang yg kita rapat? Ini kerana seseorang boleh mencuri data-data penting kita dengan hanya beberapa minit. Tentu anda tidak mahu katalaluan atau data peribadi anda jatuh ke tangan orang lain.

8 ) Periksa proses yang sedang berjalan di komputer anda- Anda boleh memeriksa proses yang sedang berjalan di komputer anda. Untuk mengelak perisian jahat seperti keylogger. Keylogger mampu mencuri katalaluan anda dengan mudah. Anda boleh memeriksa proses yang sedang berjalan di Task Manager atau menggunakan perisian untuk check proses yang lain.

9 ) Simpan data peribadi anda di tempat yang selamat- Anda boleh menyimpan fail sulit anda di suatu tempat dan lock fail tersebut...terdapat banyak perisian yang anda boleh guna untuk sembunyikan dan kunci data sulit anda contoh perisian yang selalu digunakan ialah Folder Lock.

10 ) Lengkapkan komputer anda dengan perisian Antispyware- Virus dan spyware adalah berbeza. Oleh itu anda seharusnya memasang Antispyware di komputer anda, namun ada juga antivirus pada masa kini turut dilengkapi dengan Antispyware untuk memudahkan pengguna. Antara antispyware yang popular dan percuma ialah Spybot-Search-Destroy.

" TipS mEnJaGA LapToP "

Kali ini, anda akan diberi sedikit tips dan panduan untuk menjaga laptop. Pada masa kini, laptop adalah sangat popular kerana ia sangat mudah dan cepat bagi urusan tugas kita. Dari segi ketahanan pula, komputer peribadi dan laptop adalah berbeza. Laptop dikatakan lebih sensitif dan perlu lebih berhati-hati dalam penggunaan. Di bawah disediakan beberapa tips untuk penjagaan laptop:
  • Jangan letakkan laptop anda di atas katil, karpet atau permukaan yang lembut yang boleh menyebabkan aliran udara kipas laptop anda tertutup.Ini akan menyebabkan laptop anda akan menjadi overheating.
  • Jangan letak laptop anda di pangkuan anda (di paha anda).
  • Untuk menjadikan bateri lebih tahan lama,buka bateri laptop anda ketika ia telah penuh di cas. Hanya sambungkan kabel kuasa untuk memastikan laptop anda berfungsi tanpa memerlukan bateri.
  • Jangan letak laptop anda di kawasan yang basah dan juga minuman anda. Kebanyakan orang suka meletak minuman mereka di sebelah laptop mereka ketika menggunakan laptop.
  • Jangan biarkan laptop anda berjemur di bawah matahari yang terik ataupun di dalam kereta ketika parking di bawah matahari.
  • Pastikan laptop anda diletakkan di kawasan yang rata. Laptop yang terjatuh atau terhempap akan menyebabkan perkakasan dalam laptop tersebut terjejas.
  • Seboleh-bolehnya jauhkan laptop anda dari magnet.
  • Pastikan laptop anda diberi rehat, jangan dibiarkan ianya dipasang hampir sehari setiap hari (ketahanan laptop berbeza dengan PC biasa).

Tuesday, May 11, 2010

" PoRtAL EduWeb Tv UnTuK SeMuA "


Sejajar dengan perkembangan ICT terkini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengorak langkah untuk menyiarkan TV pendidikan melalui internet. Siaran TV pendidikan yang sebelum ini dipancarkan melalui saluran televisyen terestrial kini disalurkan melalui internet. Usaha ini adalah selari dengan usaha KPM untuk merapatkan jurang digital dalam bidang pendidikan.
KPM telah mewujudkan sebuah portal pendidikan interaktif berasaskan video yang boleh digunakan dalam proses pengajaran & pembelajaran (P&P) yang dikenali sebagai EduWeb TV pada 1 Mac 2008. Web ini boleh diakses oleh umum melalui portal www.eduwebtv.com pada bila-bila masa & dimana-mana sahaja. Pada ketika ini, EduWeb TV mencakupi pelbagai bidang yang boleh diakses melalui 8 saluran iaitu berita, akademik, wawancara, rencana, kurikulum, interaktif, siaran langsung & panduan.

" KoMuNiTi ScHooLzOnE "



GITN Sdn Bhd (GSB), selaku syarikat yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan program Schoolnet di sekolah telah menyediakan sebuah portal yang dikenali sebagai SchoolZone yang disediakan untuk para pengguna Schoolnet.



Portal ini bertujuan untuk menggalakkan para guru sebagai pendidik generasi muda di sekolah rendah dan menengah untuk mengguna dan memanfaatkan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Bagi pelajar pula, portal ini menggabungkan pendidikan dengan hiburan bagi meningkatkan inspirasi dan motivasi mereka dengan suasana belajar yang berbeza yang komprehensif dan menarik.
Oleh yang demikian, portal ini berfungsi untuk menyediakan pengguna dengan maklumat mengenai aplikasi yang terkini, berkongsi pengetahuan dan sebagai medium untuk komunikasi dalaman dan luaran.
Meskipun terdapat beberapa portal online disediakan untuk masyarakat, SchoolZone mempunyai ciri-ciri yang unik dan memudahkan semua penggunanya. Dengan wujudnya portal SchoolZone ini, diharap dapat meningkatkan pengetahuan ICT di kalangan para pelajar di sekolah khususnya dan masyarakat amnya.

" WiKiPeDia EnSiKloPeDia BeBas "


Selamat datang ke Wikipedia sebuah ensiklopedia bebas.

Wikipedia merupakan sebuah ensiklopedia bebas yang dimulakan pada tahun 2001 (versi Bahasa Melayu dimulakan pada tahun 2003). Rencana-rencana di dalam Wikipedia ini adalah hasil sumbangan dari penyumbang-penyumbang dari seluruh dunia.

Wikipedia dimulakan pada 15 Januari 2001 oleh Jimmy Wales, Larry Sanger dan beberapa penyumbang laman Wikipedia Bahasa Inggeris. Kini terdapat 13,000 penyumbang aktif seluruh dunia yang menyumbangkan 7,000,000 rencana dalam lebih 260 bahasa. Ketika ini tedapat 63,795 rencana bahasa melayu terdapat dalam wikipedia ini.

Semua teks dan gambar-gambar di dalam wikipedia dilindungi oleh Lesen Dokumentasi Bebas GNU (GFDL).


Thursday, May 6, 2010

" FaKtA MeNgENai KomPuTeR "

PEMBUAT KOMPUTER PERTAMA DIDUNIA

Sir Harold Thomas Flower. Dia adalah pencipta komputer elektronik pertama di dunia pada tahun 1941 yang bernama Colossus dan digunakan oleh Unit Risikan Tentera Inggeris untuk memecahkan kod transmisi radio NAZI.


NAMA KOMPUTER KOMERSIL PERTAMA DIDUNIA

ENIAC (Electronic Numerator Intregrator Analyzer and Komputer) adalah komputer komersil pertama didunia. Komputer ini mempunyai berat 60,000 pound dan saiz yang sangat besar. ENIAC selesai dibuat pada tahun 1945. ENIAC awalnya dibuat untuk keperluan tentera. Komputer ini tidak mampu menyimpan data.


WEB SITE PERTAMA

Sir Timithy John “Tim” Berners-Lee adalah orang pertama yang menciptakan world wide web pada Ogos 1991. Laman webnye adalah
http://nxoc01.cern.ch.


WEB SITE KOMERSIL PERTAMA

Pada bulan Oktober 1994 HotWired mulai berfikir untuk menerima pemasangan iklan di internet kerana internet sekarang sudah digunakan oleh masyarakat seluruh dunia. AT&T memasang banner bersaiz 468 x 60 di HotWired web. Ini adalah keuntungan pertama dari internet bagi mereka. Pada tahun 1993 Dale Dougherty menghasilkan Global Network Navigator, yang dibeli AOL pada tahun 1995, inilah yang dianggap sebagai web site komersil pertama di dunia.